KENAPA BURSA MALAYSIA BURSA YANG DEFENSIF?
Assalamualaikum... Salam
Sejahtera...
Satu ketika dahulu FY pernah
menulis satu artikel mengenai adakah Bursa Malaysia akan crash seperti
1997-1998 dulu?
Pada ketika itu KLCI mendekati
1500 mata. Maka ramai juga yang mengatakan yang pasaran akan jatuh ke tahap
1300 mata malah ada yang mengatakan yang pasaran akan crash.
Tapi FY tidak mengatakan demikian
atas sebab-sebab yang telah FY nyatakan dalam artikel tersebut. Antaranya;
·
Kedewasaan Bursa Malaysia
·
Penyertaan Local Institution yang tinggi
·
Fundamental Ekonomi Malaysia yang kukuh dan stabil
·
Laverage yang rendah kalau dibandingkan dengan 1997 dahulu
·
Dunia mencetak duit lantas meningkatkan kecairan
·
Contract Settlement yang pendek
·
Dan banyak lagi
Pandangan pakar Analisa Teknikal
mungkin membawa kepada pandangan yang Bursa Malaysia akan jatuh tetapi kalau dilihat
dari sudut Fundamental ia membawa kepada pandangan yang sebaliknya.
Bursa Malaysia sebenarnya adalah Bursa yang defensif kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Ramai pelabur luar suka melabur di Malaysia kerana defensif bermakna ia boleh menyimpan dan mempertahankan nilai pelaburan mereka.
KENAPA BURSA MALAYSIA DEFENSIF?
Ia defensif tidak seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya kerana Malaysia punya banyak bahan mentah, bahan pengeluaran industri, pelancongan dan sebagainya yang menyumbang kepada ekonominya. Biarpun kebergantungan ekonomi kita kepada komoditi adalah sekitar 40% tetapi kalau dibandingkan dengan negara-negara Arab kebergantungan mereka adalah di tahap melebihi 80%! Jadi kejatuhan harga komoditi akan secara langsung menjatuhkan ekonomi mereka, menjatuhkan nilai matawang mereka, menjatuhkan pasaran saham mereka.
Ia defensif kerana punya kestabilan politik. Ops! Mungkin anda tak percaya dengan pandangan FY ini tapi terus terang kalaupun pemimpinnya silih berganti, kalaupun tampuk pemerintahannya dipegang oleh parti pembangkang sekalipun mereka juga bakal mempunyai dasar yang liberal. Dasar yang mementingkan ekonomi dan kewangan. Lagipun rakyat Malaysia bukan seperti rakyat Thailand, Indonesia, Filipina dan yang lainnya yang mana rakyatnya merusuh untuk menjatuhkan pemimpinnya. Di sini di negara ini rakyatnya baik-baik belaka J.
Ia defensif kerana dari segi geografinya Malaysia tidak terletak di atas Tectonic Plate yang mana adanya gunung berapi, berlakunya gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya yang boleh membawa kepada tsunami sepertimana yang berlaku di negara-negara seperti Jepun, New Zealand, Filpina mahupun Indonesia. Dari segi geografinya ia negara yang bebas dari semua bencana besar yang FY sebutkan tadi.
Ia defensif kerana syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia boleh memberikan pulangan dividen yang baik, malah Bank-Banknya juga memberikan kadar faedah yang baik atas deposit yang dibuat. Untuk pengetahuan banyak negara maju pendeposit di Bank-Bank langsung tak dapat faedah dari simpanan mereka di Bank. Malah mereka pula yang terpaksa membayar yuran perkhidmatan untuk menyimpan duit di Bank. Ini membolehkan para Hedge Fund Managers meminjam dari Bank di sana untuk melaburkan duit mereka di sini. Kaedah ini dinamakan Carry Trade.
Kemudian ia defensif kerana Institusi tempatan seperti EPF, Khazanah, PNB dan yang lainnya dikenakan peraturan yang ketat dari melabur ke luar negara. Jadi kebanyakan dana dilaburkan di dalam negara ini. Atas sebab inilah semasa Sub Prime Crisis pada tahun 2008 dahulu tempiasnya kepada ekonomi Malaysia amat kecil tak seperti yang berlaku kepada Singapura, Hong Kong, Arab Saudi dan banyak negara lain yang melabur dalam instrumen kewangan yang bernama CDO di Amerika Syarikat dahulu.
Ia defensif kerana biarpun nilai matawang RM jatuh tetapi ada industri seperti produk getah, logistik, semikonduktor dan yang lainnya yang menjual produk dan perkhidmatan mereka dalam matawang USD lantas membawa kepada keuntungan yang lebih baik kepada syarikat mereka. Pada masa yang sama ia membawa keuntungan kepada negara dengan trade surplus kerana kenaikan jumlah eksport yang lebih banyak dari jumlah import. Maka lebih banyaklah wang akan mengalir masuk ke dalam negara ini.
Ia defensif kerana Malaysia merupakan pengeluar Sukuk atau Bon Islamik yang terbesar di dunia. Jadi Malaysia tak punya masalah dalam perihal kecairan kewangan. Syarikat-syarikat di negara ini boleh meminjam dengan begitu mudah bagi menjalankan operasi mahpun mengembangkan perniagaan mereka.
Kejatuhan ekonomi negara ini oleh
sebab kejatuhan harga komoditi lantas membawa kepada kejatuhan nilai matawang
dan kejatuhan pasaran saham pada FY hanya bersifat sementara. Ini kerana
reversal atau keterbalikkan harga komoditi minyak dan komiditi yang lainya
pasti akan mengembalikan keceriaan kepada industri-industri berkaitan khususnya
dan ekonomi negara ini amnya. Seterusnya membawa kembali pelabur-pelabur asing
masuk melabur dalam negara ini.
Syukurlah kerana kita berada dalam negara yang dirahmati, InsyaAllah diberkati dan dilindungi sepanjang masa. Jadi tiada apa yang nak dihairankan dengan kenaikan Bursa Malaysia pada ketika ini walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang serba tak kena dewasa ini.
Dahlah yer.. Dah lewat malam ni... FY nak tido... InsyaAllah kalau umur FY panjang, kalau diberikan kesempatan oleh Allah Taala nanti FY menulis lagi.
Semoga penulisan ini membawa
manfaat dan kefahaman kepada pembaca yang dijodohkan dengannya.
Sekian dulu buat kali ini.
Ikhlas,
FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission
PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan
diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016
ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my
PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap
basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang
dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar
personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.
PERKHIDMATAN
KAMI
Buka Akaun
CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata
Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan
no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.
Khidmat
Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY
sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk
menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat
pelaburan saham.
Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.
Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!
Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.
Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;
SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang
di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara
Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com
Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.
Woksyop Analisa Teknikal
Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.
Seminar Saham Super Investors
Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.
Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.
Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.
Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.
Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com
Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com
Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com
Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com
LINK PERKHIDMATAN KAMI ;
Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.