Tuesday, June 11, 2013

IPO Air Asia X dan Tony Fernandes


IPO Baru: AirAsia X Berhad

Tarikh Penting :

Pembukaan Terbitan Awam (10 Jun 2013)
Penutupan penawaran runcit (19 Jun 2013)
Pengundian (24 Jun 2013)
Penyenaraian (10 Julai 2013)

Kaedah Permohonan :

Borang putih, Permohonan melalui ATM atau Permohonan melalui Online Banking.

Pelabur-pelabur di MITI juga telah mendapat tawaran saham mereka dan mereka perlu menandatangani surat akuterima pada 14 Jun serta membuat pembayaran pada 19 Jun ini.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan blok saham melalui kaedah Book Building atau Private Placement Air Asia X dengan nilai RM250 ribu ke atas bolehlah menghubungi FY – 016 666 7430

Harga tawaran : RM1.45 sesaham

Manfaat :

Pelabur 10000 saham IPO = 1 percuma tiket AirAsia X pergi balik ke mana-mana destinasi diterbangkan oleh AirAsia X

Pelabur 100000 saham IPO = 3 percuma AirAsia X Pulangan tiket ke mana-mana destinasi diterbangkan oleh AirAsia X

Nota FY ;

Semalam FY berkesempatan untuk menyertai preview IPO Air Asia X ini yang disampaikan oleh Tan Sri Tony Fernandes sendiri dan apa yang FY boleh katakan secara keseluruhannya ialah ini adalah saham yang baik unutuk pelabur jangkamasa sederhana dan panjang. Ia merupakan growth stock memandangkan ia tidak memberikan pulangan dividen dalam jangkamasa yang terdekat.

Tony Fernandes membeli Air Asia pada harga RM1 dan sekarang ia bernilai lebih RM10 Billion! Mereka membeli Tune Insurance pada harga RM100 juta dan sekarang ia bernilai lebih RM1 billion. Perkara yang sama juga berlaku kepada Thai Air Asia.

Ia menunjukkan yang dia mempunyai track record yang baik.

Selain itu mereka juga mengatakan yang syarikat ini syariah compliance mengikut kriteria yang ditetapkan oleh SC.

Kalau kebanyakan IPO baru memperuntukkan sebahagian besar sahamnya kepada Pelabur Institusi lantas menyebabkan begitu sukar untuk pelabur individu untuk mendapatkan saham-saham IPO ini dengan lebih langganan yang begitu banyak, kali ini peluang telah tersedia bilamana Air Asia X membuat keputusan untuk memperuntukkan sebahagian besar saham IPO mereka kepada pelabur runcit.

Jadi FY rekomen saham Air Asia X untuk pelabur jangkamasa sederhana dan panjang.

Sekian dulu buat kali ini.

FY
greng70@yahoo.com

PS – Jemput ke Seminar Super Investor pada hari Sabtu 6 Julai 2013 di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur bersama FY untuk mengetahui rahsia-rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia!


PSS – Alhamdulillah. Blog FY sudah melebihi 1,000,000 pengunjung!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.