Monday, September 19, 2016

MENJADI TRADER DI BURSA MALAYSIA

PERBEZAAN INVESTORS DAN TRADERS BAH 2

Traders pula cuba mendapatkan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan mereka pula mesti menggunakan analisis TA bagi meramal pergerakan kenaikan harga saham bagi mendapatkan kauntungan segera. Ia lebih komplikated dan perlukan pelajaran serta pengalaman yang mendalam dalam pasaran saham. Apapun semua ini diajar dalam sesi Personal Coaching yang FY jalankan.

Trader selalunya tidak membeli dan menyimpan saham untuk jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan dividen atau sebagainya. Mereka menganalisis dan meramal pergerakan harga saham dengan kaedah Technical Analysis. Analisis ini pula ada banyak teknik dan strateginya.

Buy at support, buy on breakout, buy on reversal dan sebagainya dengan melihat trend, mengunakan garisan support resistance atau Darvas Box Trading, bollinger bands, MACD, Parabolic, TAVA atau apapun kaedah yang dirasakan sesuai bagi tujuan meramal pergerakan harga saham ini bagi menjana keuntungan.

Malah dewasa ini banyak software yang dijual dan boleh dilanggan yang menggabungkan pelbagai indikator bagi tujuan yang sama. Meramal saham mana yang akan naik.

Hakikatnya ia adalah lebih sukar dan risikonya juga lebih tinggi. Banyak yang perlu kita pelajari dan alami sebelum kita boleh menguasainya.

Investor pula berbeza, pandangan mereka lebih untuk jangkamasa panjang. Investor terkaya dunia adalah Warren Buffett yang belajar dari Benjamin Graham akan teknik pelaburan nilai yang menguntungkan itu. Namun ia mengambil masa tetapi jauh lebih menguntungkan.
Anda ingin belajar semua ini?

Datanglah ke Seminar Saham Super Investors sebagai permulaannya yang akan diadakan di Bangunan Lembaga Getah Asli pada 5 November 2016 ini.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

Sekian buat kali ini.
FY
www.faizalyusup.net
www.seminarsaham.com.my

Like dan share andai anda merasakan catatan FY ini bermanfaat!

Sesi Personal Coaching FY kembali bersiaran di The Curve mulai besok 20 September 2016. Hubungi Ramzi 0173730513 untuk mendaftar.

Jangan lupa FZTH terakhir tahun ini di Kuantan pada 8 dan 9 Oktober 2016.
Hubungi Puan Azila 0166641755 untuk menyertai mana mana seminar ini.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.