Assalamualaikum...
Alhamdulillah kita
bertemu lagi...
Pasaran saham Bursa
Malaysia semalam ditutup pada paras yang tertingginya iaitu pada 1892.50 mata.
InsyaAllah dengan momentum dan kecairan yang ada dalam pasaran ia akan memecah
rekod 1900 mata tak lama lagi. Salah satu faktor penyebab kenaikan volume atau
jumlah dagangan dewasa ini ialah kerana kehadiran ramai pelabur-pelabur runcit
yang baru memandangkan terdapat banyak semianr-seminar saham yang muncul bagai
cendawan dewasa ini. Mereka datang dengan pelbagai kaedah dan strategi
pelaburan.
Sebenarnya pada
paras ini agak sukar untuk mencari dan membeli saham-saham kerana harga dan
nilainya yang agak tinggi. Jadi dari segi fundamentalnya saham yang masih ketinggalan
di belakang serta saham-saham yang punya news yang baik yang mana news tersebut
membawa kepada peningkatan perlolehan atau Revenue dan seterusnya kenaikan
Pulangan atau Earnings akan menjadi pilihan. Saham SEACERA contohnya naik dari
harga RM0.80 kepada RM1.18 baru-baru ini bilamana news mengenai pembabitannya
dalam pembinaan menara Wawasan mula keluar di media massa. Ini contoh saham
Fundamental yang mana sesuatu saham itu bergerak naik harganya bilamana ada
news mengenainya yang kedengaran.
Pun begitu kali ini
dalam artikel ini FY ingin bercerita tentang kaedah dan strategi
pelabur-pelabur baru dalam pasaran. Ini adalah pandangan dari seorang pelabur
yang sudah menceburkan diri lebih 20 tahun dalam pasaran dan telah menggunakan
pelbagai kaedah dan strategi pasaran dan InsyaAllah kaedah yang terbaik dan
konsisten telahpun ditemui.
Bagi pelabur baru mereka selalu sahaja
dimomokkan dengan kisah buat duit yang banyak dalam jangkamasa singkat tanpa
modal mahupun dengan modal yang sedikit. Mereka mengatakan yang keuntungan
boleh dijana setiap hari!
Mereka diajar untuk
bermain kontra, mereka dididik untuk membeli waktu T+4 iaitu hari force
selling, mereka disarankan untuk meningkatkan leverage dengan membeli
saham-saham kecil dengan jumlah yang banyak dan pelbagai saranan lagi. Sesekali
paparan keuntungan akan kelihatan.
Soalan FY di sini
mudah sahaja. Adakah strategi ini boleh membawa keuntungan yang konsisten dan
dalam jangkamasa panjang keuntungan yang berlipat kali ganda?
Tahu apa jawapannya?
TIDAK BOLEH!
Orang kita mudah
terpedaya dengan dengan semua ini. Orang kita nak cepat kaya dalam jangka masa
yang singkat.
Terus terang FY
telah mencuba banyak pendekatan, cara, kaedah dan strategi pelaburan selama 20
tahun bergelumang dalam pasaran saham ini dan cara yang paling selamat ialah
dengan strategi Value Investing sepertimana yang diajarkan oleh Warren Buffet,
strategi yang digunakan oleh kebanyakan Fund Managers di seluruh dunia walau
dalam Bursa Saham dimana sekalipun.
Di sini FY sertakan
beberapa carta yang bersifat fakta untuk penilaian anda semua.
Kalau kita lihat di sini dalam carta ini jelas menunjukkan pelaburan dalam saham-saham smallcap bakal membawa pulangan yang labih baik kalau dibandingkan dengan pelaburan dalam saham-saham mewah, saham-saham blue chips yang berjajaran tinggi. Pada FY sebagai pelabur runcit adalah lebih baik kita melabur dalam saham-saham smallcap begini dan biarkan pelaburan big ccap saham yang berjajaran tinggi kepada pihak institusi memandangakan mereka mempunyai modal yang banyak.
Ini adalah carta peratusan kenaikan harga saham Blue Chips yang mana dalam 6 bulan berakhir Jun 2014 kenaikan tertinggi yang dicatat hanyalah pada 16.46 peratus sahaja melalui pelaburan saham DIGI.
Ini pula ialah carta peratusan kenaikan harga saham Small Cap dengan kenaikan sehingga 285.37 peratus.
Biar FY buat analisis bagi mereka-mereka yang tidak tahu.
Sebenarnya lebih dari 75% saham-saham berjajaran kecil ini ialah saham-saham yang punya Fundamental, punya news, punya peningkatan perolehan dan sebagainya. SILK Holdings contohnya mula memasuki industri Oil n Gas, Symphony House contohnya mempunyai rumors akan diambil alih oleh Ranhill. Yang lainnya ialah saham-saham laggard yang mana Fundamentalnya kuat tetapi ia ketinggalan di belakang dan sedang membuat catching up dengan kedudukan pasaran semasa.
Selebihnya memandangkan ia saham-saham berjajaran kecil yang tak punya Fundamental, yang mana syarikatnya rugi maka ia sebenarnya digoreng oleh sindiket-sindiket saham.
Disini kenapa saham-saham seperti NICORP, TIGER, MAS, HARVEST, VIS, MNC, GPRO, PDZ dan banyak lagi tidak kelihatan? Tetapi ramai pelabur-pelabur baru yang suka membeli saham-saham sebegini.
Jadi fahamilah dan ketahuilah yang pelaburan saham bukanlah sesuatu yang mudah. Pastikan anda tahu apa yang anda buat dan pastikan anda mempunyai ilmu mengenai apa yang anda lakukan.
Sekian dulu.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Membaik pulih portfolio saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.