Thursday, April 7, 2016

SEMINAR RM15,000,00

Catatan FY 06042016

SEMINAR BERIBU RINGGIT?

Orang kita ni memang kaya, mencari ilmu sanggup bayar seminar beribu ringgit. Seminar saham, seminar forex juga ada yang mengenakan yuran sebegitu tinggi. Dalam minggu lepas ni FY jumpa dua orang mengadu yang dia pergi seminar saham dan bayar RM15,000.00 tapi balik masih blur.

RM15,000 boleh ambik kursus diploma. 
RM15,000 boleh buat duit hantaran. 
RM15,000 boleh buat down payment sebijik rumah!
RM15,000 boleh buat pergi haji. 
RM15000 boleh beli saham berpotensi dan untung darinya.
RM15,000 boleh beli hand bag Chanel sebijik.
RM15,000 boleh buat downpayment kereta.
RM15,000 boleh datang seminar saham FY berkali-kali... hawhawhaw...

Kemudian katanya pembelajaran tidak dimulakan dari basic dan terus sahaja ke tahap advance menyebabkan dia langsung tak faham. Entahlah.

Apapun andai anda juga mengalami pengalaman begini solusi FY ialah jemputlah datang ke program anjuran FY dan biarlah FY susunatur kembali jigzaw puzzle ilmu pelaburan saham yang bersepah dalam minda anda itu dalam bentuk yang tersusun dan sistematik dari mula. Learn Unlearn dan Relearn kembali.
Semua pelajaran dalam kehidupan ini bermula dari titik 0 level basic ke level intermediate dan advance. FY seorang penulis buku jadi menyusun bab adalah satu perkara yang mudah bagi FY. Basic ini amat penting kerana kita takkan boleh dapat ijazah kalau kita gagal darjah 1. Kalau tak boleh membaca dan mengira bagaimana kita nak ambil ijazah ye tak? Itulah analoginya.
Mencampurkan pengisian advance, basic dan intermediate dalam satu seminar akan hanya mengeliru dan memeningkan kepala peserta sebenarnya. Ia mesti disusun menaik. Kepada yang belum pergi dan berhasrat masuk seminar ribu riban ini saranan FY tak payahlah pergi. Buang duit jer. Nanti anda juga akan mengadu kepada FY akan perkara yang sama. Terus terang supply and demand dalam ekonomi akan mencari equilibrium price untuk harga seminar saham ini. Lambat laun yang mahal akan turun juga harganya bila pembeli mengetahui dan memahami. Dan yang murah mungkin akan naik mencari harga yang paling sesuai dan berpatutan. Jangan risau FY tak kenakan yuran sebanyak itu. InsyaAllah berpatutan dengan begitu banyak ilmu pelaburan yang bakal disampaikan. Tapi kalau berpuas hati dan nak bayar FY RM15000 jugak FY terima jer. Hawhawhaw... Cukuplah dengan skim cepat kayap yang telah menyontot ramai orang kita. Oklah. Kalau anda suka catatan ini jangan lupa like dan share semoga ramai dapat diselamatkan dari membazir duit sebegini. Duit susah nak cari tapi kita buang aje begitu. Jadikan FY see first dalam FB kalau anda ingin mendapatkan catatan-catatan begini segera selepas FY post dalam FB nanti. Sekian dulu.
FY 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.