Thursday, September 3, 2015

ANDA MENCARI SIFU SAHAM SEBENAR?

Assalamualaikum...

Soalan - Anda sedang mencari sifu saham sebenar?

Mungkin anda boleh menimbangkan untuk memilih insan ini...

Nama sebenarnya ialah Ahmad Faizal bin Mohamed Yusup atau lebih dikenali dengan panggilan FY.
Pembabitan beliau di Bursa Malaysia
Beliau bertemu dengan CEO Bursa Malaysia Dato' Tajuddin Atan dari masa ke semasa bagi membincangkan perihal pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Pertemuan dan perbincangan dijalankan di Director's Meeting Room di Tingkat 15, Bursa Malaysia bagi tujuan penambaikan industri pasaran modal.
Pembabitan beliau di Suruhanjaya Sekuriti atau SC

Beliau juga bertemu dan berbincang secara langsung dengan CEO Datuk Ranjit Singh dan Director Securites Commision mengenai hal ehwal pelaburan saham, rules and regulations dan isu-isu penting dalam pasaran modal.

Beliau juga terlibat dalam persidangan dua hala dengan Securites Commission setiap tahun.

Beliau bersama Exco Persatuan Remisier Bumiputera yang lain membincangkan perihal kepentingan remisier, integriti Bursa Malaysia, kaedah serta strategi yang perlu diambil bagi memelihara semua peserta dalam pasaran modal.
Daripada sejumlah 6500 Remisier dan Dealer di negara ini hanya beliau dan Sifu Nazarry Rosli yang dipilih pihak SC bagi menjalankan Program Roadshow InvestSmart yang bertujuan mendidik pelabur bijak dan berhemah. Program yang dijalankan di seluruh negara.

Pembabitan beliau di MITI

Beliau juga pernah dijemput bagi menyampaikan ceramah mengenai Peruntukan Saham IPO, Saham Khas Bumiputera bagi pihak MITI.

Pertemuan dan perbincangan dengan pihak MITI juga diadakan dari masa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan peruntukan saham khas Bumiputera di MITI tersebut. Peruntukan saham yang telah membantu ramai pelabur Bumiputera menjana keuntungan darinya.
Beliau bersama Sifu-sifu besar dalam Industri



Beliau bersama Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Md Hasrin dan Sifu Nazarry Rosli

Beliau merupakan kawan rapat kepada Dato' Dr Nazri Khan

Sifu Tecnical Zuhri Zain MSTA ini adalah partner beliau.


Sifu Nabil Fikri MSTA satu-satunya Technical Analyst Bumiputera di CIMB Investment Bank adalah associate beliau dalam syarikat Advance Forward Training and Consultants.

Belau juga dengan begitu berani menulis surat terbuka kepada PM. SC, Bursa Malaysia, MOF dengan mengutarakan usul-usul bagi membantu meningkatkan ekonomi ummah melalui pelaburan  saham di Bursa Malaysia.

Beliau juga membantu menjayakan rancangan TV mengulas tentang industri pasaran modal.

Disamping itu juga beliau menjalankan Sesi Personal Coaching Pelaburan Saham setiap hari di pejabat bagi mendidik pelabur menjadi pelabur dan trader yang hebat!





Seterusnya beliau menjalankan Seminar Super Investor sejak tahun 2010 bagi berkongsi ilmu-ilmu rahsia menjana keuntungan melabur saham di Bursa Malaysia.







Team beliau yang membantu menjayakan Seminar Super Investor.
Ada orang kata kalau nak cari mentor atau sifu, carilah yang kaya dan berjaya! Mungkin gambar dibawah ini memadai untuk menerangkan maksud tersirat.



Oh ya!  Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia!




Dan juga seorang blogger, motivator, penulis buku dan ebook. Setakat ini 11 buku telah diterbitkan dan 2 ebook pelaburan saham juga ada dalam pasaran.

Ebook Tip Melabur Saham FY berharga RM100.00, setebal 134 mukasurat ini boleh dimuaturun secara PERCUMA di laman web http://faizalyusup.my

Banyak lagi kalau hendak diceritakan tentang sifu saham ini. Contohnya beliau merupakan satu-satunya Remisier Bumiputera yang berjaya duduk dalam Milionair Table di Kenanga Investment Bank Berhad. Berpengalaman lebih 20 tahun melabur dalam Bursa Malaysia, memiliki Diploma Analisa Peaburan dari UITM juga Ijazah dalam bidang yang sama dari University of Nebraska-Lincoln.

Apa yang anda baca dan lihat tadi hakikatnya semuanya disusun olah Allah Taala untuk beliau berada di tempat-tempat tersebut atas tujuan-tujuan yang tertentu. Kalau anda lihat dengan mata hati, anda akan memahami.

Apapun terpulanglah kepada anda sendiri yang membuat penilaian dan perbandingan.

Janganlah mudah terpengaruh dengan seminar yang mahal yang kononnya bagus, sifu yang mengaku itu ini sedangkan fakta dan buktinya tidak begitu sama sekali. Janganlah taksub dengan satu guru sahaja sedangkan ia lebih baik untuk kita belajar dari guru yang ramai.

Sekiranya anda ingin belajar strategi, kaedah melabur saham di Bursa Malaysia dari Sifu saham yang berkelayakan dan berpengalaman ini, beliau akan menjalankan Seminar Saham Super Investor pada hari Sabtu 12 September 2015 ini di Bangunan Lembaga Getah Asli. Layari www.seminarsaham.com.my atau hubungi Puan Azila Ismail di talian 0166641755 untuk tujuan pendaftaran.

Bukankah yuran RM490 untuk seminar sehari ini begitu murah kalau dibandingkan dengan ilmu pengetahuan yang bakal anda timba daripada bukan satu tetapi 3 sifu saham yang hebat!

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu, bersemuka dan menimba ilmu dari sifu yang telah diperkenalkan tadi. Ia pasti menguntungkan!

Sekian dulu.

FY
0166667430

www.faizalyusup.net
www.seminarsaham.com.my




Wednesday, September 2, 2015

BELAJAR STRATEGI BARU MEMILIH SAHAM YANG MENGUNTUNGKAN DI BURSA MALAYSIA

BELAJAR STRATEGI BARU MEMILIH SAHAM YANG MENGUNTUNGKAN DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum.

Nampaknya pasaran saham Bursa Malaysia masih lagi tidak menentu disebabkan beberapa sentimen negatif dari dalam dan luar negara ketika ini. Biarpun demikian nampaknya Bursa Malaysia punya asas yang kukuh pada Psycological Support pada 1500 mata dan buat masa support ini masih belum dapat dipecahkan. Segala penjualan oleh pihak dana asing nampaknya dapat diserap oleh dana tempatan tanpa masalah. Cuma impak kenaikan kadar faedah di USA dan kelemahan manufacturing data dari seluruh dunia lebih-lebih lagi dari China masih belum diketahui. Apapun InsyaAllah, FY yakin Bursa Malaysia cukup kukuh untuk bertahan dalam suasana masalah ekonomi global dewasa ini.

Jangan risau buat masa ini kita belum lagi berada dalam keadaan krisis memandangkan kejatuhan Bursa Malaysia hanya setakat 20% setakat ini. Lagipun 174 negara lain juga mengalami kejatuhan nilai matawang kalau dibandingkan dengan USD dan yang paling banyak terjejas ialah negara-negara pengeluar komoditi. InsyaAllah kenaikan harga komoditi akan kembali memulihkan ekonomi negara ini.

Di negara ini, bagi orang kita pelaburan saham di Bursa Malaysia ini masih baru dan jumlah keseluruhan penyertaan Bumiputera dalam pasaran juga masih rendah, tak sampaipun 20% dari keseluruhan pasaran. Jumlahnya lebih rendah kalau kita lihat kepada penyenaraian saham sayarikat Bumiputera dalam Bursa Malaysia ini. Pelbagai usaha dijalankan kerajaan melalui pelbagai agensi untuk mempromosikan cabang pelaburan di Bursa Malaysia bagi meningkatkan penyertaan para pelabur runcit. Namun demikian, dengan keadaan pasaran yang tidak menentu, dengan strategi pelaburan yang salah maka kerugian demi kerugian terpaksa ditempuh para pelabur.


Sebenarnya strategi pelaburan saham yang menguntungkan ialah untuk membeli saham-saham syarikat yang berpotensi untuk maju dan membesar. Kita menjadi pelabur yang membeli sebahagian dari syarikat tersebut dan kemajuan syarikat dalam kebanyakan kes akan dicerminkan dengan kenaikan harga sahamnya.

Masalahnya dalam Bursa Malaysia ada banyak saham syarikat yang boleh dipilih dan bukan semua syarikat yang disenaraikan itu bagus. Ada banyak sebab sesuatu syarikat itu disenaraikan dan faktor utamanya ialah untuk pemilik syarikat itu unlocks values syarikat tersebut yang akan pastinya menguntungkan dirinya.

Ada syarikat disenaraikan untuk meningkatkan profilnya dan untuk menjadi lebih terkenal, ada juga kerana memang ia memerlukan dana tambahan untuk mengembangkan syarikat, namun ada juga yang menyenaraikan syarikat untuk mendapatkan dana bagi melangsaikan hutang malah ada juga yang memang menggunakan penyenaraian sebagai jalan keluar untuk menjual syarikat mereka ataupun sebab-sebab yang lainnya.

Syarikat Bumiputera berbeza dari syarikat bukan Bumiputera, Syarikat Bumiputera kebanyakan hanya mampu membawa syarikat hingga ia disenaraikan. Itu sahaja tak lebih dari itu. Mereka menjana keuntungan dari penyenaraian. Lain pula bagi syarikat Bukan Bumiputera, mereka boleh menggandakan nilai harga saham syarikat dari tahun ke tahun ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka mahir menjalankan Corporate Exercise bagi tujuan penambahnilai syarikat-syarikat tersebut.

Atas sebab ini dari apa yang FY lihat lama kelamaan kaum Bukan Bumiputera ini akan dapat menggandakan kekayaan mereka sedangkan kita masih lagi di takuk lama. Kenaikan 20 kali ganda nilai saham mereka dalam masa 5 tahun tidak dapat kita saingi kerana kita membeli saham-saham cap ayam dan saham-saham cap kapak yang tidak bernilai dan merugikan.

Belajarlah melabur saham dengan cara yang betul dengan strategi yang menguntungkan dalam jangkamasa panjang supaya kita tidak ketinggalan dari segi ekonomi. Jadi jemputlah datang ke Seminar Super Investor FY yang akan dijalankan pada hari Sabtu 12 Sept ini di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur untuk mempelajari semua ini.

Layari www.seminarsaham.com.my atau hubungi Puan Azila Ismail 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran.

  
PS – Strategi rahsia pemilihan saham IMANTAP yang menguntungkan dikongsikan dalam seminar-seminar anjuran FY.

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430

Download Ebook Investlah karya FY setebal 134 mukasurat dari bagi mendapatkan ilmu permulaan pelaburan saham anda secara percuma dengan melayari ;


Sesi Personal Coaching Train The SuperTrader bersama FY diadakan pada ;

SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang
Bertempat di Kenanga Investment Bank Berhad 
Petaling Jaya Branch 
Tingkat 1 
Bangunan Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Bersebelahan PJ Hilton

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang berpengalaman.

Lunch disediakan.

Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.

Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelabur yang bijak dan berhemah.

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

Monday, August 24, 2015

SAHAM-SAHAM SARANAN FY MASA INI

SAHAM-SAHAM SARANAN FY MASA INI

Assalamualaikum...

Nampaknya Dow Jones dan pasaran serantau mengalami kejatuhan sekata atas sentimen kejatuhan ekonomi China yang mungkin akan menjejaskan ekonomi seluruh dunia memandangkan China adalah rakan dagang boleh dikatakan semua negara di dunia ini kecil mahupun besar. Produk Made In China ada dimana-mana sahaja di dunia ini. Semalam Dow Jones dibuka merudum lebih 1000 mata sebelum ia ditutup jatuh 672 mata.

Impaknya terhadap Bursa Malaysia? Bursa Malaysia jatuh terkejut 28 mata pagi ini sebelum ia naik semula dan semasa FY menulis artikel ini ia naik 13.17 kepada 1545.31. Kalau dikra dari bawah tadi ia telah meningkat lebih 40 mata. Kenapa begitu yer? Kenapa ia tak jatuh lebih teruk lagi? Adakah ia bersifat sementara?


Seperti yang pernah FY katakan dalam artikel Adakah Bursa Malaysia akan jatuh seperti 1998, faktor-faktor yang FY sebutkan dalam artikel itu jelas menunjukkan yang Bursa Malaysia ini kukuh dan boleh bertahan. Untuk recap antara faktor-faktor tersebut ialah ;

·         Leverage yang rendah
·         Penyertaan Institusi tempatan yang melebihi 50% dalam pasaran
·         Penyertaan pelabur asing yang rendah dan bagi yang portfolio short term FY yakin mereka telah meninggalkan pasaran.
·         Kematangan Bursa Malaysia dengan pelbagai Control Measuresnya
·         Kematangan Fund Manager Tempatan
·         Kematangan pelabur
·         Merger bank dan Stockbroker yang menjadikan mereka lebih besar dan kukuh
·         Dan banyak lagi.

Mungkin ia bersifat sementara dan dari segi Technical Analysis maka Bursa Malaysia mungkin akan mencecah 1500 mata. Apapun pada FY sebagai pelabur pasaran sudah jatuh lebih 350 mata dan dari apa yang FY lihat ia sudah berada pada paras oversold dan penjual nampaknya sudah kelihatan amat sedikit pada paras ini. Seiap kali terjadi panic selling seperti apa yang berlaku pagi ini pasti akan masuk pembeli yang mempertahan dan menaikkan kembali pasaran saham. Jadi FY sarankan pelabur masuk pada paras ini sebagai satu base. Andai ia jatuh lagi ke 1300 mata mata itu merupakan base yang satu lagi tapi kalau ia tak jatuh lagi dan sebaliknya ia naik dan kalau kita tak masuk maka kita akan terlepas peluang untuk buat duit nanti.

Apakah kaunter saranan FY?

Saham-saham perladangan dan berkaitan minyak jatuh begitu teruk hinggakan SKPETRO jatuh sehingga RM1.36 pagi tadi memang harga yang murah dan memberansangkan tapi kenaikan saham ini hanya akan berlaku bila berlakunya kenaikan harga minyak mentah jadi dua perkara harus difikirkan di sini. Begitu juga dengan saham FGV yang jatuh sehingga RM1.19 pagi ini. Dua perkara juga perlu difikirkan sambil menanti kenaikan harga komoditi kelapa sawit tersebut.

FY suka saham-saham IT dan teknologi kerana dewasa ini. Teknologi dan IT digunakan dalam semua perniagaan. Pemilik Facebook, Alibaba, WhatApp, UBER dan sebagainya semuanya menjadi Billionair kerana semua ini. Perniagaan yang tidak menggunakan aplikasi software, teknologi dan tidak dipasarkan melalui internet akan ketinggalan.

Jadi FY suka saham sebegini, MYEG, INARI, PRESTARIANG, SCICOM, GHLSYS to name a few.

Kemudian saham-saham berkaitan eksport yang menguntungkan dalam senario kejatuhan nilai RM ini contohnya saham-saham berkaitan produk getah, Topgove dan kawan-kawannya, saham PESTECH, saham-saham perkapalan dan sebagainya.

Seterusnya saham-saham pembinaan antaranya MITRA, IKHMAS, GBGAQRS, ECONPILE, AMPROP dan beberapa yang lain.

Seabihnya saham-saham yang memberikan pulangan dividen yang tinggi, bila harga sahamnya jatuh pulangan dividen akan jadi lebih tinggi seperti saham-saham DIGI, MAXIS dan beberapa yang lain.

Sebenarnya ada banyak faktor yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan saham-saham ini, seperti biasa kalau nak tahu lebih lanjut jemput datang seminar atau Personal Coaching FY yer.

Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!   

Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430

Download Ebook Investlah karya FY setebal 134 mukasurat dari bagi mendapatkan ilmu permulaan pelaburan saham anda secara percuma dengan melayari ;


Sesi Personal Coaching Train The SuperTrader bersama FY diadakan pada ;

SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang
Bertempat di Kenanga Investment Bank Berhad 
Petaling Jaya Branch 
Tingkat 1 
Bangunan Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Bersebelahan PJ Hilton

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang berpengalaman.

Lunch disediakan.

Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.

Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelabur yang bijak dan berhemah.

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader