Assalamualaikum... Salam Sejahtera dan Salam Lebaran.
Artikel kali ini bukan mengenai pelaburan saham tetapi ia berkenaan kisah yang menjadi viral dua minggu lalu. Kisah Ahmad Reza Samsuddin yang balik beraya dari Seoang ke Pulau Pinang dengan bersama 3 orang anaknya yang berumur 3 hingga 8 tahun membonceng motosikal kapcai. Entah kenapa FY terpanggil untuk menulis dan melakukan apa yang terdaya demi membantu mereka. Ikuti kisahnya.
Kisah ini bermula dua minggu yang lalu bila gambar di bawah ini tersiar di laman sosial dan dengan kehendak Allah Taala ia menjadi viral.
Begitu juga luahan dari Reza atau nama sebenarnya Ahmad Reza Samsuddin, 38. Pada beliau, sesiapa sahaja akan melakukan perkara yang sama jika bergelar seorang bapa.
“Sesiapa sahaja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian.”
Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga duda, berkata dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan kira-kira 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah keluarganya di Salak Tinggi, Sepang, ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.
“Awal Ramadan lalu, saya dan anak kedua, Rafique, yang menetap bersama saya di Pulau Pinang, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut Ramadan bersama dua lagi anak bersama ibu bapa saya di sana (Sepang) selepas bercerai dua tahun lalu. Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang. Ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan terdesak, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segalanya-galanya kepada kuasa Allah SWT untuk melindungi perjalanannya empat beranak.
“Kami bertolak selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 kenderaan berhenti melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu. Namun, saya menolaknya dengan baik dengan mengatakan ini semua adalah ujian Allah SWT buat saya. Mereka akhirya memberikan duit raya kepada saya dan anak-anak. Alhamdulillah perjalanan kami dipelihara Allah SWT dan kami selamat tiba di Pulau Pinan, kira-kira 10 malam,” katanya.
Menurutnya, dia tahu ramai begitu bersimpati sehinggakan ada yang bercadang kumpul duit untuk membeli kereta buat dia sekeluarga.
Allahuakbar. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ni tadi otw
balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung
dari Sepang ke Penang. Ini aku jumpa dorang otw balik ke Sepang. Aku dah
perasan family ni dari USJ lagi tapi tak sempat nak tahan dorang sebab kereta
banyak. Aku teruskan perjalanan sampai exit Putra Heights dan aku berenti
bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak
budak ni.
Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku
sebak..
"Motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih."
Dalam
keadaan kita tgk dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang
penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang. Semoga anak anak abang
ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. Insyaallah sama sama kita jadi
orang yang ringan tangan bantu orang.
Terima kasih rakyat Malaysia
Sepang: "Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji
kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.
“Jika saya temui insan lain yang lebih susah,
mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini
kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.
Bapa tiga
anak itu ditemui Harian Metro selepas wartawan mengaturkan pertemuan dengan
seorang peniaga yang menyumbang kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan
kisah kepayahan hidup Ahmad Reza yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Dalam
pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil
masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta
terbabit.
GERAKAN RM1.00 AHMAD REZA SHAMSUDDIN
Kisah Ahmad Reza ini juga mengerakkan FY untuk membantu aa yang terdaya. Jadi dengan blog yang FY yang dikunjungi ramai pelabur-pelabur saham yang pastinya punya lebihkan kewangan, marilah kita sama-sama membantu meringankan beban bukan hanya kepada saudara Ahmad Reza tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ini kerana dalam zaman moden yang serba mencabar ini. Ahmad Reza adalah Gerakkan RM1.00 yang pertama, InsyaAllah FY akan menjalankan kempen yang serupa bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan di masa-masa yang mendatang.
Apa yang anda perlu lakukan ialah untuk memasukkan minima RM1.00 atau lebih ia terpulang kepada keikhlasan anda ke akaun berikut ;
CIMB Ahmad Reza Samsuddin
0714 0143 8265 28
RM1.00 dari 1,000 orang akan menjadi RM1,000.00
RM1.00 dari 10,000 orang akan menjadi RM10,000.00
RM1.00 dari 100,000 orang akan menjadi RM100,000.00
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Lagi ramai yang menderma lagi banyaklah yang bakal dikumpul dan InsyaAllah sumbangan ini akan dapat meringankan beban sesiapa sahaja yang memerlukan. Hanya dengan SATU RINGGIT sahaja.
Izinkan FY mulakan dengan sumbangan tersebut sebagai permulaan kepada kempen gerakan RM1.00 ini.
Hanya Allah Taala yang dapat membalas jasa dan budi anda semua.
Sekian.
FY
www.faizalyusup.net
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.