Monday, June 10, 2019

BUAT UNTUNG MELABUR SAHAM PENNY STOCK

BUAT UNTUNG MELABUR SAHAM PENNY STOCK

Sebenarnya ramai juga yang membeli saham 20 sen, 30 sen, 40 sen saham saham penny stock tapi akhirnya jatuh sampai tinggal 1-2 sen malah ada yang dinyahsenaraikan sama sekali.

Di negara ini perkara ini sering berlaku tidak seperti di Amerika dimana saham saham cap ayam akan dikeluarkan segera dari Papan Dow Jones mahupun Nesdaq bagi memelihara kepentingan pelaburnya. Di Bursa Malaysia semuanya bercampur aduk umpama rojak. Kita kena ada ilmu bagi mengasingkan antara saham yang bagus dengan yang tak bagus.

Pun begitu kalau anda ada duit yang hendak dibuang anda boleh membeli saham saham bawah 10 sen ini dan simpannya untuk satu jangkamasa. Kalau anda bernasib baik ia mungkin mengambil masa yang sekejap sebelum ia naik tapi sebalik ia juga boleh mengambil masa bertahun lamanya. Tapi pulangannya pula beratus malah beribu peratus sepertimana yang pernah berlaku kepada Priva, XOX, Ifcamsc, Kbunai dan banyak lagi.

Kalau nasib tak baik burnlah duit kita tu sebab saham tu suspended dan dinyahsenaraikan sepertimana Patimas, Keywest dan sebagainya…

Kenapa dan bagaimana kita nak buat duit melabur saham begini?

Kebaikannya ialah saham murah begini mudah dimanipulasi oleh sindiket.

Oleh itu carilah saham bawah 10 sen malah bawah 5 sen lebih baik kerana risikonya cuma 5 sen tapi kalau ia naik pasti pulangannya berbaloi! Jumlah sahamnya pula kecil bawah 500 juta unit contohnya, kemudian saham milik Cina lebih baik.

Dari segi cartanya ia mendatar sekian lama jadi kalau nak cepat untung tunggu sampai volumnya sampai. Bila ini berlaku balunnnn!!!

TAPI ingat high risk high return tapi high risk high loss jugak. Hanya untuk trader yang hebat dan faham apa yang FY maksudkan ini.

FY Al Haj

JADUAL TERKINI FY

KELAS LIVE TRADING PERSONAL COACHING

KELAS LIVE TRADING PC  diadakan di The Curve, Mutiara Damansara dari jam 9 pagi hingga 5:30 petang. Yurannya ialah RM900.

Berminat hubungi Ramzie 0173730513 untuk menempah tempat anda.

Tarikh terdekat akan diberitahu kemudian.

SEMINAR SAHAM FROM ZERO TO HERO
2 hari seminar yang mana anda akan belajar semua sekali berkenaan pelaburan di Bursa Malaysia jadi tak perlu ke kelas dan seminar tambahan lagi.
Jangan risau anda berada di tempat yang betul!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.