Wednesday, February 20, 2013

Kursus FA buat Dealer dan Remisier anjuran PRIBUMI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung minggu yang lalu pada 16 dan 17 Feb 2013, FY bersama Exco Pribumi telah menjalankan seminar Financial Analysis bersama En Shamsuddin Yahaya CFA di Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru. Seminar ini dianjurkan oleh pihak Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dikhaskan untuk Remisier dan Dealer yang berlesen. Ia percuma kerana dibiayai oleh Bumiputera Dealers Rep Education Fund.

Seminar sebegini sebenarnya penting bagi melengkap dan memantapkan ilmu pengetahuan para remisier dan dealer kerana mereka merupakan front liners kepada pelabur-pelabur pelanggan mereka secara amnya. Saranan pasaran yang baik pastinya akan mengembangkan ekonomi para pelabur di dalam jagaan mereka dan seterusnya meningkatkan ekonomi ummah.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan di sini FY sertakan gambar-gambar suasana sepanjang seminar itu dijalankan.







Amanat daripada Presiden PRIBUMI - Md Hasrin Md Hassim
En Ahmad Yusoff dari SIDC memberi penerangan mengenai BDREF.
Timbalan Presiden En Azman Katib menyampaikan sepatah dua kata.
Dr Nazri Khan dalam sesi Penerangan IPO Watch 2013 di sebelah petang. 
FY merangkap Naib Presiden juga Photographer pada hari tersebut.
Antara mereka yang hadir dalam sesi penerangan IPO Watch petang itu.
Sam Presiden PERSAMA juga turut hadir memberi sokongan...
Tuan Haji Zainal Ariffin Mantan Timbalan Presiden juga Pengerusi Majlis sepanjang program berlangsung 
 



Penerangan dari orang kuat PERSAMA.
Sekian dulu...

FY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.