Monday, October 21, 2024

ANALISIS SAHAM IPO SIRI 6 - TAWARAN SAHAM IPO TERSENARAI MENGIKUT LEBIHAN LANGGANAN

 


ANALISIS SAHAM IPO
TAWARAN IPO TERSENARAI MENGIKUT LEBIHAN LANGGANAN

Kajian ini bermula dari saham IPO Samaiden hingga saham IPO Crest yang tersenarai pada 9 Oktober lalu.

Pertamanya kita boleh lihat yang sekiranya oversubscription saham IPO itu tinggi akan bawa pulangan yang lebih baik kalau dibandingkan dengan saham IPO langganannya rendah.

Andai lebihan langganan itu melebihi 50x maka kebarangkalian saham IPO itu jatuh di bawah harga tawarannya amat rendah

Namun sekiranya lebihan langganan berada di bawah 20x maka ada kemungkinan yang saham IPO itu akan dibuka rendah lantas merugikan pelaburnya. Contohnya saham IPO SenHeng, Leform dan Radium.

Kesimpulan setakat 5 analisis yang telah dijalankan setakat ini ialah Saham ACE yang tidak ditawarkan di MITI akan secara puratanya naik lebih tinggi. Kemudian sektor Komunikasi, Teknologi dan Energy memberikan pulangan yang terbaik. Seterusnya tumpuan IPO yang naik adalah syt dari Pantai Barat Semenanjung dengan tumpuan diberikan kepada syt-syt dari Pulau Pinang. Sebagai tambahan saham IPO tersebut mestilah punya lebihan langganan yang tinggi!

Anda boleh baca analisis-analisis sebelum ini di FB Faizal Yusup mahupun di website www.faizalyusup.net

FY sedang giat mengemaskini blog FY ini agar ia dapat menyampaikan ilmu -ilmu pelaburan saham terkini di masa-masa mendatang! InsyaAllah…

Apapun pelabur perlu ada ilmu sebelum memulakan tindakan pelaburan. Begitupun saham IPO adalah intrumen pelaburan yang rendah risikonya namun tinggi pulangannya. Untuk tahun 2024 ini setelah 36 IPO disenarai, BELUM ADA saham IPO yang dibuka rendah. Ini pastinya baik untuk semua pelabur IPO!

InsyaAllah. Artikel analisis saham IPO yang seterusnya akan menyusul. Tungguuu..

Follow jer FY untuk dapatkan khidmat nasihat pelaburan saham di Bursa Malaysia yang terkini dan yang terbaik!😁

Sekian dulu,

Ikhlas,


Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.