Tuesday, March 12, 2013

Daily Stock Highlights from Faizal Yusup

Assalamualaikum...

Sejak 2 minggu yang lalu FY telah mengambil keputusan untuk memberikan tip saham harian atau Daily Stock Highlights yang terdiri dari satu atau dua saham harian yang FY rasakan boleh naik dalam jangkamasa yang terdekat. Ia sesuai untuk pelabur-pelabur yang bersifat trader dan juga pelabur jangkamasa pendek di Bursa Malaysia.

FY menggunakan satu sistem yang dibangunkan oleh seorang kawan sejak 6 tahun dulu yang mana ia memberikan saranan-saranan yang sangat baik. Setelah membuat analisis dengan sistem-sistem yang ada di pasaran FY dapat membuat kesimpulan yang sistem yang dibangunkan oleh kawan FY ini merupakan antara yang terbaik.

Tip-tip dan saranan saham ini bukanlah saranan untuk membeli, menjual atau menyimpan saham, anda perlu membuat penyelidikan lanjut dari broker, analyst mahupun remisier anda sendiri bagi mendapat khidmat nasihat tan terbaik.

Ada risiko dalam pelaburan saham jadi usaha untuk menjadi pelabur yang berpengetahuan dan bijaksana adalah amat penting bagi memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Daily Stock Highlights ini boleh didapati dengan add FY di Facebook di alamat ini - http://www.facebook.com/faizal.yusupii atau di twitter pada alamat ini - https://twitter.com/afaizalyusup

Inn Shaa Allah FY akan cuba untuk membuat analisis yang terbaik sebelum menyarankan stock highlights tersebut kepada anda.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah Taala dansedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pelaburan dan menjana keuntungan dalam Bursa Malaysia.

Sekiranya ada berminat untuk mencuba Sistem Stock Signal yang dibangunkan oleh kawan FY secara PERCUMA selama sebulan, apa yang perlu anda lakukan ialah hanya dengan add FY di sini - http://www.facebook.com/faizal.yusupii dan hantarkan mesej / PM kepada FY kepada anda yang ingin mencubanya.

Sekian dulu.

FY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.