Thursday, February 13, 2014

MARKET PARTICIPANTS



Assalamualaikum...

Dalam artikel kali ini FY akan tulis mengenai Market Participants atau golongan-golongan pelabur yang menyertai pasaran saham. Semoga ia membawa sedikit sebanyak kefahaman dan manfaat kepada anda pembaca budiman.



Kalau kita lihat statistik di atas kita akan dapati dewasa ini kurang lebih 50% daripada pasaran adalah terdiri daripada Institusi Tempatan, lagi 30% merupakan penyertaan Institusi Asing dan selebihnya iaitu lagi 20% terdiri dari penyertaan pelabur runcit.

PELABUR INSTITUSI TEMPATAN 50%

Pelabur Institusi tempatan terdiri dari EPF, Khazanah, LTAT, PNB, Koperasi-Koperasi, Syarikat Insuran, Syarikat Saham Amanah, Fund Management Company dan banyak lagi.

Selalunya pelabur Institusi Tempatan akan mencari saham-saham yang baik, berpotensi tinggi dan kukuh kedudukan kewangannya. Earning Per Share (EPS) yang tinggi, Price over Earnings (PE) dan Gearing yang rendah, Growth yang baik serta Yield dividen yang tinggi. Kaedah analisa ini dipendekkan dan dinamakan PEGGY Method.

Institusi selalunya membeli saham pada ketika saham itu berada pada tahap Support iaitu pada masa harganya rendah bilamana penawarannya lebih banyak dari permintaannya. Lebih ramai yang ingin menjual dari membeli lantas menyebabkan harganya turun. Kebanyakan mereka menggunakan kaedah Dollar Cost Averaging dalam pembelian saham-saham ke dalam portfolio pelaburan mereka kerana cara ini lebih selamat dan menguntungkan.

PELABUR INSTITUSI ASING 30%

Pemilihan saham-saham pelabur Institusi Asing lebih kurang sama dengan Institusi Tempatan. Selalunya mereka memilih saham-saham yang baik, berpotensi dan punya kedudukan kewangan yang kukuh. Oleh sebab mereka punya modal pelaburan yang sangat besar. Selalunya mereka memilih saham-saham berjajaran tinggi, saham-saham Blue Chips juga saham-saham 2nd Liner yang baik. Untuk pengetahuan anda mereka menganggap Bursa Malaysia sebagai Bursa yang Defensive. Ini kerana negara ini mempunyai banyak sumber-sumber bahan mentah juga kekuatan sektor industri dan pertanian yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara sekaligus membawa kepada pertumbuhan dan keuntungan syarikat. Keuntungan inilah yang bakal menaikkan harga saham-saham serta digunakan untuk membayar dividen kepada pelaburnya. Tidak seperti Hong Kong, Singapura dan Taiwan yang mana negaranya tidak punya bahan mentah seperti yang ada di negara ini. Seterusnya mereka juga mengganggap Bursa Malaysia lebih selamat kerana senario politiknya yang jauh lebih stabil dari negara-negara di rantau ini.

Seperkara lagi, kelebihan pelabur asing ini ialah mereka boleh boleh mendapat pulangan berganda berdasarkan kadar pertukaran matawang asing. Kemasukan pelaburan mereka ke dalam negara ini juga pastinya akan meningkatkan nilai RM. Apapun FY tak mahu menceritakan dengan panjang lebar mengenainya di sini.

Kemudian mereka juga boleh menggunakan kaedah Carry Trade dalam strategi pelaburan mereka tidak seperti Institusi Tempatan. Bagaimanakah Carry Trade ini dijalankan? Tahukah misalannya kita menyimpan di Bank di Jepun kita tak akan dapat apa-apa interest darinya. BLRnya juga berada pada kadar yang sangat rendah antara 0% hingga 0.5% sahaja. Oleh itu meminjam dari bank Jepun dengan kadar yang begitu rendah dan melaburkan dalam saham-saham di negara ini dengan kadar dividen 4% setahun sudah memadai untuk Institusi Asing ini menjana keuntungan darinya. (Dengan andaian nilai kadar pertukaran matawang tidak berubah.)

Oleh itu dalam keadaan boleh dikatakan seluruh dunia sedang mengecop duit dengan banyaknya baik sebagai stimulus bagi membantu kemeruduman ekonomi mahupun mengecop duit kerana kenaikan GDP, ini membawa kepada kecairan dalam pasaran, keadaan ini pula bakal membawa kepada kenaikan harga-harga saham di Bursa-Bursa utama termasuklah Bursa Malaysia. FY yakin keadaan ini akan berterusan dalam jangkamasa setahun dua ini. Oh! Ya... Lupa nak sebut, kecairan ini juga membawa kepada kenaikan harga barang.

PELABUR RUNCIT 20%

Seterusnya Pelabur Runcit. Peratusannya jah lebih kecil iaitu hanya sekitar 20% daripada keseluruhan modal pasaran. Pelabur Runcit ini terdiri dari pelbagai kategori. Di sini FY bahagikan kepada beberapa kategori.

Proprietary Day Trader (PDT)
Golongan ini berlesen seperti remisier dan dealer juga tetapi mereka tidak dibenarkan untuk mengambil pelanggan. Mereka beroperasi samaada berseorangan atau berkumpulan. Mereka mesti membeli dan menjual saham pada hari yang sama. Katahulai yang mereka ini merupakan golongan expert dalam pasaran saham. Brokerage mereka juga rendah. Golongan ini sebenarnya dibentuk untuk merancakkan pasaran saham bagi meningkatkan volume pasaran.

Sasaran saham pilihan mereka ialah “Penny Stocks” iaitu saham berjajaran kecil atau FY panggil saham Cap Ayam. Oleh itu adakalanya kita boleh nampak saham-saham yang naik di sebelah pagi dan turun kembali di sebelah petangnya. Pergerakan harga setengah sen sudah memadai untuk mereka ini menjana keuntungan kerana mereka membeli dengan volume yang banyak.    

Day Traders
Day traders pula adalah golongan trader saham yang tidak berlesen menggunakan kaedah scalping dengan jangkamasa maxima transaksi masuk dan keluar hanya selama satu hari. Pilihan saham mereka juga adalah saham-saham berjajaran kecil.

Contra Players
Contra Players pula punya jangkamasa selama 3 hari atau 4 hari, namun ada juga broker yang membelikan fasiliti kontra sehingga 10 hari. Mereka akan mengambil untung atas angin atau membayar kerugian dalam jangkamasa ini. Selalunya Day Traders dan Contra Players ini menggunakan kaedah Breakout dan lebih kepada menggunakan Analisa Teknikal dalam keputusan pelaburan mereka. Risiko kerugian menggunakan kaedah ini tinggi sebenarnya. FY sama sekali tidak menyarankannya. Kenapa? FY akan terangkan di bawah ini.

Retail Investors
Retail Investor adalah Individu yang membeli saham berdasarkan Analisa Fundamental. Seperti Institusi sasaran saham mereka dari saham berjajaran kecil yang baik hinggalah kepada Blue Chips. Mereka memastikan saham yang dibeli itu undervalue  dan punya fair value yang jauh lebih tinggi dari harga didagangkan pada masa itu. Mereka menyimpan saham-saham ini untuk satu jangkamasa yang lama. Sebenarnya cara ini walaupun ia konservatif tetapi ia lebih selamat dan menguntungkan.

Operator
Inilah golongan yang paling jahat dalam pasaran saham. Mereka punya modal, mereka punya network dan ilmu pasaran saham yang tinggi. Tujuannya hanya satu, untuk memanipulasi saham dan menjana keuntungan darinya baik dari kenaikan harga hinggalah melalui kaedah Corporate Exercise. Selalunya mereka bekerjasama dengan pengarah syarikat dan pasukan mereka terdiri daripada dealer dan remisier dari pelbagai broker, acturial scientist atau pakar matematik, chartist, press dan adakalanya menggunakan nama ahli politik atau anak isteri ahli politik dan lain-lain lagi. Asalkan ia boleh membawa kepada kenaikan harga kepada saham-saham yang mereka pegang.

Mereka ini boleh memanipulasi harga, mengeluarkan berita-berita palsu pasaran dan sebagainya bagi menipu para pelabur yang daif. Saham sasaran mereka juga selalunya saham cap ayam yang punya modal pasaran yang rendah hingga ke saham 2nd liner yang telah mereka corner dan kuasai. Golongan yang selalu terkena ialah golongan yang tak punya ilmu pasaran, newbie atau beginner, day trader dan contra players. Inilah sebabnya mempunyai ilmu pasaran saham adalah satu kewajiban bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

Pelabur Newbie
FY nak tambah lagi satu kategori. Bak kata orang putih, There’s a fool born everyday in the stockmarket. Maknanya ramai orang yang tidak punya ilmu pasaran yang muncul dalam pasaran saham setiap hari. Mereka tak tahu apa yang mereka lakukan, mereka tak tahu saham apa yang patut mereka beli, bilamasa yang paling sesuai untuk membeli, mereka tak kira syarikat itu untung atau rugi, mereka tak tahu Fair Value saham yang mereka beli itu, mereka tak tahu samaada mereka investor atau trader dan sebagainya. Pada FY ini bukan melabur tetapi berjudi. Semua ini akhirnya membawa kepada satu objektif – KERUGIAN!

Dewasa ini nampaknya golongan ini bertambah ramai dengan adanya seminar-seminar saham Cap Ayam di luar sana. Ini jelas kelihatan dalam perubahan market behavior kebelakangan ini. Seminar Cap Ayam akan mengeluarkan pelabur Cap Ayam juga.

Apapun FY ada menjalankan seminar saham bagi menerangkan semua ini dengan lebih lanjut lagi. Seminar Saham Super Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada hari Sabtu 1 Mac 2014 bertempat di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut. Yang ni bukan seminar Cap Ayam tapi seminar Blue Chips yang murah. Hehe...

Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Tuesday, February 11, 2014

REMISIER VS ONLINE TRADING


Assalamualaikum.

Kali ini FY mengambil keputusan untuk menulis artikel yang mengisahkan tentang perbezaan antara menggunakan perkhidmatan Remisier VS Online Trading.

PERBEZAAN BROKERAGE

REMISIER

Bila menggunakan perkhidmatan remisier standard brokerage yang dikenakan ialah pada kadar 0.7% dengan minima RM40.00. Bagi transaksi saham melebihi RM100,000.00 selalunya brokerage yang dikenakan ialah 0.3%.

ONLINE

Brokerage yang dikenakan ialah 0.42% dengan minima RM28.00. Namun demikian ada syarikat yang menurunkan brokerage ini serendah RM10.00 yang mana sebenarnya ia melanggar undang-undang yang ditetapkan pihak Bursa Malaysia namun demikian sebenarnya syarikat tersebut yang waived atau menanggung selebihnya bagi pihak pelanggannya.

Namun demikian dari segi Clearing Fees dan Stamp Duty ia tetap sama. Clearing Fees adalah 0.03% dan Stamp Duty Kerajaan ialah RM1 bagi setiap RM1,000.00 bagi setiap transaksi.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

REMISIER

Bila menggunakan perkhidmatan Remisier, kita bukan hanya boleh bertanya tentang banyak perkara yang mungkin tidak kita ketahui dalam pasaran, pada masa yang sama kita juga boleh meminta bantuan dengan mereka dalam permohonan IPO, permohonan IPO di MITI, Private Placement, Share Financing, Crossing Deals, Married Deals, Buying In dan pelbagai lagi. Ada sesetengah remisier yang berkelayakan boleh juga memberikan nasihat dan saranan saham-saham yang baik untuk dibuat pelaburan. Namun harus diingat bukan semua remisier boleh berbuat demikian.  

ONLINE

Bila menggunakan perkhidmatan online, kelebihan utamanya ialah kita bakal mendapat kadar brokerage yang rendah bagi setiap transaksi yang kita lakukan. Namun demikian selalunya kita tak tahu dan tak dapat nak bertanya tentang itu ini. sesetengah akaun CDS Online Trading ini pula merupakan akaun CDS Nominee yang tidak boleh digunakan untuk permohonan IPO dan sebagainya. Ia hanya dikhaskan untuk trading sahaja.

Dari pemerhatian FY banyak pelabur baru yang melakukan kesilapan bila menjual dan membeli saham secara online kerana mereka masih baru tak tak punya ilmu mengenainya. Contoh kesilapan yang pernah FY nampak ialah ;
Kesilapan lot pembelian samaada lot kecil 100 unit dengan lot besar 1000 unit.
Kesilapan kaunter pembelian, ingin beli kaunter A terbeli kaunter B.
Kesilapan hendak membeli tetapi terjual dan begitulah sebaliknya.
Kesilapan membeli saham OR dan saham Warrant yang bakal lupus mahupun saham-saham yang bakal dinyahsenaraikan.

Kesilapan-kesilapan ini sebenarnya hanya membawa kepada KERUGIAN.

Nota kecil ;
Oleh sebab tak punya Remisier mahupun Dealer untuk bertanya maka banyak persoalan itu akan sampai kepada FY. Buka akaun Online atau akaun Trading di tempat lain tapi tanya pada FY. Hehe. Saranan FY, buka sahaja akaun saham dengan FY, kalau tanyapun FY boleh jawab dengan senang hati. InsyaAllah.

SARANAN FY

Kepada pelabur baru anda umpama bayi yang baru lahir dan tak tahu apa-apa mengenai dunia. Jadi anda perlukan ibubapa untuk menjaga dan memelihara anda. Jadi di sini, FY tidak menyarankan anda menggunakan perkhidmatan Online melainkan anda bertatih dan meminta bantuan Remisier anda sehinggalah anda punya keyakinan untuk berjalan dan berlari. Dalam ertikata lain anda sesuai menjalankan urusniaga online bila anda telah punya ilmu trading di Bursa Malaysia ini.

Remisier yang hebat adalah remisier yang boleh mengajar dan mendidik anda sehingga ada boleh berdiri di atas kaki sendiri dalam menjalankan urusniaga Trading di Bursa Malaysia. Bagi mereka yang tidak punya masa untuk menjadi seorang trader maka menjadi seorang Investor adalah lebih baik. Minta bantuan Remisier anda untuk membantu dalam pemilihan kaunter yang baik untuk dibuat pelaburan.

Ingatlah kerjaya seorang Remisier ini adalah kerjaya professional jadi caj 0.7% yang dikenakan adalah caj yang patut bagi khidmat nasihat mereka. Pada FY menggunakan perkhidmatan Remisier yang membawa keuntungan adalah lebih baik dari menggunakan perkhidmatan Online yang murah tetapi merugikan.

Kesimpulannya tak kesahlah samaada anda ingin menggunakan perkhidmatan Remisier mahupun Online kerana di penghujung cerita keuntungan yang dijana dari pasaran merupakan perkara utama.

Sekian sahaja buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
  • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Monday, February 10, 2014

KAEDAH PEMILIHAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Dalam artikel kali ini pula FY akan berkongsi tetang bagaimana untuk secara ringkas memilih saham yang boleh membawa keuntungan. Sebenarnya banyak analisa yang perlu dilakukan sebelum membeli sesuatu saham itu tapi di sini FY meringkaskannya bagi kemudahan pelabur baru dalam pasaran.

Perkara penting yang anda perlu tahu ialah bukan semua saham itu sama. Analoginya sama sahaja kalau kita ingin membeli bawang, Kita perlu memilih mana satu yang baik danberkualiti dan bukannya yang busuk begitu juga dalam pelaburan saham kita perlu memilih yang mana satu yang baik dan yang boleh membawa keuntungan kepada kita.

BUAT PENYELIDIKAN

Ada pelbagai penyelidikan yang boleh kita buat baik dari sudut Ekonomi Makro, Ekonomi Mikro, Industri, Sektor juga dalam syarikat itu sendiri. Analisa Asas, Analisa Kewangan, Analisa Teknikal melalui carta pergerakan harga juga perlu dilakukan. Dalam hal ini kita juga perlu tahu keadaan ekonomi semasa dan apakah impaknya kepada harga saham yang bakal kita beli itu. Kita perlu tahu siapa pengarah-pengarah dalam syarikat tersebut, kedudukan kewangan, kedudukan hutang, berita terkini, rumors yang kedengaran dan sebagainya. Dari segi analisa teknikal pula kita perlu tahu akan stock behavior atau peragai pergerakan saham tersebut masa serta harga yang sesuai untuk membeli saham tersebut dan banyak lagi.

PERHATIKAN KEUNTUNGAN SYARIKAT

Pada FY perkara utama dalam pemilihan itu ialah samaada saham syarikat yang kita beli itu UNTUNG atau RUGI. Pilihlah saham yang punya kedudukan kewangan yang kukuh. Perhatikan EPS atau Earning Per Share serta PE Rationya. Kedua-dua petunjuk ini amat penting untuk kita buat perbandingkan antara syarikat. Kalau ada kesempatan mungkin FY akan huraikan mengenainya dalam artikel-artikel yang mendatang. Anda juga boleh datang ke seminar SuperInvestor yang FY anjurkan untuk mempelajari semua ini.

Dalam hal ini elakkan sahaja saham yang mengalami kerugian. Ini kerana terdapat banyak lagi saham-saham syarikat-syarikat yang untung yang boleh kita beli dan buat pelaburan. Saham-saham yang rugi ini FY namakannya saham Cap Ayam. Biarpun ia masih disenaraikan namun ia bukanlah syarikat yang bagus. Sesetengah syarikat ini telahmasuk dalam senarai PN 17 atau Practice Note 13 yang mana ada kemungkinan ia merupakan saham yang bakal bankrap dan dinyahsenaraikan. Jadi berhati-hatilah.

Analoginya mudah. Kalau kita ke pasar malam pandai pula kita memilih buah oren yang baik dan cantik. Tidak pula kita pilih yang tidak elok dan busuk. Namun kenapa dalam pasaran saham kita beli saham yang tak elok dan busuk? Masalah bagi kebanyakan pelabur ialah dia tak punya ilmu memilih saham yang elok dan cantik. Memilih saham yang tidak elok dan busuk hanya akan membawa kepada kerugian sebenarnya.

PERHATIKAN TEMA PASARAN

Sebenarnya ada banyak Tema dalam pasaran dan pasaran juga selalunya bergerak berdasarkan temanya. Tema Air, Tema GLC, Tema Getah, Tema Kayu Balak, Tema Oil and Gas, Tema Plantations, Tema Penny Stocks, Tema Blue Chips dan pelbagai lagi.

Tema Air akan melibatkan saham seperti Puncak, KPS, Jaks, Salcon dan sebagainya, Tema Getah pula melibatkan saham Harta, Supermx, Kossan, Rubberx, Adventa, IRCB dan yang lain dalam industri yang sama. Begitu jugalah yang lainnya.

Semasa Gempa Bumi di Kobe Jepun dimana banyak rumah-rumah yang diperbuat dari kayu dihanyutkan air maka kaunter-kaunter kayu balak seperti Jaya Tiasa dan Ta Ann akan meningkat naik kerana keperluannya yang meningkat. Semasa penularan penyakit berjangkit seperti H1N1 kedengaran pula maka harga syarikat-syarikat berkaitan getah pula yang naik kerana peningkatan jualan sarung tangan getah serta alat-alat yang berkaitan. Untuk pengetahuan anda Malaysia adalah pengeksport terbesar sarung tangan getah di dunia.

Mengetahui tema dan berada di hadapan wave atau ombak pasti akan membawa keuntungan kepada anda.

CARI FAIR VALUE

Analoginya di sini ialah untuk kita membeli kereta Mercedes pada harga kereta Kancil dan bukan sebaliknya membeli kereta Kancil tetapi pada harga kereta Mercedes. Maksudnya di sini ialah kita kena pastikan saham yang dibeli itu undervalue atau di bawah nilai.

Bagaimana untuk kita tahu yang harganya di bawah nilai dan sebagainya? Mudah sahaja, anda cuma perlu ke website I3Investor, di sana nanti anda cuma perlu mencari Fair value atau Target Price yang telah dianalisakan oleh penyelidik-penyelidik berkelayakan dari syarikat-syarikat Broker. Namun demikian harus diingat tidak semua saham diambil untuk tujuan penganalisaan. Selalunya hanya syarikat yang bagus yang bakal dianalisa.

NEWS DAN RUMORS

Buy on Rumor and Sell on News / Fact adalah antara perkara yang perlu diketahui di Bursa Malaysia. Selalunya bila saham itu masih dalam rumors maka membelinya merupakan satu tindakan yang baik, ini kerana bila beritanya keluar dalam akhbar dan sebagainya maka acapkali harga saham itu akan turun kerana pelabur yang membeli semasa ia berada dalam rumors kan mengambil peluang untuk menjualnya. Pun begitu impak berita yang bagus akan kelihatan di masa-masa mendatang dengan kenaikan harga saham-saham tersebut bilamana ia dibeli oleh institusi-institusi pelaburan kerana faktanya.

PEMBENTUKAN WATCHLIST

Langkah seterusya ialah pembentukan watchlist atau senarai saham-saham yang baik yang telah dianalisa. Saham-saham yang ingin anda buat pelaburan. Lagi banyak yang anda tahu mengenai sesuatu saham itu adalah lebih baik. Jadi ambillah masa untuk menyelidik dan mengenali saham-saham yang ada. Lambat laun anda akan tahu yang mana yang baik dan boleh dipilih untuk dimasukkan dalam senarai saham pilihan anda.

Ianya terpulanglah kepada anda samaada untuk membuat senarai 10, 20, 50 mahupun 100 sekalipun. Apa yang penting ialah untuk anda mengenali setiap saham-saham tersebut. Setelah itu anda boleh menggunakan watchlist ini untuk membeli dan menjual saham tersebut. Beli bila harganya rendah dan jual bila harganya mahal dan kaedah ini dinamakan Channeling. Pada FY ia adalah salah satu kaedah yang baik untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. 

SIGNAL PEMBELIAN DAN PENJUALAN

Sekarang setelah anda punya senarai saham-saham yang baik dan kukuh persoalan yang tinggal ialah bila masa yang paling sesuai untuk membelinya serta apakah harga yang paling sesuai untuk berbuat demikian.

Disini pengetahuan dalam aspek analisa teknikal diperlukan. Pembacaan dan penganalisaan petunjuk atau indicator dalam carta-carta pergerakan harga saham akan dapat membantu ada mengenal behavior atau perangai saham-saham dalam watchlist yang telah kita bentuk terdahulu dari ini.   

Kebiasaannya strategi seorang Investor ialah untuk membeli pada Support sedangkan strategi seorang Trader ialah untuk membeli ketika Breakout. Seorang Trader selalunya punya strategi cut loss dan menjual saham tersebut sekiranya ia turun ke tahap-tahap tertentu. Mereka juga punya strategi Risk vs Reward dan sebagainya. Malangnya bagi yang tak punya ilmu ini maka strategi main agak-agak dan main tembaklah yang bakal digunakan.

SIMULASI

Sebelum terjun ke dalam dunia pelaburan ini mungkin melakukan simulasi terlebih dahulu adalah strategi yang baik. Ambil masa membeli dan menjual saham secara simulasi selama beberapa bulan. Buat back testing saham-saham yang anda beli itu untuk melihat apakah kesilapan yang perlu diperbaiki. Selepas mendapat teknik dan strategi yang sesuai dengan diri anda jadi anda telah siap sedia untuk memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

Ingatlah pelaburan saham ini bukanlah mudah dan ia mengambil masa untuk difahami dan dipelajari sebelum anda boleh menjana keuntungan darinya secara konsisten.

Sekian dahulu untuk kali ini. InsyaAllah FY akan sambung dengan tip-tip yang lain pula. InsyaAllah. Terimakasih kerana sudi meluangkan masa membaca. Semoga ia membawa manfaat kepada anda.  

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY
016 6667430
www.faizalyusup.net
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my

PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading

Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham

Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham

Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;

 
SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.

Group FY di FB dan WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Woksyop Analisa Teknikal

Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.

Seminar Saham Super Investors

Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.

 
Ebook Investlah Percuma

Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.

 
Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.

 
HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
http://www.faizalyusup.net/2014/05/biodata-faizal-yusup-fy-yang-terkini.html
Apa Itu Saham?
http://www.faizalyusup.net/2011/03/apa-itu-saham-stok-ekuiti.html
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
http://www.faizalyusup.net/2011/03/saham-di-bursa-malaysia-pelaburan.html
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
http://www.faizalyusup.net/2011/02/saya-nak-melabur-saham-tapi.html
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/08/pusat-sehenti-rujukan-pelaburan-saham.html
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
http://www.faizalyusup.net/2013/03/cara-memohon-pink-form-ipo-awam-ipo.html
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
http://www.faizalyusup.net/2012/05/perbezaan-ipo-miti-dan-ipo-awam.html
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
http://www.faizalyusup.net/2012/12/ebook-super-investor-ipo-miti-tulisan-fy.html
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
http://www.faizalyusup.net/2012/04/soalan-lazim-mengenai-permohonan-ipo.html
Apa Itu Akaun CDS
http://www.faizalyusup.net/2012/04/apa-itu-akaun-cds.html
Membuka Akaun CDS
http://www.faizalyusup.net/2014/01/garis-panduan-membuka-akaun-cds-dan.html
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
http://www.faizalyusup.net/2012/04/perkhidmatan-membuka-akaun-cds-bursa.html
Panduan Membuka Akaun Online
http://www.faizalyusup.net/2014/02/panduan-lengkap-membuka-akaun-saham.html
Panduan Mencari Mentor Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/02/penduan-mencari-mentor-saham.html
Modal Permulaan Melabur Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/02/modal-permulaan-pelaburan-saham.html
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/02/pulangan-keuntungan-melabur-di-bursa.html
Memulakan portfolio pelaburan saham
http://www.faizalyusup.net/2012/04/perkhidmatan-remisier-saham-di-bursa.html
Onlne VS Khidmat Remisier
http://www.faizalyusup.net/2014/02/panduan-memilih-khidmat-remisier-vs.html
Trader VS Investor
http://www.faizalyusup.net/2013/11/trader-dan-investor-di-bursa-malaysia.html
Menentukan Status Syariah Saham 
http://www.faizalyusup.net/2012/08/syariah-atau-non-syariah.html
Strategi Pelaburan Saham
http://www.faizalyusup.net/2013/11/strategi-pelaburan-saham-saham-income.html
Bermain Saham Secara Kontra
http://www.faizalyusup.net/2011/02/main-saham-kontra-untuk-keuntungan.html
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
http://www.faizalyusup.net/2014/08/keuntungan-konsisten-di-bursa-malaysia.html
Panduan Pemilihan Saham 
http://www.faizalyusup.net/2014/02/panduan-memilih-saham-yang.html
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
http://www.faizalyusup.net/2014/03/panduan-membeli-saham-saham-penny-stocks.html
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/04/membongkar-kisah-kejatuhan-saham.html
Membaikpulih Portfolio saham
http://www.faizalyusup.net/2014/05/perkhidmatan-membaik-pulih-portfolio.html
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
http://www.faizalyusup.net/2012/06/pentingnya-menghadiri-seminar-kursus.html
Woksyop BTX - Online Trader
http://www.faizalyusup.net/2014/07/woksyop-trading-made-easy.html
Personal Coaching
http://www.faizalyusup.net/2014/08/personal-coaching-bersama-faizal-yusup.html
Seminar Saham Super Investor
http://www.seminarsaham.com.my/
http://www.faizalyusup.net/2014/02/kelebihan-seminar-saham-super-investor.html
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
http://www.faizalyusup.net/2014/02/testimoni-peserta-seminar-super.html
Seminar SuperTech Investor
http://www.faizalyusup.net/2014/02/jemputan-ke-kursus-supertech-investor.html
Seminar SuperTrader
http://www.faizalyusup.net/2014/01/jemputan-ke-seminar-supertrader.html

FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



Sunday, February 9, 2014

MODAL PELABURAN SAHAM

Assalamualaikum. Kita bertemu lagi.

Kali ini FY akan terangkan sedikit sebanyak tentang modal minima pelaburan saham serta dimana anda boleh melaburkannya. Apapun ini hanyalah pendapat FY semata-mata berdasarkan 17 tahun pengalaman FY dalam pasaran saham, berdasarkan apa yang FY lihat selama hari ini.

Antara pilihan yang pelaburan saham yang ada bagi pelabur di Bursa Malaysia ialah;

IPO
IPO di MITI
PRIVATE PLACEMENTS
READY MARKET ATAU PASARAN TERSEDIA

Modal antara RM0.00 hingga RM1000.00
Pada FY bagi mereka yang mempunyai modal atau tabung sebanyak ini maka adalah lebih baik anda mencuba pembelian IPO Awam melalui online, ATM atau penghantaran borang. Ini kerana ia terlalu kecil dan tidak memadai untuk kita buat pelaburan di pasaran terbuka dan ia juga pasti menyusahkan untuk menyiapkan dokumen bagi memohon IPO di MITI.

Dalam pasaran terbuka brokerage minima yang dikenakan ialah RM40.00 beli dan jual jadi pelaburan saham berharga RM1.00 terpaksa ditunggu sehingga paling minima RM1.08 hanya untuk kita breakeven. Pastinya anda terpaksa menunggu dalam masa yang panjang nanti untuk kembali mendapatkan modal apatah lagi keuntungan.
 
Modal antara RM1000.00 hingga RM5000.00
Di sini pilihan menjadi lebih besar. Anda boleh memohon IPO dan anda juga boleh membeli saham di pasaran terbuka. Namun demikian dalam pasaran terbuka pilihan menjadi terhad. Ini kerana pastinya anda tidak disarankan untuk membeli 5 jenis saham pada harga RM1.00. Ia bakal memberi efek yang sama seperti pihahan yang awal tadi. Di sini anda cuma boleh membeli satu jenis saham sahaja bagi mendapatkan leverage yang baik. RM5000.00 diperuntukan untuk satu jenis saham sahaja. Masalahnya bila kita punya modal yang kecil begini kebarangkalian untuk menjana keuntungan menjadi begitu kecil. Ini kerana kita hanya boleh memilih SATU saham sahaja daripada 1400 jenis saham yang ada.

Modal antara RM5,000.00 hingga RM50,000.00
Bagi mereka yang punya modal sebanyak ini maka ia menjadi lebih mudah. Ini kerana pilihan yang ada menjadi lebih terbuka. Namun demikian pembahagiannya pula menjadi terhad. Samaada anda ingin meletakkannya dalam pasaran terbuka, atau hanya IPO atau kedua-duanya sekali. Anda boleh memohon IPO, IPO di MITI atau melabur sahaja di pasaran terbuka. Dengan RM50.000.00 pilihan membeli saham dalam pasaran terbuka adalah lebih baik. Ini kerana anda boleh membeli lebih banyak saham dan membahagikan risiko atau dalam Bahasa Inggeris spread the risk. Anda juga boleh membeli satu jenis saham dan membahagikannya mengikut nilai pembelian yang sama dengan menggunakan kaedah Dollar Cost Averaging. Kaedah yang lazim digunakan oleh Syarikat Saham Amanah.
 
Modal antara RM50,000.00 hingga RM250,000.00
Sama seperti di atas namun dengan modal pelaburan sebanyak ini anda boleh membahagikannya untuk tujuan pelaburan dalam IPO serta dalam pasaran terbuka. Dengan modal sebanyak ini ada juga boleh membuka Akaun Trading Margin dengan syarikat broker bagi meningkatkan leverage pelaburan anda. Namun demikian dari apa yang FY tahu tiada Share Financing mahupun Margin Account yang berstatus Syariah.

Modal RM250,000.00 dan ke atas
Dengan modal sebanyak ini pula anda sudah mula boleh melabur sebagai High Networth Clients dalam pelaburan yang dinamakan Private Placements. Modal minima yang diperlukan ialah RM250,000.00 untuk satu blok saham. Bila banyak saham yang dapat kita beli dan bila saham itu naik maka kita bakal mendapat keuntungan yang berganda. Tetapi kalau semunya sudah diletakkan di sini maka tiadalah pilihan pelaburan yang lain.

Dibawah ini FY paparkan impak pembelian saham melalui kaedah Private Placements ini.


Sebenarnya Private Placements adalah salah satu kaedah pelaburan yang terbaik untuk mendapat pulangan pelaburan atau Return on Investment (ROI) terhadap pelaburan yang anda buat. Dalam contoh di atas anda boleh lihat yang pulangan bagi pelaburan ini melebihi 70% dalam jangkamasa sebulan.

Namun demikian kalau di Amerika Syarikat peruntukan saham ini dijalankan dalam bentuk bid and offer berdasarkan penawaran dan permintaan tetapi di negara ini ia tidak dijalankan sedemikian. Ini menyebabkan adakalanya saham Private Placement ini menjadi terlalu mahal kerana ia dijual oleh agen-agen saham yang mengenakan yuran-yuran tertentu.

Apapun bagi High Networth Clients FY sarankan untuk anda memasuki pasaran ini. Hubungi FY sekiranya anda berada dalam kelompok ini. InsyaAllah FY boleh membantu anda sekiranya ada Private Placements yang sesuai.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


Friday, February 7, 2014

LANGKAH SUSULAN SELEPAS MENGHADIRI SEMINAR SAHAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

FY harap artikel-artikel dalam blog ini serba sedikit membantu anda dalam pelaburan di Bursa Malaysia. InsyaAllah banyak lagi yang ingin FY kongsikan dengan anda, semoga ia secara tak langsung membawa manfaat dan berguna kepada pihak anda dalam manjalankan urusniaga pelaburan di Bursa Malaysia.

Baiklah, memandangkan kebelakangan ini begitu banyak bengkel, woksyop, kursus dan seminar saham dijalankan jadi FY mengambil keputusan untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk Langkah Susulan Selepas Menghadiri Seminar Saham tak kiralah samaada anda pulang dari Seminar Super Investor FY atau yang lainnya.

Dari pemerhatian FY ramai juga yang balik dari seminar hanya mendapatkan ilmu pelaburan saham namun tidak melakukan apa-apa tindakan susulan atas sebab-sebab tertentu.

Jadi di sini FY akan terangkan langkah-langkah yang perlu anda ambil sekembalinya dari sebuah seminar saham kepada mereka yang telah punya modal dan bersedia untuk terjun dalam arena pelaburan saham ini.

BUKA AKAUN CDS
Sesetengah seminar menyediakan perkhidmatan membuka akaun CDS, jadi bukalah akaun CDS kerana inilah akaun yang wajib bagi semua pelabur saham di negara ini. FY ada menulis garispanduan membukanya dalam artikel yang lalu. Setelah menghantar borang untuk diproses tunggu sehingga pihak Bursa menghantar surat penyata untuk mengesahkannya.

Nota – Akaun CDS tidak boleh dibuka oleh pelabur yang Bankrap, tetapi bagi pelabur yang blacklist punya masalah CTOS dan CCRIS ia tidak menjadi masalah. 

BUKA AKAUN TRADING / ONLINE
Kemudian FY buka Akaun Trading dengan pihak Broker dan pastikan siapakah Remisier atau Dealer anda. Ini penting kerana sekiranya anda ada apa-apa urusan dan pertanyaan anda boleh bertanya dengan mereka. Akaun Trading digunakan untuk menggunakan perkhidmatan Remisier atau Dealer tersebut dalam menjalankan urusniaga saham. Akaun ini juga merupakan akaun yang wajib anda buka sekiranya anda ingin memulakan pelaburan saham.

Akaun CDS adalah tempat saham disimpan dan Akaun Trading ialah akaun dimana transaksi jual beli saham dijalankan.

Anda juga boleh membuka akaun Trading Secara Online selepas membuka akaun Trading ini. Akaun online ini membolehkan anda melihat papan Bursa melalui platform yang disediakan oleh syarikat broker saham.

Langkah-langkah membukanya juga pernah FY tulis dalam blog ini.

Kemudian anda akan menerima penyata dari syarikat broker tentang pembukaan Akaun Trading ini. Selepas akaun-akaun ini siap anda telah sedia untuk memulakan pembelian saham yang pertama anda.

MASUKKAN MODAL PELABURAN
Langkah seterusnya ialah untuk memasukkan modal saham dalam akaun Bank Syarikat Broker. Contohnya akaun Maybank atas nama Kenanga Investment Bank Berhad. Langkahnya telah FY tulis dalam aritikel dalam blog sebelum ini.

PEMILIHAN SAHAM
Ini adalah langkah yang paling sukar. Anda perlu membuat Analisis Makro dan Mikro, Analisis Asas, Analisis Kewangan, Analisis Teknikal dan pelbagai lagi sebelum terjun dan membeli saham pertama anda atau anda boleh bertanya Remisier anda untuk bantuan. Ini kerana Remisier yang berpengalaman dan berkelayakan akan pastinya dapat membantu anda memandangkan mereka kenal kebanyakan saham-saham yang didagangkan di Bursa Malaysia ini.

Sebenarnya seorang remisier yang hebat boleh memberi garispanduan akan saham-saham yang baik untuk dibeli, bila masa yang paling sesuai untuk membeli saham tersebut serta pada harga yang baik.

Setelah mengenalpasti saham mana yang ingin dibeli maka bolehlah anda terjun dan membelinya. Jangan takut kerana tiada apa yang perlu ditakutkan bila anda telah membuat persiapan yang rapi.

Melabur saham buat kali yang pertama sama sahaja seperti terjun Bungee Jumping. Anda takut akan jatuh menyembah bumi dan luka parah namun sekiranya persediaan rapi telah dibuat, faktor keselamatan, faktor cuaca dan sebagainya telah diambil kira maka InsyaAllah anda akan terjun dengan jayanya. FY percaya selepas 100 kali terjun maka terjunan anda akan menjadi lebih baik dan disusuli dengan aksi-aksi menarik. Begitu halnya dengan pelaburan saham. Anda takut kerugian dan sebagainya namun sekiranya persediaan rapi telah dibuat InsyaAllah akan dapat membeli kaunter yang selamat dan menguntungkan anda nanti.

Apapun FY akan menulis tip-tip pemilihan saham ini nanti dalam artikel yang lain pula. InsyaAllah.

INVESTOR ATAU TRADER?
Dalam hal ini anda kenalah pastikan samaada anda seorang Investor atau seorang Trader. Seorang Trader wajib ada akaun online kerana mereka perlu melihat pergerakan harga saham setiap masa namun ia tidak wajib bagi seorang Investor kerana mereka hanya perlu melihat pergerakan harga saham sekali sekala.

Ini kerana seorang Trader menggunakan strategi jangkamasa pendek sedangkan seorang Investor pula menggunakan strategi jangkamasa panjang.

Artikel ini juga pernah ada tulis sebelum ini.

GROUP SAHAM DI FB, WHATSAPP DLL
Sekiranya seminar tersebut  berjanji akan memasukkan anda dalam Group Saham dan sebagainya maka saranan FY hubungi mereka kerana kemungkinan besar mereka ini sibuk dan tak sempat untuk berbuat demikian. Dengan menghubungi mereka InsyaAllah mereka akan memasukkan anda ke dalam group-group yang berkenaan. Bagi Alumni Seminar Super Investor anda boleh menghubungi FY sendiri bagi tujuan ini.

TINDAKAN SETERUSNYA
Seminar Super Investor FY memberikan pandangan Basic yang menyluruh tentang pelaburan di Bursa Malaysia ini dan ia memadai untuk anda menjadi seorang INVESTOR saham tetapi ia tidak memadai untuk anda menjadi seorang TRADER saham kerana anda perlu mendalami ilmu Analisa Teknikal untuk menjadikan anda seorang Trader saham yang baik.

Dalam hal ini saranan FY bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran menjadi seorang TRADER saham maka datanglah ke Seminar SuperTech Investor kerana di sini anda boleh mempelajari selok belok menjadi seorang trader saham. Ia dijalankan oleh dua orang Sifu yang punya kelayakan MSTA(UK) iaitu Sifu Zuhri Zain dan Sifu Nabil Fikri. Untuk pengetahuan anda Sifu Nabil Fikri adalah salah seorang Regional Technical Analyst di CIMB Investment Bank Berhad dan merupakan satu-satunya Technical Research Analyst berbangsa melayu di situ.

Dalam hal ini sekali lagi FY nasihatkan, pastikan siapa sifu anda dan pastikan mereka ini berlesen, berpengalaman dan berkelayakan. Bukan apa FY takut anda belajar ilmu yang salah dan akhirnya akan merugikan pihak anda.

Seterusnya sekiranya anda perlukan software bantuan dalam menjalankan urusniaga trading anda maka datanglah ke Seminar SuperTrader yang mana di sini cara menggunakan Software SuperTrader akan dihuraikan.

Seminar-seminar ini ada FY promosikan dalam blog ini bilamana ia dijalankan.

Tujuan FY promosikan seminar-seminar ini bukan untuk mendapatkan ganjaran kewangan darinya tetapi seminar-seminar ini disusun sedemikian rupa dengan pengisian yang kukuh dan mendalam supaya anda menjadi pelabur yang berhemah dan bijak dan InsyaAllah bakal menjadikan pelaburan saham ini sebagai sumber meningkatkan ekonomi keluarga anda khususnya serta ekonomi ummah secara amnya.  

Seperkara lagi subscribelah blog FY ini dengan masukkan email anda di dalam blog www.faizal yusup.net. Dengan cara itu semua artikel yang FY tulis akan sampai terus ke dalam email tuan-tuan dan puan dan InsyaAllah ia akan dapat membantu serba sedikit memberi pandangan mengenai isu-isu semasa pelaburan saham.

FY rasa cukup setakat ini buat kali ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di lain paparan.

Sekian.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
Like Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor