Wednesday, May 25, 2016

PERSONAL COACHING SAHAM YANG MURAH TAPI HEBAT!

Assalamualaikum... 

Lama juga FY tak menjengah ke sini disebabkan kesibukan kerja. Dewasa ini Kelas Personal Coaching Saham FY macam pisang panas dimana peserta terpaksa mengambil giliran untuk datang dan belajar akan teknik pemilihan stock IMANTAP juga akan ilmu TIMING menembak tepat saham yang akan dibeli mahupun dijual.


ADA APA DENGAN KELAS PERSONAL COACHING FY TU?

Bagi yang bertanyakan soalan ini, begini jawapannya.

Kelas Personal Coaching FY bakal ;
⁃ Meningkatkan keyakinan anda melabur dalam pasaran terbuka.
⁃ Menjadikan anda celik dan kenal akan saham-saham yang berpotensi dan yang boleh naik.
⁃ Mengelakkan anda terperangkap dengan saham cap ayam dan saham spekulasi.
⁃ Memberikan pengisian yang menyeluruh dari semua segi pelaburan saham di Bursa Malaysia.
⁃ Menggunakan strategi pemilihan saham IMANTAP yang dicipta FY, strategi yang tidak diajar dalam mana mana seminar di negara ini. Strategi yang mudah diaplikasikan oleh mana mana pelabur sekalipun.
⁃ Mosaic theory dalam IMANTAP bakal mengukuhkan keyakinan anda melabur.
⁃ Teknik Perbandingan saham yang terbaik untuk dibuat pelaburan.
⁃ Teknik menembak tepat dan cepat menggunakan analisis TA yang mudah dan berkesan.
⁃ Menggunakan platform Kentrade yang canggih dan penuh dengan maklumat.


Dijalankan dalam group yang kecil.
Interaksi secara langsung.
Dalam bilik seminar yang selesa.

Anda datang buta saham...
Anda balik celik dan terbuka hati dan minda...



Percayalah! Kalau tak takkan semua yang pernah hadir bagi 10 bintang malah lebih lagi?
Tak caya jugak?

Tanya peserta yang pernah datang atau tengok video testimoni mereka yang selalu FY kongsikan.

Kepada anda yang ingin masuk support group PERCUMA FY di WhatsApp, anda cuma perlu berikan NAMA anda kepada 0166667430. Pihak admin akan memasukkan nama anda. Tiada sebarang syarat dikenakan. Apa yang penting ialah anda ada hasrat untuk melabur saham di Bursa Malaysia.

Sekian
FY bukan along
FY cuma nak tolonggg...


Berminat? Hubungi Ramzi 0173730513 untuk menempah tempat anda!

Monday, May 2, 2016

BERITA SAHAM TERKINI

Assalamulaikum...

BERITA SAHAM YANG PERLU ANDA TAHU

IPO AWAM

LKL 
dibuka untuk permohonan dengan harga tawaran sebanyak RM0.20
Tarikh tutupnya ialah pada 4 Mei 2016 jam 5 petang.

SALUTICA
dibuka untuk permohonan dengan harga tawaran sebanyak RM0.80
Tarikh tutupnya ialah pada 6 Mei 2016 jam 5 petang.

FY rekemen kedua-dua kaunter ini.

IPO di MITI
CAREPLUS, OVERSEAS, JHM

Ketiga-tiga tawaran saham di MITI ini sebenarnya bukan IPO kerana ia telahpun tersenarai di Bursa Malaysia jadi anda boleh sahaja membeli secara terus di Bursa Malaysia tanpa perlu memohonnya dari pihak MITI. Sebenarnya ketiga-tiga syarikat ini punya masalah kuota Bumiputera jadi atas sebab itulah mereka memperuntukkan sebahagian dari saham mereka di MITI.

SEMINAR INTERMEDIATE PERCUMA

Seminar Intermediate InvestSmart percuma anjuran pihak Suruhanjaya Sekuriti dimana FY menjadi speakernya akan diadakan pada hari Sabtu 7 Mei 2016 ini. dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Jamuan makan serta door gift disediakan. FY akan berkongsi mengenai kesilapan pelabur, strategi dan analisis berkesan melabur di Bursa Malaysia. Jemputlah datang dan ajak kawan-kawan sekali. Jangan cakap FY tak payung!


SEMINAR ADVANCE ZERO TO HERO DI KK

Seminar lengkap basic, intermediate dan advance bersama FY pula akan menemui pelabur di Hotel Oceania, Kota Kinabalu pada 14 dan 15 Mei ini. Seminar berharga lebih RM2500 ini hanya berharga RM1490 selama dua hari.

Hubungi Puan Azila 0166641755 utuk tujuan pendaftaran atau layari

www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.

Terbuka kepada 30 orang peserta sahaja! Cepat! Kerana FY tak tahu bila akan ke KK lagi!


GROUP WHATSAPP PELABUR NEWBIE

Kepada yang masih blur mengenai pelaburan saham pihak kami telah menubuhkan group support peabur di WhatsApp bagi membantu menjawab kebanyakan persoalan pelaburan secara terus. 

Untuk menyertainya WhatsApp NAMA ada terus ke 0166667430 dan pihak kami akan memasukkan nama ada dalam group tersebut.

Sekian dulu buat kali ini...

FY

   

Saturday, April 16, 2016

GROUP SAHAM PERCUMA BERSAMA FY DI WHATSAPP

Catatan FY 16042016

GROUP WHATSAPP NEWBIE INVESTORS FY PERCUMA

Ramai yang melabur saham tapi ke laut kerana ;

1. Anda boleh buka sebanyak mana pun di 30 buah broker. Yang penting remisiernya. Kalau remisier tak bantu ke laut nanti client betul tak?
2. Buka online trading nak murah brokerage tak tahu melabur, main tembak jer, ke laut jugak ye tak?
3. Beli sendiri ikut tip, ikut forum, ikut orang ke laut jugak ye tak?
4. Ingat nak jadi trader, beli saham, saham jatuh simpan tukar jadi long term investor sbb sebenarnya tak tahu diri investor atau trader. Ke laut jugak kan?
5. Beli IPO masa untung tak jual, saham makin lama makin lama makin merudum. Ke laut jugak kan?
6. Guna khidmat remisier, remisier tu tak ada ofis bila call atau bila tanya tip, dia tanya pulak kita balik tip apa bagus. Tak ke laut dibuatnya?

Dan banyak sebab lagi..

Sebab itulah group ini ditubuhkan. Untuk sedikit sebanyak membantu agar anda terus berada di daratan. Kalau anda memang dah untung melabur saham takkanlah nak join group FY ni kan? hawhawhaw...

Group FY di WhatsApp ini terbahagi kepada 4 kelompok utama ;

1. Group untuk Investors mahupun Trader Newbie yang terbuka kepada para pelabur bukan pelabur yang punya akaun cds dengan FY di Kenanga. Di sini 1001 satu soalan saham terbuka untuk ditanya.

2. Group untuk SuperInvestors. Ini khas buat ahli yang dah punya akaun CDS dengan FY dan lebih suka melabur sebagai Investors dalam saham-saham yang kukuh dan berpotensi.

3. Group untuk SuperTraders. Ini pula khas untuk ahli yang sudah pernah menghadiri Kelas Personal Coaching yang FY jalankan. Ahli di sini lebih independant dan boleh membuat keputusan pembelian dan penjualan saham sendiri dan tahu akan risiko yang mereka ambil.

4. Group Elit. Yang ini pula terbuka hanya kepada high networth clients yang melabur dalam Private Placements sebanyak RM250k satu blok.
Ia terbuka kepada semua pelabur saham tak kira akaun saham anda dimana dan ia percuma! Semoga ia akan membantu anda menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih yakin!

Jangan risau bermula dari group pertama pihak kami tahu bagaimana untuk membantu anda sampai ke Group Elit. Namun ia perlukan langkah pertama iaitu untuk menghubungi FY untuk masuk sebagai ahli dalam group pertama itu tadi.

Hubungi FY 0166667430 atau Ramzie 0173730513 andai anda berminat untuk menyertainya jangan lupa bagi NAMA anda. Oleh sebab waiting list panjang jadi bersabar yer. Pelan-pelan kami akan masukkan anda ke dalam group tersebut!

Like dan share kalau anda mahu kawan-kawan anda yang lain untuk menyertainya.

Sekian 

FY


Thursday, April 14, 2016

BEZA CDS KONVENSIONAL DAN CDS ISLAMIK

Catatan FY 14042016

BEZA CDS KONVENSIONAL DAN CDS ISLAMIK

Tadi ada pelabur minta FY jelaskan tentang tajuk di atas ini. Jadi seperti yang FY janjikan ini catatannya.

CDS Konvensional -
1. Boleh beli apa juga saham dan Instrumen dalam Bursa Malaysia!baik berstatus syariah mahupun tidak.
2. Kalau ada deposit yang tersimpan dalam trading ac pelabur akan mendapat faedah.

CDS Islamik -
1. Program hanya membenarkan pembelian saham dan instrumen syariah sahaja dan secara automatik order saham konvensional ditolak.
2. Kalau ada deposit dalam akaun trust pelabur akan mendapat dividen dari sumber yang syariah.

Setakat ini terdapat 922 saham induk yang keseluruhannya tersenarai dalam Bursa Malaysia dan daripada jumlah itu 674 adalah berstatus syariah.

Status syariah ini pula dikemaskini oleh komiti syariah SC pada penghujung bulan Mei dan November.

Selalunya andaikata sesuatu saham yang anda beli itu pada mulanya berstatus syariah tapi kemudiannya bertukar status konvensional bila ia dikemaskini maka pihak broker akan menyarankan anda menjualnya atau memindahlannya ke akaun konvensional kalau ada.

Sekiranya begitu anda perlu ada dua CDS iaitu satu islamik dan satu lagi konvensional. Oleh sebab anda tak boleh buka dua CDS dalam satu broker maka satu CDS nama personal dan satu lagi nominee. Terpulanglah kepada anda untuk buka akaun CDS Islamik personal dengan akaun CDS konvensional nominee atau sebaliknya.

Bukan semua broker ada CDS Islamik ini, antara broker yang menawarkannya ialah Kenanga, BIMB dan Maybank Investment Bank Bhd.

Masalah yang timbul ialah bila anda membeli saham saham IPO. Saham IPO berstatus syariah boleh didepositkan kedua dua CDS Islamik mahupun tidak namun demikian saham konvensional tak boleh masuk dalam akaun cds Islamk. Saham IPO juga tak boleh masuk dalam mana mana akaun CDS Nominee baik Islamik mahupun tidak.

Harapan FY catatan ini menjawab soalan pelabur yang bertanya itu.

FY rasa FY kena buat rancangan TV lah untuk menceritakan semua hal yang perlu pelabur tahu mengenai pelaburan di Bursa Malaysia. Setuju tak? Biar satu Malaya tahu. Kalau anda ada kenal penerbit TV bgtahu FY. Nanti akan FY usahakan.

Dah baca? Dapat manfaat? Apa lagi like dan sharelah tanda sokongan. Penat jari jemari halus mulus FY ini menari nari menulis catatan ini. Hawhawhaw...

Nak belajar saham dengan FY? Call Personal Assistant FY En Ramzi 0173730513 untuk mengetahui kelas dan seminar FY yang terdekat atau


Sekian dulu.

FY

Tuesday, April 12, 2016

KELEBIHAN ONLINE PLATFORM KENANGA - KENTRADE



Catatan FY 12042016 
PLATFORM ONLINE TRADING SAMA KE? 

Ramai pelabur yang menyangka platform online iaitu tempat dimana urusniaga saham dijalankan sama sahaja antara satu broker kepada satu broker yang lain. 

Sebenarnya platform online ini memainkan peranan yang penting baik kepada trader mahupun investor. Lagi komprehensif platform online kita maka lagi mudahlah kita buat analisa pelaburan sebelum mengambil sesuatu tindakan pelaburan. Dalam hal ini bila dibuat perbandingan dengan platform online broker yang lain, FY dapati Kenanga mempunyai platform yang terbaik. 

Rasanya tak perlulah FY jelaskan apa yang tiada dalam platform yang lain itu tapi biarlah FY huraikan apa kelebihan platform Kenanga yang bernama Kentrade; 

Antara ciri-cirinya; 
1. General Info 
2. Pengiraan brokerage 
3. Latest News dan Announcement 
4. Status syariah
5. Portfolio Status 
6. Trading Status 
7. Favorite list 
8. Boleh memilih pelbagai variables yang kita suka bersesuaian dengan strategi pelaburan kita. 
9. Dan macam macam lagi 

UNTUK FA 
1. Financial reporting yang terkini hingga 5 tahun sebelumnya 
2. Perbandingan Industri 
3. Ratio-Ratio 
4. Aktiviti syarikat 
5. Senarai 30 pemegang saham terbesar 6. Kenanga research paper 
7. dan macam macam lagi 

UNTUK TA 
1. Carta dengan pelbagai indikator 
2. Carta interaktif yang mesra pengguna 3. Carta bulanan hingga ke carta 5 minit untuk trader 
4. Carta real time 
5. Dan macam macam lagi 

Sebenarnya dengan adanya Kentrade kita boleh buat analisa saham dalam satu jangkamasa yang pendek. Dalam satu minit dah boleh siap analisa! Boleh dikatakan semua maklumat ada di situ. 



Kalau anda tak tahu indikator atau elemen mana yang penting / kuat untuk kita lihat dan apakah impaknya kepada harga saham, maka di sinilah FY boleh membantu. Anda boleh sesat kalau anda tak faham FY lah yang bakal menjadi penyuluhnya. Biar FY tunjukkan apa yang perlu anda ketahui dan elemen manakah yang paling penting untuk dititikberatkan demi menjana keuntungan di Bursa Malaysia. 

Sekiranya anda ingin mencuba kelebihan Kentrade yang FY katakan ini, anda boleh menggunakannya secara percuma selama 90 hari dengan mendaftar di; www.kentrade.com.my 

Apapun kalau anda ingin belajar melabur saham dengan FY anda cuma perlu simpan no hp ini 0173730513 En Ramzi. Tanya dia bila kelas FY yang terdekat. 

FY harap anda boleh like dan share di FB kalau anda merasakan yang catatan ini bermanfaat. Kalau anda ada cadangan akan apa yang ingin FY tulis mengenai pelaburan saham tulis di ruang komen okay! Thanksss!!! 

Nak ebook saham free? 
Download di; www.faizalyusup.my 

Seminar basic FY di KL pada 30 April 2016 
Seminar advance di KK pada 14 dan 15 Mei 2016 

Itu sahaja buat kali ini. 

Terima kasih sudi membaca! 
FY 


PENDAPATAN PASIF MELABUR DI BURSA MALAYSIA

Catatan FY 10042016
CATATAN INI BOLEH BAWA DUIT

Kita baca banyak kisah dalam fesbuk ini. Kisah gosip artis, Kisah perkembangan politik, kisah isu semasa dalam dan luar negara yang sensasi, kisah ekonomi, kisah perniagaan, kisah hobi, kisah ugama, kisah motivasi dan banyak lagi.

Persoalannya apakah objektifnya? Keperluan akal fikiran kepada mereka yang sukakan fakta.  Keperluan nafsu?  Keperluan rohani bagi mempertingkatkan keimanan? Apapun juga keperluannya catatan-catatan FY ini adalah untuk meningkatkan pendapatan anda melalui pelaburan. Pendapatan pasif dengan menggunakan duit untuk buat duit. Tak perlu guna tenaga untuk buat duit dalam hal ini.

Takut dan tak faham mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia? Pelaburan yang dilulus dan diiktiraf kerajaan. Pelaburan Skim Cepat Kayap kita berani pulak.

Apa yang diperlukan?

1. Duit buka akaun saham bernama CDS RM10.60
2. Modal pelaburan
3. Ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan jangan risau. FY boleh bantu anda dari mula. Dari titik 0.

Itu sahaja. Anda sudah bersedia untuk memulakan langkah menjadi seperti para jutawan di di Malaysia mahupun di seluruh dunia yang kaya raya dengan pegangan saham.

Kalau tak berani untuk terus terjun dalam pasaran saham kita mulakan dengan pelaburan IPO yakni membeli saham-saham yang akan tersenarai di Bursa Malaysia. Risikonya lebih rendah tapi pulangannya tinggi. Ia seumpama membeli produk di gudang dan menjualnya kepada orang awam untuk mendapatkan keuntungan tersebut.

Kalau dah berani nanti barulah kita terjun dalam pasaran terbuka yang memerlukan lebih  banyak ilmu bagi menjana keuntungan darinya. Inipun FY boleh bantu bagi garispanduannya.

Personal Coaching yang FY jalankan umpama jurulatih penerjun payung terjun yang akan terhun bersama sambil memberi garispanduan apa yang mesti dan apa yang perlu anda elakkan. Percayalah lambat laun anda mampu terjun sendirian siap dengan pelbagai aksi dan pendekatan.

Jangan risau jurulatih anda ini berpengalaman lebih 20 tahun, berlesen, bertauliah dan berkelayakan melabur dalam Bursa Malaysia ini. Anda di tangan yang selamat.

Apapun tak ada apapun yang akan terjadi andai anda tidak mengambil langkah pertama itu.

Hubungi staff FY En Yasin 0193346570 untuk buka akaun CDS dengan yuran RM10.60 itu.

@

Download ebook percuma setebal 134 ms bernilai RM100 itu percuma di www.faizalyusup.my untuk mendapatkan overview pelaburan saham ini.

Kerja penat. Melabur tak penat!

Like dan share kalau anda rasakan catatan catatan FY ini bermanfaat okay! Terima kasih. Anda memang best!


Friday, April 8, 2016

HARGA SASARAN IPO AWAM PECCA

Assalamualaikum...

Keputusan undian IPO PECCA telah keluar. IPO ini oversubscribed sebanyak 13.11 kali. Anda boleh melihat keputusannya dalam Online Banking masing-masing. Kepada yang memohon menggunakan ATM dan borang, Notis akan dihantar pada atau sebelum 18 April 2016 dan IPO ini akan di senaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 19 April 2016.

Harga sasarannya ialah seperti berikut ;

HLIB @1.88 
JF Apex @ 1.70
Mercury @1.70
Interpac @ 1.69
TA @1.60
Alliance @ 1.53

Berikut adalah carta peruntukkan untuk pelabur Bumiputera ;


Kepada yang tak tahu dan tak faham akan semua ini FY cadangkan datanglah ke seminar saham Super Investors yang FY jalankan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

Sebenarnya pelaburan saham IPO ini adalah cara yang mudah, selamat dan berisiko rendah namun demikian menyajikan keuntungan yang tinggi bila ia disenaraikan kelak. 

Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my sekiranya anda ingin belajar mengenainya.

Sekian dulu,

FY
0166667430