Sunday, October 20, 2024

ANALISIS SAHAM IPO SIRI 4 - TAWARAN IPO TERSENARAI MENGIKUT NEGERI

 



ANALISIS SAHAM IPO
TAWARAN IPO TERSENARAI MENGIKUT NEGERI

Kajian ini bermula dengan saham IPO Samaiden hingga saham IPO Crest yang tersenarai pada 9 Oktober lalu.

Pertamanya kita boleh lihat yang kebanyakan syt yang mengembang dan menerbitkan saham terbitan awam @ IPO berada di Pantai Barat Semenanjung didahului oleh Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Ini jelas menunjukkan yang aktiviti ekonomi negara ini tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Dari segi kenaikan harga saham pula secara puratanya saham-saham syt dari Pahang mendahului dengan kenaikan yang tertinggi diikuti dengan Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Begitupun cuma ada satu syt IPO dari Pahang iaitu syt OFB dari kajian ini.

Kelantan, Terengganu, Perlis dan Sarawak nampaknya tiada dalam senarai syt yang menawarkan IPO sepanjang kajian ini berlangsung.

Kesimpulan setakat 4 analisis yang telah dijalankan setakat ini ialah Saham ACE yang tidak ditawarkan di MITI akan secara puratanya naik lebih tinggi. Kemudian sektor Komunikasi, Teknologi dan Energy memberikan pulangan yang terbaik. Seterusnya tumpuan IPO yang naik adalah syt dari Pantai Barat Semenanjung dengan tumpuan diberikan kepada syt-syt dari Pulau Pinang!

Anda boleh baca analisis-analisis sebelum ini di dalam blog ini atau di Facebook Faizal Yusup.

Apapun pelabur perlu ada ilmu sebelum memulakan tindakan pelaburan. Begitupun saham IPO adalah intrumen pelaburan yang rendah risikonya namun tinggi pulangannya. Untuk tahun 2024 ini setelah 36 IPO disenarai, BELUM ADA saham IPO yang dibuka rendah. Ini pastinya baik untuk semua pelabur IPO!

InsyaAllah. Artikel analisis saham IPO yang seterusnya akan menyusul. Tungguuu..

Follow jer FY untuk dapatkan khidmat nasihat pelaburan saham di Bursa Malaysia yang terkini dan yang terbaik!😁

Sekian dulu,

Ikhlas,


Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

WhatsApp FY 0166667430 kalau ada apa-apa persoalan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.