Monday, May 4, 2015

GARISPANDUAN LENGKAP MEMOHON SAHAM TERBITAN AWAM @ IPO

GARISPANDUAN  LENGKAP MEMOHON SAHAM TERBITAN AWAM ATAU INITIAL PUBLIC OFFER YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK PELABUR AWAM MELALUI KAEDAH ONLINE BANKING.

Sebenarnya anda boleh menggunakan mana-mana online banking mana-mana bank komersial yang menyediakan perkhidmatan ini dan di sini FY menunjukkan langkah-langkahnya dengan menggunakan platform Maybank2U.

KEPERLUAN ;
  • ·     No akaun CDS, kalau belum ada anda boleh hubungi staff FY En Yasin di talian 0193346570 pada waktu pejabat untuk membukanya.
  • ·        Duit simpanan yang mencukupi.

Sebagai langkah pertama log in masuk dalam platform online banking anda dan anda akan dapat melihat paparan berikut. Di sini tekan butang INVESTMENT.




Dari situ anda akan dibawa ke paparan yang berikut ;
Di sini tekan butang ESHARE untuk ke langkah yang seterusnya.




Di sini anda akan dapat melihat saham-saham yang sedang ditawarkan. Dalam contoh ini saham MALAKOFF sedang ditawarkan sedia untuk dipohon dengan tarikh tutup pada jam 5 petang 28 April 2015 dengan harga tawaran sebanyak RM1.80.

Buat pilihan dan tekan butang APPLY.


Dari situ anda akan dibawa ke paparan yang seterusnya.
Tandakan yang anda telah membaca prospektus saham ini dan tekan butang ACCEPT.



Seterusnya anda akan dibawa ke paparan yang berikut ini ;


Pilih akaun bank anda, bangsa, jumlah unit saham yang ingin dipohon dan 15 digit no akaun CDS anda. Pastikan anda punya jumlah wang simpanan yang mencukupi. Ini kerana duit anda akan terus didebitkan sebaik permohonan selesai.

Dalam contoh berikut pelabur memohon sebanyak 110 x 100 unit saham iaitu menjadikan jumlahnya 11,000 unit. Setelah semuanya mengkap tekan butang CONTINUE.


Anda akan sampai ke paparan yang seterusnya ini. Paparan ini adalah bagi tujuan PENGESAHAN. Bila semua betul makan tekan butang CONTINUE bagi meneruskan permohonan anda. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan kembali semula ke paparan yang sebelumnya dengan menekan butang GO BACK.




Bila semuanya lengkap dan dengan menekan butang CONTINUE tadi paparan seterusnya akan menunjukkan yang permohonan anda telah berjaya!

Duit simpanan anda telahpun didebitkan dan hanya baki jumlah duit simpanan anda yang akan dinyatakan di sini.

Simpan penyata berikut ini dan cetak sekiranya perlu sebagai bukti permohonan anda.



Jadi begitulah langkah-langkah permohonan saham IPO Awam melalui online banking. Selamat mencuba, selamat melabur di Bursa Malaysia dan selamat menjadi pelabur yang bijak.

Persoalannya sekarang bagaimana pemilihan dijalankan, apakah Fair Value saham IPO yang sedang ditawarkan, apakah status syariahnya, apakah kaedah lain yang boleh digunakan, apakah rahsia bagi mendapatkan saham-saham ini, bilakah masa yang terbaik untuk menjualnya?

Semua jawapan bagi persoalan ini ada dihuraikan dalam Seminar Super Investor yang FY jalankan dari masa ke semasa. FY juga akan menulis panduan lengkap permohonan saham IPO Awam ini dalam Ebook Rahsia Menjana Keuntungan Melalui Pelaburan Saham IPO Awam yang akan diterbitkan tak lama lagi.

Sekian dulu buat kali ini,

FY
016 666 7430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Investsmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti

Download Ebook Investlah setebal 134 mukasurat secara percuma karya FY di http://faizalyusup.my

Mulakan langkah pertama pelaburan saham dengan menghadiri Seminar Saham Super Investor pada 30 Mei ini di ;

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.