Monday, January 6, 2014

Mencari Mentor Saham


Assalamualaikum...

Dewasa ini seminar saham tumbuh bagai cendawan di negara ini, malah mentor-mentor saham juga semakin lama semakin ramai kelihatan di sana sini. Ia merupakan satu perkembangan yang baik kerana ia meramaikan jumlah pelabur runcit dalam pasaran disamping meningkatkan aktiviti pelaburan saham di negara ini dengan peningkatan yang ketara dalam jumlah dagangan harian.

Pada FY peningkatan ini merupakan satu perkara yang penting dalam lonjakan tamadun kerana ia secara tak langsung membuka mata dan menyedarkan ramai orang akan kelebihan melabur saham. Ini lambat laun akan secara tak langsung akan meningkatkan ekonomi keluarga juga bakal membawa kebaikan kepada pasaran Saham Bursa Malaysia.

Namun demikian semua ini perlu kita lihat dari sudut yang lebih objektif.

Tidak seperti negara yang maju, dalam tamadun kita yang masih muda lagi mentah ini, maka akan wujud banyak mentor-mentor saham mahupun seminar penipu yang bakal mengambil peluang dalam ruang yang semakin luas ini. Objektif mereka hanya satu – Untuk mendapatkan keuntungan kewangan dari orang ramai yang tidak tahu.

Antara petanda mentor penipu ini adalah ;

Kebanyakan mentor penipu ini tidak menunjukkan rupa dan nama mereka yang sebenar. Mereka mahu menjual seminar, ebook dan sebagainya dengan cara memanipulasi.

Ada yang setahun jagung dalam pasaran sudah menjadi mentor saham, ada yang bukan merupakan remisier mahupun dealer yang punya lesen yang sah dengan Suruhanjaya Sekuriti pun boleh menjadi mentor saham. Ada Internet Marketeer juga menjadi sifu saham.

Masalahnya mudah. Umpama ibu ketam mengajar anaknya berjalan makan anak muridnya juga akan berjalan senget. Sebenarnya ini akan membawa kepada kerugian demi kerugian buat pelabur-pelabur semua sekiranya mereka memasuki pasaran terbuka tanpa ilmu yang jitu. Bukan ekonomi ummah berkembang tetapi menguncup kerana ditipu oleh mentor serta seminar-seminar saham yang mahal. Kemudian bertambahlah rungutan mereka dengan kenaikan harga barang dewasa ini.

Untuk mengenali mentor –mentor saham penipu ini mudah sahaja. Cuba tanya mereka soalan-soalan begini ;

·         Apa IPO
·         Apa itu IPO di MITI dan bagaimana mendapatkannya
·         Apa itu Pink Form
·         Apa Itu Blue Form
·         Apa itu ESOS
·         Apa itu syarikat PN17
·         Apa itu UMA
·         Apa itu PDT
·         Apa itu SPAC
·         Apa itu RIETS
·         Apa itu Call Warrants
·         Apa itu ADX
·         Apa itu RSI
·         Apa itu Bollinger Band serta Indikator Teknikal yang lain.
·         Apa beza Trader vs Investor
·         Apa beza Income Stocks vs Growth Stocks
·         Apa maksud tema pasaran semasa
·         Apa itu strategi Switching
·         Apa itu strategi Chanelling
·         Apa itu strategi Dollar Cost Averaging
·         Apa itu strategi Scalping
·         Apa itu Value Investing
·         Apa itu PE Ratio dan bagaimana mengiranya
·         Bagaimana Exercise Split dan Bonus diijalankan
·         Serta banyak lagi soalan-soalan yang lain

Cetak senarai ini dan berikan kepada mereka kemudian minta mereka jawab di situ juga tanpa mengooglenya. Kalau dapat jawab kesemuanya maka mereka layak menjadi  mentor saham anda!

Ketahuilah ia mengambil masa yang lama untuk menguasai pelaburan saham. Ilmu sahaja tak mencukupi tanpa pengalaman. Setahun dua juga belum cukup untuk memahami dan menguasainya.

PERCAYALAH ANDAI ANDA BERTEMU DENGAN MENTOR SERTA SEMINAR YANG SALAH MAKA ANDA AKAN BERTEMU DENGAN KERUGIAN DEMI KERUGIAN.

Mungkin anda akan berkata yang FY umpama biawak, menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain, itu terpulang kepada anda. Terus terang niat FY di sini tak lain hanya untuk membantu menyelamatkan anda dari terjebak yang mana hasilnya akan hanya mengecewakan anda. FY yang tahu sebenarnya punya amanah dan tanggungkawab untuk menyampaikan kepada yang tidak tahu.

Apapun ia terpulang kepada anda. Adakalanya manusia terpaksa melalui jalan yang salah terlebih dahulu sebelum melalui jalan yang betul.

Apapun good luck FY ucapkan kepada anda semua.

Sekian dulu.

Ikhlas demi kebaikan ummah.

FY
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430


Wednesday, January 1, 2014

Jangan Jatuh Cinta Dengan Saham...


Assalamualaikum... Salam Sejahtera, Salam Ceria...

Hari ini FY nak perkenalkan seorang Remisier, salah seorang Sifu Saham yang berpengalaman luas dalam bidang saham ini. Namanya Sifu Roslan Jamali, salah seorang Exco dalam Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia juga merupakan salah seorang Associate bagi syarikat Advance Forward Training and Consultants. Syarikat yang telah memberikan perkongsian dalam aspek motivasi dan pelaburan saham kepada ramai peserta-peserta seminar.

Salah satu tip pelaburan penting Sifu Roslan Jamali ialah as a trader, never love a stock. Maksudnya di sini, janganlah menimbulkan rasa cinta kepada sesuatu saham itu. Contohnya mereka yang membeli saham Felda Global Vantures 2 tahun dahulu pada harga IPO RM4.55, harganya telah naik setinggi RM5.55 namun demikian ekarang ia telah turun kembali ke paras RM4.53 kembali ke harga asalnya. Inikerkadar langsung dengan penurunan harga komoditi Minyak Kelapa Sawit. Return on Investment kalau kita melabur dalam saham ini ialah 0. Malah kita rugi masa dan duit yang kita laburkan. Bukankah lebih baik kalau kita menjualnya tatkala kita masih untung satu ketika dahulu dan membeli saham lain yang berpotensi.

Ada pelabur yang jatuh cinta dengan saham MAS, KNM dan banyak lagi atas pelbagai sebab namun harga sahamnya terus-terusan merudum dan merudikan pelaburnya.

Atas sebab inilah pada FY, janganlah kita sampai jatuh cinta kepada mana-mana saham sekalipun. Bila nampak untung dan harga saham itu telah sampai ke harga sasarannya, jual sahaja. Banyak lagi saham yang undervalue yang boleh kita beli bagi mendapatkan keuntungan yang seterusnya.

Orang kata Cinta itu Buta, tapi saranan FY kalau nak bercinta sekalipun bukalah mata. Bukalah mata seluas-luasnya agar pilihan yang kita buat itu merupakan satu pilihan yang betul dan menguntungkan.

Memandangkan Sifu Roslan Jamali beroperasi di Kuching, Sarawak, jadi kepada pelabur yang berada di Sabah dan Sarawak, anda boleh menghubungi beliau bagi membantu anda dalam portfolio pelaburan saham anda. Hubungi beliau di talian 016 8572265 atau 08 242 6355.

Sekian buat kali ini. Wassalam.

Ikhlas,

FY 

PS - Seminar Super Investor FY akan diadakan pada 18 Januari ini. Kepada yang berminat untuk memulakan portfolio pelaburan saham di Bursa Malaysia layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.



Monday, December 30, 2013

2014 Menjelang..

Assalamualaikum serta Salam Sejahtera...

Siang tadi FY bertemu dengan seorang Internet Marketeer dan banyak juga tip-tip yang dapat FY cakup darinya dalam aspek promosi di Internet ini. Jadi dengan penuh semangat FY pun balik dan mencuba apa yang FY pelajari darinya tadi. Dan jeng...jeng.. jeng... Inilah hasil ujikaji pertama FY. 


Okay tak? Tak okay pun kata okay jugak! Okay? Kalau suka nanti tolong share dan like page www.facebook.com/SeminarSuperInvestor. Lagi ramai like lagi bagus tanda sokongan atas usaha-usaha FY memandaikan bangsa dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Boleh? Apapun FY dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada anda yang baik hati itu.

Maaflah sebab lama juga dan menulis dalam ruang ini. Sebabnya komputer yang biasa FY pakai tu rosak. Dah sebulan baru hari ini dia balik setelah diperbaiki. FY dah beli komputer baru tapi yang lama jugak yang sentimental dan sedap digunakan. Apapun la ni semuanya kembali normal dan FY boleh kembali menulis dengan hati yang tenang dan gembira.

Dini hari ini FY nak bercerita sedikit. Nampaknya tahun 2013 hampir tiba ke penghujungnya dan 2014 bakal menjelang tiba tak lama lagi. 2013 sebenarnya merupakan tahun yang baik bagi pelabur saham kerana selepas pilihanraya pasaran saham naik dengan begitu baik dan menguntungkan ramai pelabur termasuklah FY dan pelanggan-pelanggan FY. Tak kesahlah baik mereka membeli saham di pasaran terbuka Bursa Malaysia, Saham IPO Awam, Saham IPO di MITI mahupun melalui kaedah Private Placement. Semuanya tersenyum tatkala menuju ke Bank. Alhamdulillah. 

Kalau anda melabur dan mengalami kerugian maka adalah yang tak kena dalam pemilihan saham yang anda lakukan itu. Jadi FY sarankan anda datang ke seminar yang FY jalankan dan cari ilmunya. InsyaAllah anda akan lebih faham nanti. Untuk keterangan lanjut laman webnya ialah di www.seminarsaham.com.my. Pelabur saham Super mestilah melabur bukan hanya dalam pasaran terbuka tetapi dalam semua ruang dan peluang yang disediakan di Bursa Malaysia ini. It spreads the risk atau dalam Bahasa Melayunya kita membahagi-bahagikan risiko pelaburan kita agar ia tidak terlalu tinggi.

InsyaAllah FY yakin dalam masa setahun dua ini pasaran saham tempatan masih baik dan masih memberikan peluang yang luas untuk kita menjana keuntungan darinya. FY juga yakin kenaikan harga barang dan inflasi akan menyebabkan ramai yang mencari pendapatan sampingan bagi mengatasi masalah kenaikan itu. Jadi salah satu caranya ialah dengan memulakan portfolio pelaburan saham. Pasif Income - Duit buat duit. Kepada yang berminat jangan tunggu lagi. Hubungi FY bagi membantu anda memulakan portfolio pelaburan saham anda. InsyaAllah FY akan bimbing anda hingga menjadi pelabur atau trader saham yang baik.

Pada masa yang sama kita juga kena berhati-hati dengan the 10 year cycle yang boleh membawa kepada kemuruduman harga-harga saham. Jadi persiapan haruslah dilakukan menjelang tahun 2016,17 dan 18 nanti.

Sekian dulu nukilan untuk malam ini. Semoga tahun 2014 yang mendatang ini membawa kesejahteraan dan keharmonian kepada anda semua. Bagi tahun 2014 ini FY juga nampaknya ada tugas, amanah dan tanggungjawab yang lebih besar dalam membantu meningkatkan ekonomi ummah ini. Doakan FY berjaya ok. Seperkara lagi InsyaAllah FY akan lebih kerap menulis dalam ruang ini di masa-masa yang mendatang. Itu azam FY.

Ikhlas,

FY

PS - Jangan lupa Seminar Saham Super Investor 18 Januari ini bersama FY di Bangunan Lembaga Getah Asli berdepan dengan KLCC. 

Thursday, December 26, 2013

Kursus Pelaburan Saham di Johor, Sabah, Kelantan dan Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Kita bertemu lagi.

Selepas beberapa tahun mengendalikan seminar Super Investor di Kuala Lumpur dan Shah Alam, Ramai juga pelabur dari seluruh pelusuk tanah air yang meminta FY menjalankan seminar di tempat mereka.
 
Jadi bagi tahun 2014 ini FY mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan Seminar Saham Super Investor di lokasi yang lain selain dari Kuala Lumpur. InsyaAllah untuk tahun akan datang ini, FY akan menjalankan seminar Di Kota Bharu, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Seperti biasa ia akan diadakan pada hujung minggu memandangkan FY begitu sibuk menjalankan urusniaga saham pada hari-hari bekerja.

Apapun ia akan bergantung kepada keadaan yang mengizinkan. Kalau ada rezeki pasti FY akan kesana nanti.

Jadi pelabur yang berada di tempat-tempat ini dan berhasrat untuk menghadiri Seminar Saham Super Investor bersama FY bolehlah sms nama, lokasi dan alamat emel kepada Puan Azila Ismail di talian 012 2511755 untuk pihak kami hubungi bila kami ke sana nanti.

Seminar yang pertama bagi tahn 2014 ialah pada 18 Januari ini di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur.

Anda boleh mendaftar di www.seminarsaham.com.my

Jangan lupa war-warkan tentang seminar ini kepada kawan-kawan yang berminat untu memulakan portfolio peaburan saham di Bursa Malaysia.



Sekian dulu.

Wassalam.

FY

Kursus Pelaburan Saham di Johor, Sabah, Kelantan dan Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Kita bertemu lagi.

Selepas beberapa tahun mengendalikan seminar Super Investor di Kuala Lumpur dan Shah Alam, Ramai juga pelabur dari seluruh pelusuk tanah air yang meminta FY menjalankan seminar di tempat mereka.
 
Jadi bagi tahun 2014 ini FY mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan Seminar Saham Super Investor di lokasi yang lain selain dari Kuala Lumpur. InsyaAllah untuk tahun akan datang ini, FY akan menjalankan seminar Di Kota Bharu, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Seperti biasa ia akan diadakan pada hujung minggu memandangkan FY begitu sibuk menjalankan urusniaga saham pada hari-hari bekerja.

Apapun ia akan bergantung kepada keadaan yang mengizinkan. Kalau ada rezeki pasti FY akan kesana nanti.

Jadi pelabur yang berada di tempat-tempat ini dan berhasrat untuk menghadiri Seminar Saham Super Investor bersama FY bolehlah sms nama, lokasi dan alamat emel kepada Puan Azila Ismail di talian 012 2511755 untuk pihak kami hubungi bila kami ke sana nanti.

Seminar yang pertama bagi tahn 2014 ialah pada 18 Januari ini di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur.

Anda boleh mendaftar di www.seminarsaham.com.my

Jangan lupa war-warkan tentang seminar ini kepada kawan-kawan yang berminat untu memulakan portfolio peaburan saham di Bursa Malaysia.



Sekian dulu.

Wassalam.

FY

Kursus Pelaburan Saham Super Investor 2014

Assalamulaikum... Salam ceria, salam sejahtera buat semua...

InsyaAllah FY akan mengadakan Seminar Saham Super Investor seminar pembuka tahun bagi tahun 2014 pada 18 Januari nanti di Bangunan Lembaga Getah Asli, berhadapan KLCC. Yurannya masih sama iaitu RM490.00. Antara seminar saham yang termurah di pasaran tetapi dengan kandungan seminar yang mahal dan penuh pengisian.

Seminar ini menceritakan perjalanan bagaimana sesebuah syarikat itu bermula sehingga bagaimana ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Peruntukan saham IPO, Pink Form, Blue Form, IPO di MITI, Private Placement mahupun kepada pelabur awam. Kemudian bagaimana menganalisa saham-saham dalam Bursa Malaysia bagi menjana keuntungan darinya. Ini ditambah pula dengan pengenalan kepada Software Super Investor yang memberikan tip harian untuk seorang trader. Perbezaan antara Investor dan Trader, kategori saham-saham dan perbezaannya serta banyak lagi akan dikongsikan.

Seminar ini sesuai bukan hanya untuk newbie malah untuk pelabur yang telah lama berada dalam pasaran saham. Ini kerana ada banyak perubahan dan pembaharuan dalam pasaran yang perlu diketahui bagi menjadi seorang pelabur yang bijak!

RM490.00 anda pasti berbaloi!

Untuk mendaftar hubungi Puan Azila Ismail di talian 012 2511755

atau 


Cepat! Tempat adalah terhad!



Sekian dulu. Kita jumpa di sana...

FY
016 6667430

Wednesday, November 27, 2013

Analisa Saham IPO Titijaya

Assalamualaikum serta salam sejahtera.

Hari ini merupakan hari yang baik buat para pelabur IPO memandangkan saham IPO Titijaya Land yang disenaraikan membawa keuntungan yang baik buat pelaburnya.

Saham Titijaya Land Berhad merupakan syarikat Property Development. Ditawarkan pada harga RM1.50 ia dibuka pada harga RM1.80, naik ke peringkat tertinggi sehingga ke paras RM1.92 sebelum ditutup pada harga RM1.67.

Nampaknya kebelakangan ini harga saham-saham IPO terbang melepasi harga sasaran atau Fair Value dan ia pada FY ia sesuatu yang agak pelik. Ini kerana selalunya saham IPO yang naik begitu tinggi pasti ada sindiket saham dibelakangnya. Iaitu mereka-mereka yang memanipulasi harga saham-saham tersebut untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Selepas FY membuat kajian dan analisis FY rasa FY tahu apa yang terjadi. Kemungkinan besar sebabnya ialah kehadiran pelabur-pelabur baru dalam pasaran. Pelabur runcit yang baru dalam pasaran memang dialu-alukan namun demikian kalau melabur tanpa ilmu maka kerugianlah yang bakal diperolehi.

Biar FY bagi contoh kenapa dan mengapa.

Mereka yang membeli IPO Berjaya Auto pada harga tertinggi penyenaraiannya iaitu pada harga RM2.20 pasti mengalami kerugian kerana ia sekadar ditutup pada harga RM1.55 iaitu pada harga sasarannya atau harga Fair Valuenya. Harga tawarannya pula cuma RM0.70.

Mereka yang membeli IPO Titijaya pada harga RM1.92 siang tadi juga akan mengalami kerugian kerana ia ditutup pada harga RM1.67 juga sekitar harga sasarannya iaitu antara RM1.65 hingga RM1.75. Harga tawarannya pula cuma RM1.50.

Analoginya begini. Sebuah kereta Mercedes terpakai mempunyai harga purata pasaran RM155,000.00 sedangkan ada yang sanggup membelinya pada harga RM220,000.00. Bukankah itu satu keputusan yang kurang bijak? Lainlah kalau kita dapat membelinya pada harga pada harga RM140,000.00 atau lebih rendah dari itu.

Harga sasaran adalah harga yang telah disasarkan oleh penganalisis saham profesional dan jarang sekali mereka akan membeli ada harga yang lebih tinggi dari itu. Harga sasaran setiap saham IPO ini juga selalunya dipaparkan dalam suratkhabar Cina pada hari penyenaraiannya jadi jarang sekali pelabur Cina yang terjebak untuk membeli saham-saham IPO ini pada harga yang lebih tinggi dari itu. Ini telah dibuktikan dalam banyak penyenaraian saham-saham IPO sebelum ini.

Selain dari itu pelabur yang bijak dan tahu nilai sesuatu saham itu juga tak akan membeli pada harga over value atau terlebih nilai. Ia umpama membayar harga kereta Mercedes tetapi sekadar mendapat kereta Kancil.

Seterusnya pelabur Institusi juga takkan membeli pada harga terlebih nilai kerana mereka lagilah tahu akan harga sasaran setiap IPO sebelum ia disenaraikan.

Jadi yang tinggal hanyalah sindiket saham dan pelabur baru yang tidak tahu, tidak membaca suratkhabar Cina atau membaca blog FY ini.

Bagi sindiket saham, selalunya saham yang dimanipulasikan itu kecil sahaja Modal Pasarannya dan ia selalunya dijalankan oleh broker-broker yang tertentu yang diketahui merupakan tempat beroperasinya sindiket-sindiket saham ini. Jadi kalau bukan mereka siapa lagi?

FY cukup yakin ia merupakan kerja pelabur runcit yang kurang ilmu pasaran saham. Jadi ituah sebabnya kenapa dalam artikel FY semalam FY sudah menjangkakan yang keadaan ini akan berlaku. Harga saham IPO naik melepasi harga sasarannya dan kemudiannya ditutup dalam rangkuman harga sasaran.

Apapun pelabur-pelabur pelanggan FY bergembira hari ini kerana dapat menjual saham-saham IPO Titijaya tersebut pada harga yang tinggi. Lebih tinggi dari nilai sebenarnya dan kalau ia jatuh pada harga yang baik di bawah harga sasarannya mungkin kami akan membelinya kembali.

Apapun jemputlah datang ke Seminar Super Investor FY dimana FY terangkan semua ini dengan lebih menyeluruh dan terperinci. Ini kerana kebelakangan ini FY Nampak banyak seminar yang tumbuh bagai cendawan serta mengenakan yuran penyertaan yang begitu tinggi namun adakah ia berbaloi dengan pengisian yang disampaikan? Adakah pesertanya mendapat keuntungan dari pelaburan yang mereka buat selepas seminar tersebut?

Fikir-fikirkanlah. Duit susah cari dan janganlah ia dibuang dengan sia-sia begitu sahaja.

Sekian dulu. Semoga ia membawa manfaat buat anda.

FY

PS – Seminar Super Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada bulan Januari 2014. InsyaAllah.