Monday, May 30, 2011

BUMI ARMADA INDICATIVE PRICE

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa harga tawaran bagi saham Bumi Armada Berhad adalah indikatif RM3.15 seunit. Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan berminat untuk melanggan saham khas ini, sila kemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

BIL.
SYARIKAT
INDIVIDU
1.
Surat Iringan daripada syarikat yang memohon saham khas dengan menyatakan jenis saham yang dipohon dan bilangan unit saham yang dipohon

Surat Iringan daripada individu yang memohon saham khas dengan menyatakan jenis saham yang dipohon dan bilangan unit saham yang dipohon
2.
Mengisi Borang Profil Syarikat dengan Lengkap
Mengisi Borang Profil Individu dengan Lengkap

3.
Borang 24 dan 49 yang terbaru dan telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat

-
4.
Penyata Kewangan Beraudit yang terkini dan telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat

-
5.
Penyata Bank 3 bulan terakhir syarikat yang telahdisahkan oleh pegawai bank institusi berkaitan

Penyata Bank 3 bulan terakhir pemohon yang telah disahkan oleh pegawai bank institusi berkaitan

6.
Lain-lain bukti kewangan tunai seperti kemudahanoverdraf syarikat dan simpanan tetap syarikat yang telah disahkan oleh institusi berkaitan.

Lain-lain bukti kewangan tunai pemohon seperti kemudahan overdraf, simpanan tetap, ASB danTabung Haji yang telah disahkan oleh pegawai institusi berkaitan.

7.
-           
Pegawai Kerajaan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk melanggan saham khas ini.

8.
Keputusan Resolusi daripada Ahli Lembaga Pengarah untuk pembelian saham khas ini.

-
 PERINGATAN:
(i)    Pastikan dokumen yang dihantar adalah lengkap seperti butiran diatas.
(ii)   Permohonan yang diterima adalah  melalui pos, kurier atau  serahan tangan. Permohona nmelalui  faks dan emel adalah tidak diterima.
       (iii) Penghantaran dokumen kali kedua sebagai contoh:  menghantar dokumen tambahan seperti surat pembiayaan daripada bank dan sebagainya adalah tidak diterima.
      (iv)  Keputusan peruntukan adalah tertakluk kepada MITI dan ia adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan diterima.


2.    Tarikh tutup permohonan adalah 7 Jun 2011 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang. Kelewatan dalam mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Sumber : MITI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.