Sunday, October 20, 2024

ANALISIS SAHAM IPO SIRI 1 - IPO DI MITI VS YANG TIADA DI MITI

 

ANALISIS SAHAM IPO
TAWARAN IPO DI MITI VS TIADA TAWARAN DI MITI


Kalau kita kaji carta di atas bermula dengan IPO Samaiden hingga IPO Crest yang tersenarai pada 8 Oktober lalu didapati SEMUA saham-saham IPO yang TIDAK ditawarkan di MITI akan mengguntungkan pelaburnya.

Untuk tawaran di MITI pula terdapat 11 IPO yang dibuka lebih rendah dari harga IPOnya disamping itu secara purata, keuntungan yang dijana untuk saham IPO yang ditawarkan di MITI juga jauh lebih rendah. Seterusnya saham IPO yang tidak ditawarkan di MITI juga ada yang dibuka melebihi 300% keuntungan iaitu saham IPO TTVISION.

Kesimpulannya kita kena buat kajian dan analisis yang mendalam sebelum memohon saham IPO yang ditawarkan di MITI kerana ada kebarangkalian yang yang saham itu jatuh pada hari penyenaraiannya.

Saham IPO Sen Heng, MST dan Aco adalah antara saham yang ditawarkan di MITI dan dibuka rendah dan terus jatuh hingga hari ini namun demikian saham IPO Cpetech dan Synergy yang jatuh pada awal mula menaik kemudian.


Apapun pelabur perlu ada ilmu sebelum memulakan tindakan pelaburan. Begitupun saham IPO adalah intrumen pelaburan yang rendah risikonya namun tinggi pulangannya. Untuk tahun 2024 ini setelah 36 IPO disenarai, BELUM ADA saham IPO yang dibuka rendah. Ini pastinya baik untuk semua pelabur IPO!

InsyaAllah. Artikel analisis saham IPO yang seterusnya akan menyusul. Tungguuu..

Follow jer FY untuk dapatkan khidmat nasihat pelaburan saham di Bursa Malaysia yang terkini dan yang terbaik!😁

Sekian dulu,

Ikhlas,


Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

WhatsApp FY 0166667430 kalau ada apa-apa persoalan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.