Wednesday, November 18, 2015

IPO AWAM RED SENA BERHAD SEDIA UNTUK DIPOHON!



Assalamualaikum...

Semalam FY dijemput ke majlis pelancaran prospektus Red Sena Berhad yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre.

Red Sena adalah SPAC (Special Purposes Acquisition Company) kelima yang akan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia selepas HIBISCUS, SONA, CLIQ DAN REACH ENERGY. Bezanya inilah SPAC F&B yang pertama memandangkan yang sebelum ini semuanya adalah SPAC dalam industri berkaitan Oil & Gas. 

Melihatkan kepada barisan Top Management syarikat Red Sena ini yang terdiri daripada mereka-mereka yang berpengalaman dan arif dalam bidang F&B ini juga protfolio pemegang sahamnya yang bagus-bagus belaka maka FY percaya ia merupakan satu syarikat yang berpotensi untuk maju andai ia berjaya mendapat mengambil alih QA (Qualifying Asset) yang bagus. Ini kerana sektor makanan halal di rantau ini amat besar pasarannya dan pastinya ini merupakan satu faktor kejayaannya. 

Apapun 92% daripada modal yang diterima dari proses IPO ini akan disimpan dalam trust sehingga ia berjaya mendapat QA tersebut. Sekiranya dalam masa 3 tahun ia tidak berjaya berbuat demikian maka wang para pelabur itu akan dikembalikan semula.

Dalam hal status Syariah, buat masa ini menurut kata Top Management Red Sena, mereka belum memohonnya meskipun memang dalam agenda mereka untu berbuat demikian di masa mendatang setelah mendapatkan QA tersebut. InsyaAllah status syariah selepas QA pastinya akan membawa masuk pelabur-pelabur Institusi seperti Tabung Haji dan sebagainya yang mana akan meningkatkan lagi kebagusan syarikat ini.

Oleh sebab melalui peruntukkan Private Placement yang memenuhi kriteria jumlah pelaburan bagi segmen Bumiputera maka saham ini tidak diperuntukkan di MITI. Ia hanya boleh dibeli melalui peruntukkan Private Placement dan selebihnya peruntukkan kepada pelabur Awam.



Untuk pengetahuan anda Burger King sebenarnya bermula dari SPAC. Ia merupakan salah satu SPAC yang paling berjaya di dunia ini. Begitupun harus diingat banyak juga yang gagal dan wang para pelabur dikembalikan namun demikian kalau dibuat kajian kepada para pelabur yang mendapat saham ini diperingkat IPO maka keuntungan akan menjadi milik mereka kerana dalam kebanyakan SPAC ia menguntungkan pada hari penyenaraiannya.


Oleh yang demikian, pohonlah saham Red Sena ini yang dibuka permohonannya sekarang sehingga 27 November ini. InsyaAllah keuntungan bakal menjadi milik anda!  



Berikut adalah maklumat permohonannya ;

Jumlah Peruntukkan : 80 juta saham
Harga Tawaran : RM0.50 sesaham 
Tarikh permohonan dibuka : 18 November 2015 
Tarikh tutup : 27 November 2015
Tarikh disenaraikan : 10 Disember 2015

Setiap pembelian saham IPO ini anda akan mendapat saham warrant Red Sena ini secara percuma. Keuntungan pelaburan ini dikira dengan mencampurkan kedua-duanya sekali tatkala dijual nanti.

Beli! Jangan tak beli!

Seperti biasa FY sarankan para pelabur untuk memohonnya dengan kaedah permohonan melalui Online Banking di Maybank2U contohnya. Garispanduan dan prosesnya pernah FY tulis dalam blog ini sebelum ini.

Oh Ya, jangan lupa FY akan berada di Johor Bahru pada hari Sabtu 28 November ini untuk menjalankan seminar SmartInvest anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Kepada warga Johor yang ingin memulakan pelaburan saham, jemputlah hadir ya!


Sekian dulu buat kali ini,


FY
0166667430

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.