Wednesday, April 25, 2012

FAQ IPO di MITI


Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO MITI

1. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

Individu

• warganegara Malaysia;
• berstatus Bumiputera;
• berumur 18 tahun ke atas; dan
• mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Nota:  Pelajar adalah tidak layak memohon.

Syarikat

• Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
• Modal Berbayar melebihi RM100,000;
• Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
• Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
• Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
• Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
• mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi

• Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
• mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Nota: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon.

2. APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN UNTUK MEMOHON SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Individu

• mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);
• salinan kad pengenalan/surat pengesahan status Bumiputera yang jelas;
• salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri ;
• salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan
oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ; dan
• salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh
pegawai bank (nama & nombor staf ) berserta tarikh dan cop bank .
• surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);

Nota: bagi pegawai Kerajaan , sila dapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk melanggan saham khas ini.

Syarikat

• mengisi borang IND/SP-QP07-L03;
• salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama syarikat ;
• salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ;
• surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);
• penyata caruman KWSP (majikan & pekerja) disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang bertauliah .
• cetakan terkini ( terdapat 6 mukasurat ) maklumat syarikat daripada SSM;
• Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah ; dan
• keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga Pengarah bagi melanggan saham ;

Koperasi

• mengisi borang IND/SP-QP07-L04;
• Sijil Pendaftaran & senarai keahlian disahkan oleh Setiausaha Koperasi ;
• Undang-undang Kecil Koperasi disahkan oleh Setiausaha Koperasi ;
• salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama koperasi ;
• salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan
oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ;
• surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);
• Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru
Audit Bertauliah ; dan
• keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga bagi melanggan saham ;

3. ADAKAH PEMOHON PERLU MENDAFTAR SEBAGAI PELABUR BUMIPUTERA DI MITI?

Pendaftaran hanya terbuka kepada Syarikat Sendirian Berhad dan Koperasi sahaja dengan
mengisi borang ID/(SB/B/K).

4. ADAKAH PELABUR (SYARIKAT/KOPERASI) BUMIPUTERA YANG BERDAFTAR SAHAJA AKAN DIBERI PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Tidak perlu daftar. Tetapi keutamaan akan diberikan kepada yang berdaftar.

5. BAGAIMANAKAH CARA PEMOHON UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELABUR BUMIPUTERA?

Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui laman web MITI (http://saham.miti.gov.my).

6. APAKAH PROSEDUR-PROSEDUR UNTUK MELANGGAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Individu

• mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);
• mencetak borang permohonan;
• menghantar borang permohonan bersama-sama dokumen-dokumen berkaitan secara pos atau tangan kepada:

Pengarah Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera Bahagian Pembangunan Keusahawanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri Aras 7, Blok Menara, Menara Usahawan No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2 62652 Putrajaya

Syarikat/Koperasi

• surat permohonan/ cover letter dengan menyatakan nama syarikat yang menawarkan
saham dan bilangan unit saham yang dipohon ;
• mengisi borang IND/SP-QP07-L03 (syarikat) atau borang IND/SP-QP07-L04 (koperasi);
• mencetak borang permohonan;
• menghantar borang permohonan bersama-sama dokumen-dokumen berkaitan secara pos atau tangan kepada:

Pengarah Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera Bahagian Pembangunan Keusahawanan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
Aras 7, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya

Nota: permohonan melalui emel atau faks tidak akan diterima (ditolak).

7. BAGAIMANAKAH PEMOHON BOLEH MELANGGAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Makluman mengenai peruntukan saham khas Bumiputera akan dipaparkan
dalam web MITI (http://saham.miti.gov.my) dari semasa ke semasa. Borang
permohonan atas talian (online) bagi individu hanya akan dibuka sekiranya ada tawaran peruntukan saham khas Bumiputera.

8. BAGAIMANAKAH PEMOHON BOLEH MENGETAHUI KEPUTUSAN PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA YANG DILULUSKAN OLEH MITI?

Sila layari laman web miti ( http://saham.miti.gov.my) dari semasa ke semasa selepas dua (2) minggu tarikh tutup permohonan. Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan diterima .

9. ADAKAH ANAK SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI BOLEH MEMOHON PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Boleh. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada
kelulusan pihak MITI.

10. BERAPAKAH UNIT SAHAM YANG BOLEH DIPOHON? ADA HAD MAKSIMA DAN MINIMA?

Minima unit saham yang boleh dipohon ialah sebanyak 1,000 unit sahaja, manakala tiada had maksima ditetapkan. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

11. KENAPA PENYATA KEWANGAN PENTING? KALAU TIADA DUIT DALAM AKAUN, ADAKAH PERMOHONAN AKAN DITOLAK?

Permohonan akan ditolak sekiranya pemohon tidak dapat membuktikan penyata / sumber kewangan yang mencukupi untuk melanggan saham yang dipohon.

12. SEKIRANYA PEMOHONAN ADALAH INDIVIDU, BOLEHKAH SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK MEMOHON?

Boleh memohon. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

Dipetik dari Laman Web MITI


NOTA :

Hubungi FY sekiranya anda ingin FY bantu dalam hal permohonan saham di MITI ini dengan syarat tuan puan membuka akaun saham CDS dengan FY.

Mempunyai Akaun CDS ini adalah wajib bagi permohonan saham di MITI ini oleh itu untuk membuka akaun CDS begini caranya ;

Sekiranya anda ingin membuka akaun saham CDS ini, maka berikut adalah langkahnya ;

1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Haji Faizal Yusup
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas.

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.

Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.

Sekian.


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI BIJAK MELABUR  yang mana salah satu pengisiannya ialah mengenai pelaburan saham melalui IPO MITI ini. Ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila hubungi FY melalui emel atau no HP di atas. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!Top of Form

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.