Tuesday, August 20, 2013

Kisah IPO MITI UMW OG

Salam Aidilfitri...

Kepada pelabur yang memohon saham IPO MITI UMW OG berkemungkinan besar telahpun mendapat keputusan permohonannya melalui surat tawaran yang telah diposkan kepada pihak anda. Namun terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan.

1. Tiada borang Aku Terima yang dilampirkan bersama.
2. Tiada borang Payment Instruction bagi tujuan membayar langganan saham-saham tersebut.
3. Tiada borang DIF atau Delivery Instruction Form bagi mengarahkan Bank Penasihat untuk memasukkan saham-saham tersebut ke dalam akaun CDS tuan-tuan dan puan-puan.
4. Borang tersebut tiada dalam Website MITI untuk diupload apatah lagi dicetak.
5. Website MITI pula masih diperbaiki dan diselenggara sejak berbulan yang lalu.

Apa nak jadi? 
FY pun tak tahu. 
Mungkin ada agenda lain dibelakangnya? 
Pun FY tak tahu.

Mungkin tuan puan boleh tanya kepada pihak MITI sendiri. 
No Tel mereka - 03 88805089. Itupun kalau mereka angkat gagang telefon tu.

Terakhir FY dengar ia dilanjutkan ke bulan Oktober pula. Entahlah.

IPO MITI ini sebenarnya boleh dijadikan umpama BRIM kepada semua pelabur Bumiputera dan secara tak langsung meningkatkan ekonomi Bumiputera di negara ini.

Katalah saham FGV ada 3 Billion dan diberikan kepada 3 juta pelabur Bumiputera 1000 unit seorang maka setiap pelabur akan mendapat RM700.00 setiap seorang pada hari penyenaraiannya tapi mungkin ia lebih senang untuk memperuntukkannya kepada 1000 orang sejuta saham seorang. Yang kaya bertambah kaya yang miskin tak dapat apa-apa macam peminta sedekah di tepi jalan. Entahlah.

Kemudian sebagai Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera FY dan rakan-rakan bertemu dengan Pengarah Seksyen IPO MITI ini dalam usaha mendapatkan peruntukan saham ini bagi pihak pelanggan kami yang ramai namun ia ditolak mentah-mentah. Surat rasmi juga telah dihantar namun tiada jawapan. Yang peliknya ada beberapa pelabur yang mendapat sehingga 5 juta saham SEORANG! Hanya kerana mereka mengenali orang besar dalam MITI. Pelik-pelik. Industri ini kecil sahaja dan terus terang setiap pergerakan pasti akan diketahui juga. Entahlah.

Agaknya kepentingan ORANG PERSEORANGAN lebih penting dari kepentingan RAMAI. Entahlah.

Apapun ini hanyalah luahan pendapat FY salah seorang rakyat Malaysia yang mengundi dalam pilihanraya yang lalu.

Mungkin secara amnya tidak ada sesiapa yang mendengarnya tetapi khusus kepada mereka yang terlibat FY harap lakukanlah sesuatu yang boleh membawa perubahan ke arah kebaikan. Ingatlah hidup ini bukan sekadar di dunia yang fana ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kalau ada salah dan silap.
 
Sekian FY mengundur diri.

FY

Jemput ke seminar Motivasi Anda Yang Baru FY percuma pada 12 Oktober. Ajak kawan-kawan sekali. Bagi nama penuh dan alamat emel kepada Puan Azila Ismail 012 2511 755 untuk tujuan pendaftaran.

Layari www.seminarsaham.com.my andai anda ingin belajar untuk menjadi pelabur saham yang bijak.

Terima kasih kerana sudi membaca.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.