Monday, February 4, 2013

Kursus Saham Super Investor Feb 2013 Kuala Lumpur

Urusetia bersedia menanti kehadiran para peserta...
Pengerusi Majlis Saudara Zuhri Zain MSTA memulakan bicara...

Seminar Super Investor bermula bersama FY...

Kehadiran para peserta seminar yang amat menggalakkan... Sporting semuanya...
En Hamdan, Remisier berpengalaman Kenanga turun dari Teluk Intan memberi sokongan...

Saudara Norrizam Md Nor datang ke Seminar Super Investor buat kali yang kedua...

Saudara Nabil Fikri MSTA memberikan perkongsian dalam sesi Analisa Teknikal...

Sesi santai sambil makan-makan...

Zuhri Zain MSTA beramah mesra bersama peserta seminar...

Acara Penyampaian Sijil Penghargaan kepada peserta Seminar...

Sesi Penutup...
Sesi Bergambar Kenangan dengan semua peserta Seminar Super Investor... Semoga kita berjumpa lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Seminar Saham Super Investor yang dijalankan pada hari Sabtu 2 Februari tempohari berjalan dengan lancar dengan izinNya.

FY ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang sudi hadir dan kepada semua yang terlibat menjayakan seminar kali ini terutamanya kepada krew Advance Forward Training and Consultants yang bertungkus lumus berusaha di belakang tabir bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

FY berharap semoga perkongsian seminar ini membawa kebaikan dan manfaat kepada para peserta yang hadir baik dari dekat dan jauh. Kak Dara and the gang contohnya sanggup turun dari Pulau Pinang, En Ismadi dari Kuantan, En Daeng dari Langkawi, ada yang dari Johor dan dari seluruh pelusuk Malaysia semata-mata untuk mencari ilmu pelaburan saham di Bursa Malaysia dan FY harap objektif anda tercapai dan semoga pengisian seminar ini menjawab semua soalan yang membelenggu diri selama ini.

Terima kasih yang tak terhingga juga FY ucapkan kepada Saudara Nabil Fikri MSTA yang sudi menyampaikan pengisian Analisa Teknikal, juga kepada En Hamdan Remisier Senior yang sudi turun dari Teluk Intan untuk memberi sokongan. 

Alhamdulillah, testimoni peserta yang kami terima amat baik dan mereka berpuas hati dengan Seminar yang kami jalankan ini.

FY juga ingin memohon maaf kalau ada apa-apa kejanggalan di dalam menyampaikan seminar ini. Apapun kalau ada yang kurang difahami hubungilah FY samaada di blog, emel, FB, twitter mahupun melalui telefon. FY sedia berkhidmat untuk anda semua.

Inn Shaa Allah, Seminar seterusnya akan dijalankan pada bulan Mac nanti kalau tiada aral melintang dan kami dalam usaha untuk menjalankannya di Johor Bahru dan di Utara Semenanjung selain dari Kuala Lumpur bagi memudahkan para pelabur di sana nanti.  

FY akan berada di Johor Bahru pada hari Sabtu 16 Feb dan Ahad 17 Feb di Hotel Blue Wave bagi menganjurkan seminar Financial Analysis bersama Saudara Shamsuddin Yahaya CFA bagi pihak PRIBUMI khas untuk para remisier dan dealer di sana nanti. Inn Shaa Allah. Kalau ada pelabur yang berminat untuk menyertainya yuran yang dikenakan ialah RM500 untuk dua hari tersebut. Terhad kepada 5 seats sahaja untuk pelabur. Hubungi FY sekiranya berminat. First Come First Serve Basis.  

Pihak kami juga akan menjalankan program Personal Coaching Technical Analysis tak lama lagi. FY akan menghuraikan mengenainya tak lama lagi.

Sekian dulu buat kali ini.

Wassalam...

FY

Tuesday, January 29, 2013

Terkini IPO Malaysia 2013

Assalamualaikum ...
 
Terkini IPO Malaysia Tahun Ini:
 
Iskandar Waterfront Berhad.

Pemaju Hartanah Johor (Iskandar, Nusa Jaya, Danga Bay & Tebrau Coast)
Modal Pasaran berjumlah: RM9 bilion, 800 juta saham. Bakal menjadi antara 30 syarikat tersenarai terbesar di Bursa Saham. Akan datang pada bulan Jun 2013.
 
Terdapat 17 penyenaraian baru di Bursa bagi tahun ini bernilai RM23b: Tune Insurans, Airasia X, KLCC Reit, Malakoff, Petronas LNG, UMW Oil Gas, KNM OSV, Ekuinas Icon, TJ Tenaga, Tenaga Cliq, Matrix Hartanah, Westport , Tune Air, Magnum, IOI Harta & Felcra.


SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA HUBUNGI 0166667430 SEKARANG!

Hubungi FY di Wasap!


KHIDMAT NASIHAT SAHAM TERKINI PERCUMA SEPANJANG MASA.

Faizal Yusup @ FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Seminar Saham FZTH kami diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
Penulis 11 buah buku
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

TEAM FY

Ingin tahu lebih lanjut tentang trading secara online dan mendapatkan tip saham berdasarkan Technical Analysis?

Hubungi Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.

Ingin subscribe screener Algoritm AQ VAR bagi memudahcara pelaburan saham anda?
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 

Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Hubungi Ramzie | 0173730513 

Ingin buka akaun CDS dan Trading secara pos? 

Hubungi Cik Anna l 011 2139 5718 dengan memberikan nama serta alamat penuh atau datang sendiri ke pejabat kami di Kenanga Investment Bank Berhad, 240, Tingkat 2, Mutiara Damansara, The Curve, Petaling Jaya. Berdekatan IKEA.

Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Ingin menghadiri Seminar Saham lengkap From Zero To Hero 2 hari bagi pelabur Newbie bersama FY?

Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.

Kelas Live Trading Personal Coaching bersama FY di The Curve, Mutiara Damansara diadakan setiap minggu hari bekerja untuk menjadikan anda trader yang bijak dan pelabur yang berhemah.

Hubungi Ramzie 0173730513 untuk menempah tempat anda. Ia diadakan pada hari bekerja setiap minggu.

FREE UNTUK PELABUR NEWBIES

*BLOG*

Baca blog dengan input saham percuma di http://www.faizalyusup.net 
Ada lebih 1000 artikel saham di laman web tersebut.

*EBOOK*

Download Ebook Investlah percuma di

134 mukasurat yang penuh artikel pelaburan saham untuk anda baca. InshaAllah FY dalam proses untuk menerbitkan EBOOK yang baru yang juga akan diberikan secara percuma.

*GROUP WHATSAPP*

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp.
Bagi nama penuh anda kepada 0166667430
Ada ramai pelabur untuk anda bertukar-tukar fikiran disamping beberapa sifu saham hebat berada dalam tu. Selain FY, Zuhri Zain MSTA(UK) yang pernah menjadi hos Nadi Ekuiti di Bernama TV channel 502 serta Firdaus Majid MSTA(UK), CMT yang mencipta software AQ Var juga ada dalam group FY tu.

Di situ kami berkongsi tip serta artikel saham untuk anda pelajari. Lagipun anda boleh terus berhubung dengan FY secara direct akan perihal pelaburan saham. Tanya jer kemusykilan anda InshaAllah akan FY jawab.

Hubungi FY di Wasap!


*YOUTUBE*

Seterusnya bagi yang malas membaca pergi je kat Youtube dan cari channel Faizal Yusup. Banyak video saham yang telah FY muatnaik di sana. Plihlah topik apa yang hendak anda tonton. Layari - https://youtu.be/eopx9GvrrkU untuk menontonnya.

*FB dan INSTAGRAM*

Add jer Faizal Yusup di Facebook atau Instagram. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja input saham yang FY kongsikan. Jangan lupa like, share, see first, follow dan subscribe yer kalau input yang FY kongsikan itu bermanfaat.

*DATANG PEJABAT*

Sekiranya anda ingin khidmat nasihat secara bersemuka 4 mata atau ingin membuka akaun CDS pula hubungi En Yasin 0193346570. Sediakan salinan IC dan Penyata Bank untuk tujuan tersebut.

Pejabat FY pula letaknya di Kenanga Investment Bank Berhad, Lot 240, Tkt 2. The Curve, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804. 

Jangan risau anda berada di tempat yang betul!

Harap like, share dan subscribe andai anda mendapat manfaat dari perkongsian FY ini... Terima Kasih!

Friday, January 25, 2013

LAMAN WEB SAHAM.MITI.GOV SEDANG DIKEMASKINI

SAHAM.MITI.GOV SEDANG DIKEMASKINI

Assalamualaikum. Kebelakangan ini mungkin ada pelabur yang cuba masuk ke dalam portal peruntukan saham khas di MITI namun tidak berjaya. Ramai juga yang bertanya kepada FY apa masalahnya memandangkan mereka menanti keputusan peruntukan saham Air Asia X mahupun menantikan peruntukan saham bumiputera khas yang baru.

Setelah FY bertanya, menurut salah seorang pegawai di MITI, portal saham itu sedang dikemaskini dan kemungkinan besar akan kembali bersiaran pada awal Februari nanti. Apapun kita tunggu dan lihat.

Nampaknya saham Tune Insurance, syarikat yang menyediakan perkhidmatan insurans bagi penumpang-penumpang Air Asia telah ditawarkan di IPO Awam tanpa melalui MITI. FY pun tak pasti kenapa ia tidak melalui pihak MITI bagi peruntukan Bumiputera. Mungkin peruntukan untuk Bumiputera itu telah mencukupi agaknya.

Ia dijual pada harga RM1.55 sesaham dan boleh dipohon dengan cara pengisian borang, ATM mahupun Online Banking sepertimana yang pernah FY jelaskan dahulu.

Untuk pengetahuan anda FY sedang menulis Ebook bagaimana memohon saham IPO Awam ini berserta dengan rahsia dan tip-tip yang perlu pelabur tahu. Inn Shaa Allah ia akan siap tak lama lagi.

Apapun Tune Insurance mungkin bagus Fundamentalnya tetapi keadaan pasaran yang tidak menentu, status non syariahnya serta pengumuman pilihanraya dalam masa yang terdekat ini mungkin sesuatu yang harus difikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Sekian dulu. FY mengundur diri buat masa ini.

Jangan lupa FY ada buat Seminar Super Investor Sabtu 2 Februari nanti di Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur. Ia sesuai untuk pelabur beginner / newbie yang mahu belajar asas pelaburan saham. Lawati kami di www.seminarsaham.com.my

FY

Friday, January 18, 2013

Buku 101 Saranan Dato' Salleh Majid

Assalamualaikum...

FY sebenarnya selalu juga dijemput ke majlis itu dan ini tetapi jarang FY nukilkan dalam blog tapi mulai tahun 2013 ini FY mengambil keputusan untuk membawa kamera setiap kali menghadiri apa juga jemputan dan akan menukilkan apa yang yang FY rasakan penting dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
 
Apapaun siang tadi FY mewakili Persatuan Remisier Bumiputera telah menghadiri majlis pelancaran buku 101 Saranan Salleh, buku yang kandungannya terdiri daripada himpunan artikel Allahyarham Datuk Salleh Majid dari tahun 2009 hingga penghujung 2011 sebelum Allahyarham menghambuskan nafas yang terakhir pada 3 Januari 2012.

Berikut ini FY sampaikan kronologi majlis tersebut yang bermula jam 9:30 pagi bertempat di Bursa Malaysia.
  
 

Penyampaian sepatah dua kata oleh Datuk Azlan bagi pihak Utusan Publications and Distributors penerbit buku 101 Saranan Salleh ini.



Sebenarnya FY juga pernah menulis 2 buah buku iaitu buku Keluar Dari Tempurung 1 dan 2 dengan Utusan Publication. Dan siang tadi sempat berbual dengan Editornya Puan Faridah yang lama juga FY tak jumpa.
 
Pelancaran oleh Tun Dzaiddin Haji Abdullah. Pengerusi Bursa Malaysia Berhad.


FY pernah berkawan dengan Azlan anak Tun Dzaiddin ini semasa dia bekerja di Kenanga Investment Bank Kuala Lumpur satu ketika dahulu.


Majlis pelancaran.








Ulasan buku oleh Datuk Azman Ujang.
 
Buku 101 Saranan Salleh yang berharga RM48 yang boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran.
Walaupun kandungan buku ini agak berat dengan tajuk-tajuk seperti Sistem Kewangan Dunia, Daya Saing Gaji, Selok Belok Pasaran Saham, Model Baru Ekonomi dan Agenda Melayu, Budaya Kerja dan Transformasi dan Pakej Ransangan ekonomi, Datuk salleh majid mampu mengutarakan isu-siu tersebut secara bersahaja melalui penggunaan bahasa dan gaya penyampaian yang mudah. 

Selain itu beliau juga menyentuh perihal isu terkini, politik, kewangan, ekonomi, sosial, agenda melayu dan sedikit sebanyak mengenai pengalaman kehidupannya.

Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan di tempat FY belajar dahulu iaitu di UITM, dan menjadi Pengurus Besar Bursa Saham Kuala Lumpur dari tahun 1984 hingga 2003 kalau tak silap FY. Allahyarham juga pernah menjadi penasihat dan penaung Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia satu ketika dahulu.

Apapun pada FY buku ini bagus untuk bacaan khususnya mereka yang latarbelakangnya perniagaan, pelaburan, ekonomi dan kewangan.

Sekian dahulu.

FY