Tuesday, August 16, 2011

Saham Peruntukan Khas Bumiputera MITI - Gas Malaysia



Semalam keluar berita mengenai penyenaraian saham IPO Gas Malaysia pada suku keempat tahun ini. Ia akan menawarkan 333.84 juta saham terbitan awam untuk dilanggan dan diuruskan oleh Maybank Investment Bank Berhad.

Mereka-mereka yang berminat untuk melanggan di MITI nanti, buatlah persiapan awal. Syarikat ini memang bagus untuk dilanggan kerana ia memonopoli segmen gas di Malaysia.

Tak tahu bagaimana hubungi FY. FY sedia membantu. Emelkan  kepada FY di greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY akan hantarkan dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan itu kelak.

Sekian.

Saturday, August 6, 2011

Memahami apa itu Stok IPO atau Stok Terbitan Awam



Ramai yang langsung tak tahu pasal saham bertanya kepada FY berkenaan dengan IPO atau Saham Terbitan Awam. Mungkin dengan membaca tulisan-tulisan skema berkenaan dengannya memeningkan kepala jadi FY mengambil keputusan untuk menulisnya secara santai untuk memudahkan kefahaman.

Jadi, apa itu IPO?

IPO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud Initial Public Offer atau dalam Bahasa Malaysia ia dinamakan Saham Terbitan Awam.

Secara ringkasnya katalah FY dangan Azmi membuka satu syarikat Pembinaan bernama ABC Sdn Bhd. FY meletakkan modal RM10 Juta dan Azmi juga meletakkan RM10 Juta. Jadi pegangan saham kami ialah FY 50%: Azmi 50%.

Syarikat ABC Sdn Bhd ini membesar dan sekarang saham kami telah menjadi RM35 juta seorang. Kami mahu mengembangkan perniagaan tapi tak mahu meminjam bank. Kami memerlukan RM30 juta. Jadi kami boleh memilih untuk meminjam dari orang ramai dengan menerbitkan saham baru sebanyak RM30 juta untuk dibeli oleh orang awam.

Dalam hal ini nisbah pegangan saham itu telahpun berubah,
FY 35% : Azmi 35% : Awam 30%

Dalam hal ini FY dan Azmi sebagai pengarah syarikat masih mempunyai hakmilik syarikat ABC ini kerana pegangan saham yang melebihi 50 %.

Bila disenaraikan kelak syarikat kami tidaklah lagi berstatus Sdn Bhd tetapi berstatus BERHAD dan saham itu akan diapungkan untuk didagangkan di pasaran saham. Ini bermakna sekarang kita boleh membeli dan menjual saham syarikat ABC Berhad.

Kalau kami meminjam dari Bank jumlah RM30 juta itu maka kami perlu membayar kembali pinjaman tersebut ditambah dengan kadar faedah yang dikenakan tetapi bila kami menjual saham terbitan awam kami maka kami perlu memberinya dalam bentuk dividen bila syarikat kami menjana keuntungan.

Dalam ertikata lain kami meminjam modal dari orang ramai dan mereka menjadi sebahagian dari syarikat dengan saham yang mereka pegang dan pihak kami pula perlu memberikan dividen bila keuntungan dijana atas pelaburan yang mereka buat dalam syarkat kami itu. Seperkara lagi kami tak perlu membayar jumlah modal yang orang ramai laburkan itu kerana ia telah diapungkan dan kalau pelabur mahukan modal mereka kembali mereka boleh menjual saham syarikat ABC ini kepada pelabur yang lain. Secara dasarnya begitulah saham terbitan ini berfungsi.

Sekian dulu buat kali ini.

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Nak tahu lebih lanjut hubungi FY.

Terima kasih…

greng70@yahoo.com
012 654 0130

PS     – Bukalah akaun saham dengan FY, banyak yang FY boleh kongsikan nanti.

 - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah. 

Friday, August 5, 2011

CARA MEMBUKA AKAUN CDS



Cara Membuka Akaun CDS

Bagi warganegara Malaysia ;

1.   Kita perlukan salinan kad pengenalan
2.   Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuan untuk menyimpan saham tersebut.)
3.   Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.
4.   Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.
Tambahan ;

5.   Anda juga boleh juga membuka akaun untuk menjalankan transaksi melalui internet mahupun bagi pasaran global.

Sekiranya anda perlukan khidmat saya sebagai perunding portfolio pelburan anda, hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130. InsyaAllah saya akan membantu.


SOAL JAWAB PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA


 

1.   Apakah peranan remisier dalam pelaburan? Adakah pelabur akan mendapatkan khidmat nasihat sahaja atau pelabur boleh menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada remisier?

-      Peranan remisier sebenarnya hanyalah memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham. Namun demikian, bagi seorang remisier yang proaktif dia selalunya dapat memberikan khidmat nasihatnya mengenai satu-satu saham yang ingin dibeli. Sebenarnya hanya mereka yang mempunyai kelayakan CFA atau Chartered Financial Analyst yang boleh memberikan saranan saham namun demikian secara tak formal ada juga remisier yang boleh membantu menjaga portfolio saham pelabur. Ia terpulang kepada pelabur tersebut.

Kadangkala ada pelabur yang tak mahu menggunakan khidmat remisier dan lebih suka menjalankan urusniaga melalui online, tapi salah satu masalahnya ialah kesilapan memasukkan transaksi dan risiko kerugian adalah lebih tinggi kerana selalunya pelabur baru tidak berpengalaman dan menjalankan pelaburan tanpa ilmu.

2.   Seandainya saya ingin melabur menggunakan khidmat remisier, apakah caj-caj atau bayaran yang dikenakan?

-      Hanya brokerage yang dikenakan dan  ia standard dalam industri tak kira anda membuka akaun saham di broker yang mana sekalipun. ( Ia tak sampai 1% daripada nilai transaksi. )

3.   Adakah sebarang modal minimum ditetapkan untuk pelaburan saham?

-      Tiada. Kita boleh membeli saham walaupun dengan modal sebanyak RM100.00 sahaja. Tapi saham kecil sebegini lebih tinggi risikonya. Ini kerana sekarang 1 lot dikira berdasarkan 100 unit saham.

4.   Apakah risiko melabur dalam tempoh krisis ekonomi sekarang? Daripada pembacaan di akhbar-akhbar dan pemahaman saya yang cetek, pada masa ini krisis ekonomi yang melanda U.S dan Eropah boleh mempengaruhi pelaburan dan mendatangkan risiko yang sangat tinggi.

-      Itu betul. Bursa Malaysia sudahpun berada pada tahap yang tinggi dan agak jittery kebelakangan ini disebabkan oleh perkembangan di USA dan Eropah namun demikian masih ada saham yang undervalue dan boleh dipertimbangkan.

5.   Bagaimanakah pembahagian keuntungan di antara pelabur dan remisier?

-      Tiada. Remisier hanya mengenakan komisyen tatkala transaksi pembelian mahupun penjualan dibuat.

6.   Adakah sebarang tempoh minimum atau maksimum bagi saya melaburkan duit? Contohnya, duit pelaburan saya hanya boleh dipulangkan semula selepas setahun melabur.

-      Tiada. Kita boleh membeli saham dan menjualnya pada bila-bila masa yang kita mahu. Tapi konsep melabur ialah untuk memegang saham itu untuk satu jangkamasa yang tertentu bergantung kepada objektif pelaburan pelabur tersebut.


Sekian buat kali ini.