Tuesday, April 29, 2014

KENAPA SAHAM VIS, SOLUTION, MNC DAN ITRONIC JATUH TERUK?

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini FY mengambil keputusan untuk menulis mengenai kejatuhan saham-saham VIS, SOLUTION, MNC dan ITRONIC untuk pengetahuan umum. Ini kerana terus terang FY rasa sedih dengan kerugian yang dialami pelabur-pelabur yang membeli dan dimainkan sindiket yang memanipulasi saham-saham ini.

Terus terang saham-saham ini tidak termasuk dalam senarai watchlist FY jadi para pelabur yang menggunakan perkhidmatan FY, Alhamdulillah dalam keadaan yang baik. Lagipun FY dah lama dalam pasaran, dah boleh dikira old timer dan dalam hal sebegini boleh mengenalpasti saham-saham yang di"pelihara" dan dimanipulasikan oleh sindiket-sindiket saham.

Jadi, persoalannya apakah tanda dan bagaimana untuk kita tahu yang saham-saham itu ada "penjaganya"?

Jangan risau, hari ini FY akan terangkan kepada anda.

Buat permulaan cuba lihat ruangan volume dalam carta saham DAYA di bawah ini, 


Dalam kotak merah yang telah FY tandakan ini anda boleh lihat kenaikan dan penurunan volume hariannya berada dalam keadaan tidak menentu adakalanya naik dan adakalanya turun. Ia menandakan yang penawaran dan permintaan untuk saham ini berada dalam keadaan normal. Kebiasaannya volume saham akan berada dalam keadaan yang sebegini.

Cuba lihat pula carta untuk saham VIS, SOLUTION, MNC DAN ITRONIC yang FY sertakan di bawah ini dan perhatikan apakah persamaannya.


Di sini kita boleh lihat terdapat beberapa ciri penting. Kenaikan harga yang konsisten, volume yang tersusun dan teratur, kenaikan volume setiap 4 hari bersesuaian dengan settlement period lantas ia jelas menunjukkan yang saham ini dipelihara oleh sindiket saham.    


Perkara yang sama dapat kita lihat untuk saham SOLUTION ini. Terdapat kenaikan volume yang jelas pada hari ke 4.


Begitu juga untuk saham MNC dan ITRONIC dam carta yang FY sertakan ini.


Di penghujung cerita ke empat-empat saham ini tergolek dog. Jatuh melebihi 50% maka kepada pelaburnya pelaburan longterm lah jadinya. Keseronokan melihat kenaikan harga saham menjadi kesedihan.

Jadi apakah kesimpulan yang boleh kita buat dari carta-carta yang FY sertakan ini?

Kesimpulannya ialah keempat-empat saham ini dipelihara atau dimanipulasikan oleh sindiket saham yang sama.

FY harap artikel ini memberi satu ilmu pelaburan saham yang bermanfaat buat anda agar anda dapat mengelak dari melakukan kesilapan yang sama di masa-masa mendatang. Menyelamatkan diri dari kerugian, mengelak diri dari dipermainkan oleh sindiket saham.

Ilmu sebegini sebenarnya tidak ada dalam buku-buku saham dan adakalanya anda membayar beribu ringgit masuk dalam seminar-seminar saham-saham di luar sana namun ilmu sebegini juga tidak diterangkan mereka. 

Jadi, untuk mendapatkan ilmu yang sebegini FY sarankan datanglah ke seminar Super Investor yang FY anjurkan. Ini kerana banyak lagi ilmu sebegini yang akan FY kongsikan dalam seminar FY itu. Seminar yang cuma berharga RM490.00 namun punya pengisian ilmu pelaburan saham yang begitu banyak dan menyeluruh.

Seminar Super Investor yang akan datang ialah di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur pada 10 Mei 2014, Di Blue Wave Hotel Johor Bahru pada 24 Mei 2014 dan di Oceania Hotel Kota Kinabalu pada 21 Jun 2014.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Kepada yangf dah rugi melabur saham sebegini, kepada yang dah pernah pergi seminar beribu ringgit tetapi masih tidak dapat memahami ilmu yang sebegini maka jemputlah hadir.

Seminar mahal tak semestinya bagus dan seminar FY yang murah ini tak semestinya tak bagus. Belum datang belum tahu. Bak kata pepatah kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... 

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Kuala Lumpur 10 Mei
  • Di Johor Bahru 24 Mei
  • Di Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.