Monday, May 14, 2012

KEPUTUSAN SAHAM IPO MITI GAS MALAYSIA TELAH KELUAR!!!


KEPUTUSAN SAHAM IPO MITI GAS MALAYSIA TELAH KELUAR!!!

Salam sejahtera.

Akhirnya setelah sekian lama menanti, saham peruntukan Khas Gas Malaysia di MITI telah keluar dengan peruntukan maksima sebanyak 16500 unit saham kepada pemohon yang layak.

Tahniah FY ucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang tidak cuba lagi. InsyaAllah ada rezeki yang lain nanti.

Kepada yang memohon boleh membuat semakan di laman web MITI di link ini www.miti.gov.my.

Kemudian anda perlu untuk melaksanakan perkara-perkara berikut ;
  1. Menghubungi Maybank Investment untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat Gas Malaysia dan tarikh pembayaran saham.
  2. Menandatangani Surat Aku Terima yang disertakan.
  3. Mengembalikan Surat Aku Terima kepada Maybank Investment Bank Berhad dan satu salinan lagi ke MITI dengan kadar segera,
  4. Membuat pembayaran saham yang diperuntukkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank Penasihat iaitu pada 21 Mei 2012.

Sebarang penjualan saham hendaklah dimaklumkan kepada pihak MITI bagi tujuan rekod.

Nota lain ;

  • Sila nyatakan samaada anda bersetuju untuk menerima berapa unit saham tersebut dalam laman web MITI tersebut secepat mungkin.
  • Mencetak semua dokumen-dokumen yang perlu.

PEMBAYARAN

Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk ;

Bank Draft atas nama

“Maybank Investment Bank Berhad” dan menulis dibelakang bank draft tersebut “Nama Penuh Pelabur” beserta dengan nombor Kad Pengenalan,

Dan dihantar kepada pihak Maybank IB selewat-lewatnya pada jam 5:00 petang 21 Mei 2012.

Maybank Investment Bank Berhad,
Finance Department,
Level 5, Tower C, Dataran Maybank,
No 1, Jalan Maarof,
59000 Kuala Lumpur.

LETTER OF REPRESENTATION

Letter of Representation yang telah dicetak mestilah ditandatangani dan mendapat pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan difaxkan kepada pihak Maybank IB sebelum jam 5:00 petang 16 Mei 2012, diikuti dengan penghantaran salinan original sebelum jam 5:00 petang 18 Mei 2012.

Faxkan buat perhatian Rohana Sulong / Sherene Tan
Di 03-2710 2572.

DELIVERY INSTRUCTION FORM

Delivery Instruction Form yang telah dicetak dan diisi hendaklah dilampirkan dengan CDS Account Maintenance Form (boleh didapati dari FY andainya anda punya akaun CDS dengan FY) dan difaxkan kepada pihak Maybank IB sebelum jam 5:00 petang 16 Mei 2012, diikuti dengan penghantaran salinan original sebelum jam 5:00 petang 18 Mei 2012.

Faxkan buat perhatian Rohana Sulong / Sherene Tan
Di 03-2710 2572.

KEPADA PELABUR YANG MEMOHON MELALUI FY VIA PRIBUMI

Sila Hubungi FY untuk keterangan lanjut di 012-654 0130.

Kepada yang berjaya jangan lupa masukkan duit yuran 1 sen sesaham atau RM165.00 bagi yang mendapat 16500 unit saham ke dalam akaun berikut ;

Maybank Azila Ismail – 1141 7939 5635
CIMB Faizal Yusup – 1440 0032970 52 0

Untuk dimasukkan ke dalam akaun PRIBUMI atau terus ke dalam akaun PRIBUMI;

RHB PRIBUMI – 2641 2400 0088 15

SMS atau emailkan kepada greng70@yahoo.com setelah pembayaran dibuat bagi memudahkan pihak kami mengauditnya.  

Sekian dulu.

FY.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.