Assalamualaikum...
Kita bertemu lagi. Hidup seorang remisier sebenarnya berkadar langsung dengan pasaran saham. Jadi kenaikan Bursa Malaysia kebelakangan ini menyebabkan FY agak sibuk dan tak punya banyak masa untuk menulis dalam blog ini.
Apapun hari ini di hujung minggu begini dapatlah FY mencuri sedikit masa untuk berbuat demikian bagi menceritakan serba sedikit perkembangan terkini pasaran saham Malaysia dari sudut kacamata FY.
Pasaran Saham nampaknya amat sihat dan memberansangkan kebelakangan ini. Selalu FY sebut dalam seminar Super Investor, bilamana volume pasaran melebihi 1.5 billion maka Bursa Malaysia berada dalam keadaan yang sihat. Maka dalam pasaran yang sihat menjana keuntungan dalam pasaran menjadi lebih mudah sebenarnya. Kalau anda masih rugi dalam pasaran yang sebegini maka adalah yang tak kena. Hubungi FY no hp - 016 666 7430 kalau berhasrat menjadikan FY remisier anda. InsyaAllah FY boleh membantu memberikan garis panduan pelaburan.
Namun demikian haruslah diingat pasaran saham telah naik ke paras yang agak tinggi dan ia perlu bernafas. Technical Correction dijangkakan sebelum ia mengorak langkah naik lebih tinggi lagi. Kenaikan itu disebabkan oleh faktor-faktor yang pernah FY tulis dalam artikel sebelum ini.
Matrix Concept Berhad sebuah syarikat Property Developer akan disenaraikan minggu akan datang ini dan FY jangkakan ia akan naik dan punya premium. Permohonan IPO Awam Leon Fuat sebuah syarikat Steel Manufacturer juga sudah ditutup pada 23 Mei minggu lepas juga FY jangkakan bakal punya premium bila ia disenaraikan kelak pada 6 Jun nanti. Untuk pengetahuan anda IPO Malakoff sebuah syarikat penjanaan kuasa elektrik telah ditunda ke tahun hadapan.
Kepada yang bertanya mengenai bagaimana untuk memohon saham IPO ini baik bagi peruntukan Awam mahupun peruntukan MITI sekali lagi FY telah menulis akan kaedahnya di dalam blog ini. Apa yang perlu anda buat ialah untuk mencarinya. Kalau takpun datanglah ke Seminar Super Investor bersama FY yang diadakan 2 bulan sekali di Bangunan Getah Asli, Berdekatan dengan KLCC, Kuala Lumpur. Dalam seminar ini semua akan diterangkan.
Memandang ke hadapan kita ada penyenaraian Sona Petroleum sebuah syarikat SPAC atau Special Purpose Aquisition Company sama seperti Hibiscus dan CLIQ yang membawa pulangan yang baik setelah disenaraikan. Apapun dalam hal SPAC ini ia terpulanglah kepada para pelabur untuk membelinya atau tidak. Ini kerana agak sukar untuk membuat analisis terhadap syarikat yang belum punya perniagaan.
Kemudian kita ada Air Asia X yang berkemungkinan akan disenaraikan pada bulan Julai nanti. Pelabur saham IPO Air Asia X yang memegang sahamnya untuk satu jangkamasa yang tertentu akan mendapat tiket kapalterbang ke luar negara. Harap bukanlah hanya ke Indonesia tetapi ke Jepun contohnya maka pastinya ia akan berbaloi.
Langkah Air Asia X untuk tidak memperuntukkan saham IPOnya kepada Cornerstone Investor tetapi kepada Retail Investor pada FY merupakan satu langkah yang baik. Ini pernah dilakukan oleh syarikat gergasi Google kalau tak silap FY satu ketika dahulu.
Sebenarnya FY pernah mencadangkan perihal ini kepada pihak tertinggi Suruhanjaya Sekuriti memandangkan ramai pelabur yang memohon saham IPO Awam dewasa ini tidak mendapat saham-saham itu kerana lebihan langganan yang ketara. Pelaburnya banyak tetapi saham yang diperuntukannya sedikit.
Langkah ini hakikatnya akan dapat meningkatkan penglibatan pelabur runcit dalam pasaran saham Malaysia dan secara tak langsung mengubah landscape pelaburan saham dari apa yang ada sekarang. Inilah yang berlaku dalam tahun 1990 an dahulu bilamana kebanyakan saham-saham IPO ini diperuntukan kepada pelabur runcit dan bilamana ia disenaraikan berlumba-lumbalah pelabur institusi mengejarnya lantas menyebabkan saham-saham tersebut naik dengan tingginya.
Kita ambil contoh saham IPO Bumi Armada. Bayangkanlah kalau ada 300 juta saham yang dibahagikan kepada 300,000 pelabur runcit seorang 1000 units maka setiap seorang dari 300,000 pelabur itu akan mendapat RM800.00 bila ia disenaraikan kerana saham itu naik dengan premium sebanyak lebih kurang 80 sen pada hari penyenaraiannya. Duit RM800 ini pula bolehlah dibelanjakan dan secara tak langsung akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan consumer spending dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Bukankah ini lebih baik dari BRIM kerana ia boleh dilakukan setiap kali ada penyenaraian IPO yang baru.
Masalahnya buat masa ini kebanyakan peruntukan saham IPO baru ini diperuntukkan kepada pelabur Institusi jadi pelabur runcit hanya ternganga kerana permohonan mereka ditolak bilamana mereka membuat permohonan IPO Awam melalui ATM dan Online Banking.
Kemudian hanya terdapat lebih kurang 20,000 pelabur Bumiputera dan 60,000 pelabur Bukan Bumiputera yang memohon IPO-IPO ini. Di sini FY ingin menyeru, bangkitlah wahai pelabur Bumiputera kali ini Air Asia X memberi peluang pelaburan saham kepada anda jadi janganlah lepaskan peluang ini. Buka akaun saham CDS anda dan buatlah permohonan saham tersebut. Ia merupakan satu pelajaran dan pengalaman yang baik dan InsyaAllah keuntungan bakal menanti anda.
Seterusnya FY harap banyak syarikat-syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia mengambil langkah yang sama demi pembangunan ekonomi pelabur runcit yang ramai di luar sana. Ia pasti merancakkan pelaburan di Bursa Malaysia dan seterusnya akan merancakkan ekonomi negara yang kita cintai ini.
Lagipun dewasa ini Pelabur Cornerstone terdiri daripada Hedge Funds yang mahukan keuntungan jangkamasa pendek melalui IPO-IPO ini memandangkan Malaysia merupakan negara yang panas dengan IPO sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Setakat ini sahaja buat kali ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut hadirilah Seminar Super Investor bersama FY pada hari Sabtu 15 Jun ini di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran.
Sekian dahulu.
FY
016 666 7430
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.