Wednesday, October 9, 2024

GDP MALAYSIA NAIK 4.9%, APA MAKNANYA?

 

BANK DUNIA UNJUR PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA 4.9%.

Apa maknanya?
Untuk kefahaman mudah sekiranya ketinggian anda naik sebanyak 5% tahun maka dalam masa 20 tahun ketinggian anda akan meningkat sekali ganda. Katalah sekarang tahun 2024 ini ketinggian anda ialah empat kaki. Ini bermakna dalam masa 20 tahun pada tahun 2048 ketinggian anda akan meningkat menjadi 8 kaki! Tinggi betul tu. Hawhawhaw. Tapi hakikat kehidupan menjelang 18 tahun ketinggian kita sebagai manusia secara asasnya terhenti. Kita sudah dewasa.
Kalaulah ia terus-terusan naik tanpa berhenti sebanyak 5% setahun maka pasti Tun M merupakan antara manusia yang tertinggi di Malaysia ni. Nak borak pun payah sebab jauh! Agaknya ketinggian Tun M dah setinggi tiang elektrik! Hawhawhaw.
Jokes aside.
Malaysia pun begitulah. kalau ekonomi meningkat secara purata sebanyak 5% setahun. Ini bermakna dalam masa 20 tahun berdasarkan simple calculation tanpa compounding Malaysia akan menggandakan ekonominya sekali ganda. Ini bermakna kalau belanjawan tahun 2024 ini berada pada tahap RM380 billion maka pada tahun 2048 ia akan berada pada paras RM 760 billion. Semakin lama Malaysia semakin kaya!
Yelah mana taknya Malaysia masih muda dan mentah. Masih banyak lagi aktiviti ekonomi yang boleh dijana. Masih banyak tanah yang belum
diteroka, ditanam dan dibangunkan. Masih banyak bahan mentah yang belum dikorek, masih banyak ruang dan peluang untuk ia membesar. Malaysia masih belum cukup kakitangan kerana penduduknya yang sedikit. Masih belum cukup modal untuk ia buat itu ini bagi mengukuhkan ekonominya. Ia akan mengambil masa.
Bagi negara maju ia seakan seorang manusia yang dah dewasa. Ia sudah tepu. Pertumbuhan ekonominya secara purata tak sampai 2% setahun. Malah ada yang 0%.
Ini menunjukkan yang ekonomi Malaysia akan terus-terusan berkembang atas sebab-sebab telah FY nyatakan tadi. Masih banyak syarikat yang baru memulakan perniagaan, yang sedang berkembang dan yang sedang mencari dana dengan menerbitkan saham IPO untuk membesarkan syarikat mereka dalam Malaysia mahupun ke peringkat global.
Sebab itulah dewasa ini terdapat begitu banyak syt yang nak disenaraikan ke Bursa Malaysia. Tahun 2024 ini sahaja sudah 34 syt disenaraikan. Tak ada satupun dibuka rendah dari harga tawarannya sehingga hari ini. Ini memberi peluang keemasan kepada pelabur yang punya modal dan ilmu untuk menjana keuntungan daripada pelaburan saham-saham IPO ini.
Bursa Malaysia pun dah capai modal
pasaran melebihi RM2 trillion sejak Jun 2024. Banyak tu. Follow the monies!!!
Anda nak belajar macamana nak buat duit melabur saham? Cari FY jer. Remisier Kenanga Investment Bank yang menulis artikel ini.

Sekian,

Ikhlas,


Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!

Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!

Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY sekinranya anda ingin maklumat terkini mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia

Tekan jer link bawah ni ;

Group WhatsApp

#seminarfzth

#faizalyusup 

WhatsApp FY 0166667430 kalau ada apa-apa persoalan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.