Wednesday, April 30, 2014

RAHSIA KEJATUHAN VIS, ITRONIC, MNC DAN SOLUTION

Assalamualaikum sekali lagi...

Hari ini FY sibuk buat CSI ke atas saham-saham penny stocks yang dimanipulasikan sindiket saham iaitu saham SOLUTION, MNC, ITRONIC DAN VIS. Dan setelah membuat analisa CSI (Crime Scene Investigation) nampaknya sindiket yang sama juga memanipulasikan saham GPRO dan DVM tak lama dahulu.

Mereka buat duit berjuta ringgit dari manipulasi saham-saham ini sedangkan pelabur yang tak tahu dan tak punya ilmulah yang bakal menjadi mangsa penipuan mereka. FY mengambil keputusan untuk membuat pembongkaran ini dengan tujuan semoga ia membuka mata pelabur di luar sana dan semoga dengan pengisian ini akan membantu anda menjadi pelabur yang bijak dan berhemah. Agar anda dapat mengelakkan kerugian dalam pelaburan ke dalam saham-saham yang sebegini. Duit susah cari jadi ia seharusnya tidak dibuang dengan cara yang sia-sia begini.

Di sini FY sertakan carta pergerakan 6 saham ini dalam jangkamasa 3 tahun untuk melihat apakah yang telah mereka lakukan terhadap saham-saham tersebut dan apakah modus operandi mereka.





Di sini kita boleh lihat yang modus operandi 4 saham ini mengambil masa yang agak lama bagi tujuan pengumpulan atau collection, penolakan naik harga saham dan akhir sekali pengagihan atau distribution. Kalau kita lihat sebenarnya kos mereka amat rendah dan di penghujung cerita mereka mengaut keuntungan jutaan ringgit sedangkan pelabur-pelabur runcitlah mengalami kerugian. Long Term Investmentlah jadinya. Masalahnya kaunter-kaunter ini adalah kaunter-kaunter yang mana operasi syarikatnya mengalami kerugian.

Perkara pertama yang FY sering sebut dalam Seminar yang FY anjurkan ialah untuk mengelakkan saham-saham yang mana syarikatnya mengalami kerugian. FY namakan saham ini saham cap ayam dan saham cap ayam begini risikonya amatlah tinggi.


Kalau kita lihat di sini hanya saham SOLUTION yang menjana keuntungan. Pun begitu keuntungan itu terlalu sedikit dan tidak signifikan yang selebihnya semuanya RUGI. Mengetahui hakikat ini seharusnya sebagai pelabur yang bijak kita mengelakkan pembelian saham-saham cap ayam sebegini.



Modus operandi bagi DVM dan GPRO pula berbeza. Dramanya hanya mengambil masa sebulan dua sahaja. Cartanya berbentuk SPIKE. Hit and Run, Kenaikan dan penurunnya terjadi begitu cepat. Siapa yang berada di depan wave akan untung tetapi pelabur yang berada di belakang wave akan mengalami mengalami kerugian yang banyak.

Apapun semua ke enam-enam ini dijalankan oleh sindiket saham yang sama. Cuma caranya sahaja yang berbeza.

Kejatuhan ke empat-empat saham SOLUTION, VIS, ITRONIC dan MNC ini juga secara tak langsung memberikan tempias kepada penjaga-penjaga saham-saham yang lain. Saham STONE, TIGER dan WONG juga terasa tempiasnya. 

Jadi dalam hal ini pastikan anda punya ilmu pelaburan saham yang jitu dan andai anda masih mengalami kerugian, FY sarankan datanglah ke Seminar Saham Super Investor yang FY jalankan. InsyaAllah di sana banyak yang akan dapat anda pelajari.

Seminar Super Investor yang akan datang ialah di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur pada 10 Mei 2014, Di Blue Wave Hotel Johor Bahru pada 24 Mei 2014 dan di Oceania Hotel Kota Kinabalu pada 21 Jun 2014.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Kepada yang dah rugi melabur saham sebegini, kepada yang dah pernah pergi seminar beribu ringgit tetapi masih tidak dapat memahami ilmu yang sebegini maka jemputlah hadir.

Seminar mahal tak semestinya bagus dan seminar FY yang murah ini tak semestinya tak bagus. Belum datang belum tahu. Bak kata pepatah kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... 

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Kuala Lumpur 10 Mei
  • Di Johor Bahru 24 Mei
  • Di Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.