Assalamualaikum...
Sentimen
terbesar pasaran saham Bursa Malaysia iaitu Pilihanraya telah berakhir
setelah sekian lama dinantikan. Kerajaan telah dapat dibentuk. Pasaran
saham yang menunggu sekian lama akhirnya meletop dan naik setinggi 130
mata melepasi 1820 mata pagi selepas hari pilihanraya tersebut berakhir
sebelum ditutup dengan kenaikan sebanyak 57 mata.
Apa
yang ditakuti berlaku pada tahun 2008 dimana pasaran merudum begitu
teruk selepas hari pilhanraya hingga Circuit Breaker terpaksa digunakan
dimana Bursa Malaysia digantung selama sejam tidak berlaku. Sebaliknya
Bursa Saham naik dengan volum dan kecairan yang begitu tinggi.
Adakah ini satu mainan atau adakah ini satu realiti?
Jawapan
FY - Ia satu realiti. Keputusan pilihanraya adalah seperti yang
dijangka para penganalisa dan pasaran boleh bergerak dengan baik kerana
sentimen ini telah diambilkira terlebih dahulu.
Kenapa pasaran naik?
Seperti
yang telah FY katakan sebelum ini terdapat banyak kecairan dalam
pasaran. Dana asing memasuki pasaran saham Malaysia kerana Bursa
Malaysia ketinggalan kalau dibandingkan dengan Bursa-Bursa Serantau jadi
ia sedang mengejar Bursa-Bursa yang lain. Dana Institusi Tempatan yang
menjual sebelum pilihanraya hinggakan dalam portfolio mereka mempunyai
lebihan tunai yang jauh lebih banyak dari kebiasaannya. Semua ini
membawa kepada kenaikan tersebut. Saban hari pada saat ini nilai
dagangan melebihi RM2 billion sehari dan pada bulan April yang lepas
nilai keseluruhan dagangan ialah RM40.6 Billion. Antara nilai bulanan
yang tertinggi pernah dicapai Bursa Malaysia.
FY
masih trading kaunter-kaunter fundamental yang undervalued dan
berdividen kerana inilah kaunter-kaunter yang dikejar oleh para Fund
Manager dan Institusi. Kaunter-kaunter berjajaran kecil untuk peruncit
dijauhi kerana kebelakangan ini peratusan pelabur kecil yang memasuki
pasaran adalah amat kecil. Jadi untuk menjana keuntungan dari
kaunter-kaunter sebegini adalah sukar.
Apapun
berhati-hati kerana pasaran berada dalam jajaran yang tinggi dan ia
perlu bernafas turun. Biarpun begitu sebarang kelemahan pasaran pada
ketika ini sebenarnya ialah peluang untuk kita memasuki pasaran dan
membeli saham-saham yang kukuh dan baik.
Hubungi
FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda perlukan bantuan untuk
mengendalikan portfolio saham anda di Bursa Malaysia. FY sedia membantu.
Sekian dulu buat kali ini. Wassalam.
FY
PS 1 - Saham IPO Sona Petroleum di MITI dilanjutkan permohonannya kepada 9 Mei 2013 jam 5 petang.
PS
2 - Seminar Super Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada hari
Sabtu 15 Jun 2013 di Bangunan Gatah Asli Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.
PS 3 - Stock Highlights FY hari ini - Alam Maritim at RM1.02.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.