Assalamualaikum.
Menjelang penghujung 2014, nampaknya beberapa saham IPO kebelakangan ini tidak begitu memberansangkan. IPO EATECH, ICON, CARIMIN, OWG dan beberapa IPO lain mengalami kenaikan yang sementara sebelum ia jatuh lantas menyebabkan banyak pelaburan modal dalam saham-saham IPO ini terbenam dan merugikan ramai pelabur. Jadi kehadiran saham IPO baru iaitu QUALITAS HEALTHCARE CORPORATION BERHAD (QUALITAS) yang akan disenaraikan ada bula April nanti nampaknya hambar.
namu demikian harus diingat ada berepa sebab kenapa saham-saham IPO itu jatuh kebelakangan ini. Antara penyebabnya ialah ;
- Saham IPO tersebut adalah saham yang berkaitan dengan industri Minyak dan Gas yang sedang mengalami kejatuah harga bahan mentahnya.
- Saham IPO tersebuut disenaraikan pada masa Pasaran Bursa Malaysia sedang jatuh merudum.
- Saham IPO tersebut mungkin overvalue dimana harga tawarannya terlalu tinggi.
- Atau sebab-sebab yang lainnya.
Saham Qualitas ini bukan saham dari industri Minyak dan Gas tetapi saham dalam industri Healthcare lebih kurang seperti saham KPJ dan IHH. Biarpun Ratio Price Earningsnya tinggi tetapi harga sahamnya sangat baik terus menaik tatkala disenaraikan. Ini kerana penjagaan kesihatan adalah satu keperluan bagi setiap individu lebih-lebih lagi dewasa ini.
Sedikit maklumat mengenai IPO QUALITAS HEALTHCARE CORPORATION BERHAD (“QUALITAS”) ini.
- Qualitas Medical Group, penyedia penjagaan kesihatan Malaysia, merancang untuk mendapatkan kira-kira RM1 bilion daripada tawaran awam awal di Kuala Lumpur.
- Qualitas, yang diketuai oleh Pengarah Urusan Noorul Ameen, beroperasi di lebih daripada 250 buah klinik dan pusat perubatan, menurut laman webnya. Ia mempunyai lokasi di Malaysia, India, Singapura, New Zealand dan Australia.
Setakat ini peruntukan IPO QUALITAS HEALTHCARE CORPORATION BERHAD (“QUALITAS”) ini telahpun ditawarkan Di MITI dan permohonannya telahpun ditutup pada 29 Januari yang lalu.
a) Jumlah Saham Khas : 115,280,200 unit
b) Harga Par : RM 0.20 seunit
c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
d) Aktiviti Utama Syarikat : Qualitas’s principal activity is that of an investment holding company, whilst the Qualitas Group is principally engaged in the primary healthcare industry including the provision of primary care services, dental services and medical diagnostics services.
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
f) Bank Penasihat : CIMB INVESTMENT BANK BERHAD
g) Tarikh Tutup Pendaftaran Minat Untuk Melanggan : Permohonan bagi Saham Khas Bumiputera melalui sistem saham online bermula 23 Januari 2015 (Jumaat) jam 3.30 petang sehingga 29 Januari 2015 (Khamis) 12.00 tengahari.
Begitupun kepada high networth clients dengan pelaburan minima RM250,000.00 anda boleh menghubungi FY di talian 0166667430 atau Zuhri Zain di talian 0126290407 sekiranya anda berminat untuk mendapatkan blok-blok saham Qualitas ini seberapa segera sebelum kehabisan. Harus diingat saham CIMB Investment adalah Bank Penasihat bagi saham ini.
FY rekomen saham ini kalau kena harga tawarannya nanti. Dengarnya harga tawarannya hanya akan ditentukan pada 10 Februari dan penyenaraiannya ke dalam Papan Utama Bursa Malaysia adalah pada bulan April yang akan datang.
Sekian dulu buat kali ini.
FY
016 6667430
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.