CATATAN SAHAM FY
15 MEI 2026
Pelabur wajib baca.
Nampaknya GDP Malaysia first quarter menunjukkan kenaikan sebanyak 5.4% melepasi sasaran disamping pengukuhan ringgit Malaysia against USD melebihi 3% dan itu merupakan petanda yang sangat baik tentang ekonomi Malaysia. Seperti yang telah FY telah huraikan dalam lima video yang telah FY paparkan sini dan di sosial media yang mana FY menjangkakan yang saham Bursa Malaysia akan naik sebabkan indikator-indikator ekonomi yang positif dari dari pelbagai aspek.
Rasanya tiada remisier dalam Malaysia ini yang ada buat jangkaan yang sedemikian. FY yakin turn Bursa Malaysia untuk naik semakin hampir. Cuma FY tak tahu bila dan berapa jauh ia boleh naik.
Kali ini FY tak menjangkakan saham healthcare dan gloves akan naik macam zaman covid dahulu biarpun adanya Hanta Virus yang ada kemungkinan merebak. Sebabnya ialah ramai yang masih memegang saham-saham ini yang dibeli pada harga yang lebih tinggi. Jadi kenaikannya akan terhalang oleh kerana adanya saham-saham yang masih dipegang ini.
Jangkaan FY pada kali ini ialah saham-saham dalam industri teknologi dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Ini kerana eksport Malaysia dalam industri ini nampaknya meningkat dengan ketara dan syarikat-syarikat gergasi luar negara banyak datang ke Malaysia untuk membuka data centre dan sebagainya.
Jadi saranan FY sekarang ialah untuk kita fokus kepada saham-saham sebegini untuk dimasukkan ke dalam portfolio. InsyaAllah FY yakin ia akan naik nanti. Lagipun banyak yang undervalue dan berada pada paras harga yang rendah pada ketika ini.
Kehadiran Foreign Fund juga telah mula kelihatan dan nampaknya volum dagangan Bursa dewasa ini meningkat melebihi 4 billion. JP Morgan juga telah memberi saranan overweight kepada Bursa.
Bursa perlukan foreign dan penglibatan pelabur institution untuk ia naik dan pada fasa senyap inilah fasa terbaik untuk kita masuk mengikut jejak langkah mereka. Masalah dengan pelabur runcit ialah mereka suka masuk membeli apabila dalam Bursa dalam fasa Euphoria iaitu apabila market dah naik begitu tinggi. Mereka FOMO. Sepertimana masa Covid tahun 2020 2021 dahulu.
Kepada client FY khususnya kita jangan jadi macam mereka. Kita mula collect saham-saham teknologi partiallly sekarang dan bila mkt mula terbang kita collect lagi. Tip akan Team FY beri dari masa ke semasa. Tip seperti NE, MNhldg, Coraza, QES, Oppstar, Genetec dll kalau anda perasan semuanya naik.
InsyaAllah saham IPO Skyechip dan MMSC juga FY yakin akan naik bila ia disenaraikan nanti.
Kepada yang bukan client FY, bukalah CDS dengan FY di Kenanga kalau nak tip dan khidmat nasihat FY. Lebih baik lagi datanglah seminar FZTH untuk belajar semua ilmu saham yang ada pada Team FY ini. InsyaAllah.
Kita bumiputera tak pandai buka kilang semikonduktor dll tapi kita ada modal untuk melabur dalam syt sebegini maka inilah peluang yang perlu kita ambil untuk meningkatkan ekonomi kita. Cuma kita wajib ada ilmu mengenainya.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa follow FY di sosial media untuk mendapatkan ilmu saham percuma.
Anda nak belajar semua ini? Jemputlah sertai seminar saham From Zero to Hero yang FY jalankan hampir setiap bulan dengan yuran penyertaan yang berpatutan. Maklumat lanjutan ada di bawah.
Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.
Sekian dulu,
Terima kasih.
Ikhlas,
Haji Faizal Yusup @ FY
“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 8 Anugerah Bursa Malaysia.”
“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”
Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.
=================================
Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!
Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!
Tekan jer link bawah ni ;
Apapun FY boleh dihubungi terus di talian 0166667430.
#mindaakhirat
#faizalyusup
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.