ANALISIS SAHAM IPO
TAWARAN IPO TERSENARAI MENGIKUT SEKTOR
Kajian ini bermula dengan saham IPO Samaiden hingga saham IPO Crest yang tersenarai pada 9 Oktober lalu.
Di sini kita boleh lihat purata pulangan sektor Komunikasi, Teknologi dan Energy adalah lebih baik dari sektor yang lain. Sektor Highway, Plantation, Transport dan REITS didapati kurang menarik.
Pada masa yang sama kita juga boleh lihat yang 3 sektor utama yang sedang pesat berkembang di Malaysia ialah dalam sektor Consumer Product, Industrial Product dan Technology. Bagi yang hanya ada satu dua sahaja saham IPO dalam sektornya ia mungkin menunjukkan sektor tersebut telah matang contohnya komunikasi, plantation dan highway.
Kesimpulan setakat 3 analisis yang telah dijalankan setakat ini ialah Saham ACE yang tidak ditawarkan di MITI akan secara puratanya naik lebih tinggi. Kemudian sektor Komunikasi, Teknologi dan Energy memberikan pulangan yang terbaik.
Apapun pelabur perlu ada ilmu sebelum memulakan tindakan pelaburan. Begitupun saham IPO adalah intrumen pelaburan yang rendah risikonya namun tinggi pulangannya. Untuk tahun 2024 ini setelah 36 IPO disenarai, BELUM ADA saham IPO yang dibuka rendah. Ini pastinya baik untuk semua pelabur IPO!
InsyaAllah. Artikel analisis saham IPO yang seterusnya akan menyusul. Tungguuu.. Subscribelah ke blog ini bagi mendapatkan maklumat saham yang akan terkini.
Follow jer FY untuk dapatkan khidmat nasihat pelaburan saham di Bursa Malaysia yang terkini dan yang terbaik!😁
Sekian dulu,
Ikhlas,
“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”
“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”
Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.
#seminarfzth
#faizalyusup
WhatsApp FY 0166667430 kalau ada apa-apa persoalan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.