Tuesday, August 5, 2014

MODAL KECIL MELABUR DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum... Kita bertemu lagi.

Kalau semalam FY memaparkan portfolio saham bernilai RM50,000.00, ada yang jadi takut dan merasakan yang pelaburan saham memerlukan jumlah modal yang banyak. Tak juga. Di sini dalam artikel kali ini pula FY memaparkan portfolio salah seorang pelabur FY yang hanya meletakkan modal sebanyak RM4,000.00 sahaja.


Di sini dalam portfolio ini kelihatan yang jumlah pelaburannya masih berada dalam sekitar RM4000.00 juga. Pelaburan yang terakhir dalam SONA-W nampaknya masih negatif. Apapun FY yakin yang harga saham tersebut akan naik tak lama lagi bila kena ombaknya. ( Sebenarnya FY membeli saham tersebut bila mendengar rumors yang SONA akan membeli sebahagian daripada syarikat Oil and Gas di Thailand. Namun demikian saham tersebut tidak naik bilamana berita mengenainya diumumkan.)    

SAHAM LBALUM BELI 0.615 JUAL 0.71 -
UNTUNG RM572.40 DIKELUARKAN
SAHAM DESTINI BELI RM0.615 JUAL RM0.66 -
UNTUNG RM265.93 DIKELUARKAN
SAHAM KANGER BELI RM0.385 JUAL RM0.44 -
UNTUNG RM458.52 DIKELUARKAN
SAHAM SCICOM BELI RM0.99 JUAL RM1.07 -
UNTUNG RM212.65 DIKELUARKAN
  
Jumlah keuntungan yang dikeluarkan ialah 1509.50 atau 37.73% dalam masa 6 bulan pastinya satu pelaburan yang berbaloi dan menguntungkan. Ia bersifat pasif tanpa perlu mengeluarkan peluh.. Duit buat duit.

Sekali lagi dalam portfolio ini tiada saham Cap Ayam, saham Char Kue Teow yang FY laburkan. Semuanya merupakan saham yang punya kedudukan kewangan yang kukuh. FY juga jarang membeli dan menjual saham secara kontra mahupun melebihi modal pelaburan yang ada. Modal RM4,000.00 pelaburan juga setakat RM4,000.00 sahaja. FY percaya cara sebegini lebih baik dan diberkati.

Apapun ingatlah pelaburan memerlukan masa. Kalau kita membeli tanah dan rumah ia akan mengambil masa lebih dari setahun sebelum kita boleh mengambil untungnya. Kalau kita melabur ASB ia mengambil masa setahun sebelum kita mendapat dividennya.Kalau kita menanam sayurpun ia mengambil masa 3 bulan sebelum kita mendapat hasilnya. Yang pelik ialah bila kita melabur saham hari ini kita beli saham besok kita nak untungnya. Sifat kita yang tak sabar bila melabur saham inilah yang membawa kepada kerugian dan kekecundangan.

Jadi, sebenarnya pelaburan saham tidaklah memerlukan modal yang banyak tetapi ia memerlukan ilmu dan pengalaman yang banyak sebelum kita bertemu strategi yang sesuai dengan objektif pelaburan kita.

Dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ; 
  • ·  Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja dalam seminggu dua ini di ThotBox, Damansara Intan.
  • ·  Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru.
  • ·   Seminar Super Investor September nanti. 

Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Monday, August 4, 2014

PENGURUSAN PORTFOLIO SAHAM YANG MENGUNTUNGKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seperti yang FY janjikan malam ini FY berjengkang biji mata untuk menulis artikel ini buat tatapan anda semua. Adakah melabur saham boleh menguntungkan? Adakah pelabur menunjukkan keuntungan tetapi menyorokkan kerugian. Maka di sini FY ambil contoh salah satu portfolio saham yang FY pegang bagi menghuraikan persoalan ini.  

Carta berikut ini ialah kedudukan portfolio saham salah seorang pelanggan yang menggunakan khidmat FY sebagai Remisiernya.


Kalau anda lihat di sini kedudukan portfolio saham ini ialah pada RM44,950.00 setakat 4 Ogos 2014. Dan daripada portfolio ini anda dapat lihat yang ia mengalami kerugian dengan pembelian saham SCOMI dengan kerugian sebanyak RM150.00. Namun demikian kedudukan saham-saham yang lain menguntungkan dengan jumlah keuntungan sebanyak RM4200.00 setelah ditolak kerugian SCOMI tadi.

Dalam ertikata lain sekiranya pelabur ini menjual semua sahamnya dia masih mendapat keuntungan.

Pasti anda ingin bertanya kepada FY akan kedudukan saham-saham yang lain yang bertanda 0.00 itu bukan? Adakah dia untung atau adakah dia rugi membeli saham-saham tersebut? Saham seperti JCY, PESONA, LBALUM dan sebagainya. Oh ya! ASTRO tidak terkecuali.

Baiklah biar FY tunjukkan semua transaksi saham-saham tersebut.

SAHAM LBALUM - BELI RM0.605 JUAL RM0.72 - UNTUNG!
HARGA SEMASA 0.765
SAHAM IPO ASTRO - BELI RM3.00 JUAL RM3.02 - UNTUNG!
HARGA SEMASA RM3.31
SAHAM SCOMI BELI RM0.46 - BELUM JUAL
HARGA SEMASA RM0.445

SAHAM PESONA - BELI RM0.46 JUAL 0.485 - UNTUNG!
HARGA SEMASA RM0.62
SAHAM SKPRES - BELI RM0.34 JUAL 0.34 - PULANG MODAL
HARGA SEMASA 0.58
SAHAM KANGER BELI RM0.37 JUAL RM0.425 - UNTUNG !
HARGA SEMASA RM0.445
SAHAM JCY BELI RM0.60 JUAL RM0.745 - UNTUNG!
HARGA SEMASA RM0.72
SAHAM GOB BELI RM0.835 JUAL RM1.00 - UNTUNG
HARGA SEMASA RM1.10
IPO IHH BELI RM2.85 JUAL 3.18 - UNTUNG!
HARGA SEMASA RM4.74
Kesimpulannya daripada 15 pelaburan dalam portfolio saham ini hanya 1 yang saham yang jatuh tetapi belum lagi direalisasikan. Pun begitu kalaupun ia direalisaikan ia tetap akan membawa keuntungan secara keseluruhan. Apapun FY yakin yang saham SCOMI yang dibeli itu juga akan membawa keuntungan nanti. Saham tersebut akan dipgang sehingga ia menguntungkan nanti. Dalam hal ini FY cukup yakin yang semua pelaburan yang dijalankan dalam portfolio saham ini bakal membawa keuntungan kepada pelabur ini. 

Kalau anda lihat dalam portfolio ini saham Cap Ayam, saham yang digoreng tidak kelihatan, ini kerana FY hanya memilih saham-saham berjajaran kecil yang boleh dikatakan kukuh kedudukan kewangannya. Saham Blue Chips yang berjajaran tinggi juga tiada dalam portfolio ini memandangkan modal pelaburannya yang agak kecil. Lagipun saham berjajaran kecil sebegini memberikan laverage keuntungan yang jauh lebih tinggi.

Kemudian kalau anda lihat kebanyakan saham-saham yang FY pilih itu kalau disimpan akan membawa kepada keuntungan yang lebih banyak. Namun demikian dalam pelaburan saham kita tak akan dapat membeli saham pada harga yang terendah dan menjualnya pada harga yang tertinggi. Pada FY pemeliharaan modal dan seterusnya keuntungan kepada setiap pelaburan amat penting. 

Pada FY inilah strategi pelaburan saham yang terbaik. Membeli saham-saham bagus yang mana lambat laun harganya pasti akan naik dan ia bakal meningkatkan ekonomi pelaburnya. Keuntungan yang dijana di sini tidak termasuk saham keuntungan yang dijana dari Rights Issue mahupun Bonus Issue yang dilanggan ataupun dijual juga pendapatan dari dividen yang dibayar.

Kalau ada yang berkata ; Bila untung kita tunjuk, bila rugi kita simpan - Fikirlah kembali kata-kata itu. Ini kerana kalau betul cara, kalau cukup ilmu pelaburannya pasti keuntungan akan menjadi milik anda.

Persoalan adakah portfolio ini cut n paste? - Jemputlah datang ke pejabat FY dan FY akan buktikan kesahihannya.

Oleh itu carilah sifu, mentor, remisier, kursus saham, seminar saham yang terbaik yang mana akhirnya akan membawa keuntungan kepada pelaburan wang anda. Kalau anda masih rugi dalam pelaburan walaupun telah pergi seminar yang bernilai berpuluh ribu ringgit, walaupun diberi tip saham oleh para sifu saham namun masih merugikan anda. Fikir kembali.

FY bukan along... FY cuma nak tolong...

Dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;
  • Kursus Supertech Investor akan diadakan pada hari Sabtu 16 Ogos ini di Shah Alam. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk mendaftar.  
  • Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja pada hari Sabtu 30 Ogos 2014 di ThotBox, Damansara Intan. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk mendaftar.
  • Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru. Hubungi Mustapha Kamal 019 7775527 untuk mendaftar.
  • Seminar Super Investor dijadualkan pada 13 September 2014 di Bangunan Lembaga Getah Asli. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.
Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY

012 654 0130
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI FY SEKELUARGA

Assalamualaikum...

Nampaknya agak lama juga FY tidak menulis dalam blog ini. Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri juga telah berlalu. Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan di dalamnya terdapat banyak kebaikan dan ganjaran. Jadi investment ke arah akhirat itu pastinya lebih baik FY rasa dari kita sibuk memikirkan tentang pelaburan dunia. Apapun ia telah berlalu, semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah.

Memandangkan FY punya anak seramai 6 orang, Isteri seorang je yer... hehe... Jadi FY mengambil masa membuat persiapan berhari raya, kemudian FY mengambil cuti seminggu untuk berhari raya dan hari ini FY telah kembali ke tempat kerja menyambung cerita. Kepada para pelabur yang menantikan artikel FY harap maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menulis dalam blog yang danh mula berhabuk ini. Jangan risau FY tak lupa dan akan selalu menulis dari masa ke semasa bila mana masa mengizinkan.

Dalam kesempatan ini FY ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari anda semua sekiranya sepanjang penulisan mahupun perkenalan FY ada melakukan sebarang kesilapan tuturkata, olahan bahasa yang menyinggung dan sebagainya baik di alam maya mahupun di alam nyata. Terus terang FY tak pernah berniat untuk berbuat demikian.


Baiklah kita sambung catatan pelaburan saham kita.

Nampaknya dewasa ini sentimen peperangan di Gaza mahupun kisah tragedi yang menimpa MH17 yang ditembak jatuh masih tidak mengejutkan pasaran Bursa Malaysia malah pasaran terus bertahan sehingga ke hari ini dengan kecairan dan volume yang memberansangkan. Ia jelas menunjukkan yang Bursa Malaysia masih kukuh. Malah kejatuhan Dow Jones setelah kenyataan Alan Greenspan disertakan dengan boikot produk Amerika dan Israel juga tidak menjejaskan prestasi Bursa Malaysia.

Ini jelas menunjukkan yang Bursa Malaysia masih kukuh dan “resiliant”.

Pelaburan dalam saham terbitan baru IPO seperti Boustead Plantation, Econpile, Icon Offshore, Heng Huat, Tanah Makmur, Sasbadi masih membuahkan hasil dan keuntungan pada hari ia disenaraikan dalam ertikata lain kalau saham tersebut dijual pada hari penyenaraian maka ia pasti akan membawa keuntungan. Sekali lagi ini adalah petanda kecairan yang banyak dalam pasaran. Malah ada IPO ini yang naik melebihi harga sasarannya seperti saham Tanah Makmur dan Econpile.

FY percaya pelaburan ke dalam saham SPAC Oil and Gas keempat selepas Hibiscus, Cliq dan Sona iaitu IPO Reach Energy yang ditutup permohonan IPO Awamnya semalam bakal membuahkan hasil yang sama iaitu keuntungan pada hari penyenaraiannya. Permintaan terhadap saham-saham IPO dewasa ini begitu tinggi melebihi penawarannya. Jadi usaha untuk mendapatkannya semakin sukar.

Apapun ini semua petanda kemeriahan pasaran Bursa Malaysia dan ia secara tak langsung membawa keuntungan kepada ramai pelabur runcit. ( Kepada yang masih rugi jumpa FY yer... Mungkin pertukaran strategi pelaburan mahupun portfolio pelaburan perlu dijalankan. )

Siang tadi kenaikan saham SUMATEC dengan rumors yang ia akan keluar dari status PN17 tak lama lagi membawa keuntungan kepada ramai juga pelanggan FY. Keuntungan sebanyak lebih 65% dalam jangkamasa kurang 3 bulan adalah satu pelaburan yang berbaloi dan menguntungkan.


Mungkin ada yang berkata FY tunjuk keuntungan tapi tak tunjukpun kerugian. Jawapan FY mudah sahaja. Kita takkan rugi dalam pelaburan saham kalau kita punya kekuatan untuk bertahan dan menyimpan saham yang kita beli itu. Apa yang penting ialah kita kenalah beli saham yang baik, kukuh kedudukan kewangannya dan pada masa timing masuk yang betul.



Dalam contoh yang FY ambil di sini anda boleh lihat yang ZELAN yang FY beli ini pada harga 34 sen pada 29 Mei 2013 jatuh sehingga 18.5 sen dan kerugian hanya akan berlaku andai FY menjualnya namun demikian selepas lebih setahun memegangnya ia ditutup pada harga 36 sen siang tadi lantas ia membawa keuntungan.

Persoalannya adakah kita sanggup menunggu dan punya kekuatan untuk menyimpannya sebegitu lama?

Atau adakah kita punya kekuatan untuk cut loss dan menggantikannya dengan saham yang lain?

Dua-dua persoalan ini juga dalah persoalan yang sukar dijawab oleh ramai pelabur. Ramai yang menyimpan saham yang salah lantas saham-saham tersebut semakin menurun hingga ia dinyahsenaraikan. Long Term Investment namanya. Sebenarnya ada sesetengah saham yang boleh disimpan dan ada sesetangah saham lain yang perlu kita tukar. Tukar kuda yang lemah kepada kuda yang kuat.

Nanti FY akan tunjukkan satu portfolio yang pelanggan FY dan FY buktikan yang pelaburan saham memang boleh membawa keuntungan andai kita tahu rahsianya. Nantikan artikel tersebut okay!

Dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;

  • ·  Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja dalam seminggu dua ini di ThotBox, Damansara Intan.
  • ·  Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru.
  • ·   Seminar Super Investor pula September nanti. 

Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Woksyop BTX - Online Trader
  • Personal Coaching
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Tuesday, July 15, 2014

KURSUS SAHAM MURAH - MENJADI TRADER BIJAK

Assalamualaikum...

Perhatian kepada Trader dan Investor di Bursa Malaysia. Sekiranya anda ingin menajamkan kemahiran Trading Online anda, FY ingin menjemput anda ke Woksyop Trading Made Easy Sabtu ini.

TAJUK WOKSYOP;

Memaksimumkan penggunaan info online trading platform (BTX) dan jana keuntungan melaluinya.

Tarikh: 19/7/2014
Hari: Sabtu
Masa: 8.30-12.30

KEPERLUAN;

Laptop dan perisian platform online trading BTX

TEMPAT;

Thotbox Training Centre
No 212, Lobby 3,
Block A, Damansara Intan,
1 Jalan SS 20/27,
Petaling Jaya, Malaysia

HARGA PROMOSI : RM50.00 SAHAJA!

CARA MENDAFTAR ;

Deposit ke Akaun Maybank Advance Forward Training
5051 0340 5396
Dan hubungi Zuhri Zain 012 6290407 bagi mengesahkan pendaftaran anda.

Tempat terhad hanya kepada 30 orang terawal sahaja.

BIODATA SPEAKER ;

Sifu Nabil Fikri MSTA adalah Regional Technical Analyst untuk CIMB Research House. Satu satunya analyst berbangsa melayu di situ.

Sifu Zuhri Zain MSTA pula memegang rekod 90 trade tanpa kerugian. Ini FY sendiri yang sahkan. Jom belajar jadi trader super dengan mereka!

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Monday, July 7, 2014

BURSA MALAYSIA PADA PARAS YANG TERTINGGI

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita bertemu lagi...

Pasaran saham Bursa Malaysia semalam ditutup pada paras yang tertingginya iaitu pada 1892.50 mata. InsyaAllah dengan momentum dan kecairan yang ada dalam pasaran ia akan memecah rekod 1900 mata tak lama lagi. Salah satu faktor penyebab kenaikan volume atau jumlah dagangan dewasa ini ialah kerana kehadiran ramai pelabur-pelabur runcit yang baru memandangkan terdapat banyak semianr-seminar saham yang muncul bagai cendawan dewasa ini. Mereka datang dengan pelbagai kaedah dan strategi pelaburan.

Sebenarnya pada paras ini agak sukar untuk mencari dan membeli saham-saham kerana harga dan nilainya yang agak tinggi. Jadi dari segi fundamentalnya saham yang masih ketinggalan di belakang serta saham-saham yang punya news yang baik yang mana news tersebut membawa kepada peningkatan perlolehan atau Revenue dan seterusnya kenaikan Pulangan atau Earnings akan menjadi pilihan. Saham SEACERA contohnya naik dari harga RM0.80 kepada RM1.18 baru-baru ini bilamana news mengenai pembabitannya dalam pembinaan menara Wawasan mula keluar di media massa. Ini contoh saham Fundamental yang mana sesuatu saham itu bergerak naik harganya bilamana ada news mengenainya yang kedengaran.

Pun begitu kali ini dalam artikel ini FY ingin bercerita tentang kaedah dan strategi pelabur-pelabur baru dalam pasaran. Ini adalah pandangan dari seorang pelabur yang sudah menceburkan diri lebih 20 tahun dalam pasaran dan telah menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pasaran dan InsyaAllah kaedah yang terbaik dan konsisten telahpun ditemui.

Bagi pelabur baru mereka selalu sahaja dimomokkan dengan kisah buat duit yang banyak dalam jangkamasa singkat tanpa modal mahupun dengan modal yang sedikit. Mereka mengatakan yang keuntungan boleh dijana setiap hari!

Mereka diajar untuk bermain kontra, mereka dididik untuk membeli waktu T+4 iaitu hari force selling, mereka disarankan untuk meningkatkan leverage dengan membeli saham-saham kecil dengan jumlah yang banyak dan pelbagai saranan lagi. Sesekali paparan keuntungan akan kelihatan.

Soalan FY di sini mudah sahaja. Adakah strategi ini boleh membawa keuntungan yang konsisten dan dalam jangkamasa panjang keuntungan yang berlipat kali ganda?

Tahu apa jawapannya?

TIDAK BOLEH!

Orang kita mudah terpedaya dengan dengan semua ini. Orang kita nak cepat kaya dalam jangka masa yang singkat.

Terus terang FY telah mencuba banyak pendekatan, cara, kaedah dan strategi pelaburan selama 20 tahun bergelumang dalam pasaran saham ini dan cara yang paling selamat ialah dengan strategi Value Investing sepertimana yang diajarkan oleh Warren Buffet, strategi yang digunakan oleh kebanyakan Fund Managers di seluruh dunia walau dalam Bursa Saham dimana sekalipun.

Di sini FY sertakan beberapa carta yang bersifat fakta untuk penilaian anda semua.


Kalau kita lihat di sini dalam carta ini jelas menunjukkan pelaburan dalam saham-saham smallcap bakal membawa pulangan yang labih baik kalau dibandingkan dengan pelaburan dalam saham-saham mewah, saham-saham blue chips  yang berjajaran tinggi. Pada FY sebagai pelabur runcit adalah lebih baik kita melabur dalam saham-saham smallcap begini dan biarkan pelaburan big ccap saham yang berjajaran tinggi kepada pihak institusi memandangakan mereka mempunyai modal yang banyak.  


Ini adalah carta peratusan kenaikan harga saham Blue Chips yang mana dalam 6 bulan berakhir Jun 2014 kenaikan tertinggi yang dicatat hanyalah pada 16.46 peratus sahaja melalui pelaburan saham DIGI.  


Ini pula ialah carta peratusan kenaikan harga saham Small Cap dengan kenaikan sehingga 285.37 peratus.

Biar FY buat analisis bagi mereka-mereka yang tidak tahu. 

Sebenarnya lebih dari 75% saham-saham berjajaran kecil ini ialah saham-saham yang punya Fundamental, punya news, punya peningkatan perolehan dan sebagainya. SILK Holdings contohnya mula memasuki industri Oil n Gas, Symphony House contohnya mempunyai rumors akan diambil alih oleh Ranhill. Yang lainnya ialah saham-saham laggard yang mana Fundamentalnya kuat tetapi ia ketinggalan di belakang dan sedang membuat catching up dengan kedudukan pasaran semasa.

Selebihnya memandangkan ia saham-saham berjajaran kecil yang tak punya Fundamental, yang mana syarikatnya rugi maka ia sebenarnya digoreng oleh sindiket-sindiket saham. 

Disini kenapa saham-saham seperti NICORP, TIGER, MAS, HARVEST, VIS, MNC, GPRO, PDZ dan banyak lagi tidak kelihatan? Tetapi ramai pelabur-pelabur baru yang suka membeli saham-saham sebegini.

Jadi fahamilah dan ketahuilah yang pelaburan saham bukanlah sesuatu yang mudah. Pastikan anda tahu apa yang anda buat dan pastikan anda mempunyai ilmu mengenai apa yang anda lakukan.

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Thursday, July 3, 2014

KISAH SI PENJUAL DURIAN

Assalamualaikum dan selamat menjalankan ibadah dalam bulan Ramadhan Al Mubarak bulan yang mulia ini.

Kali ini FY mengambil keputusan untuk menulis satu artikel analogi yang bertajuk kisah penjual durian. Walaupun ia kisah durian tetapi ia sebenarnya ada kena mengena juga dengan saham bagi mereka yang memahaminya.

KISAH PENJUAL DURIAN

6 bulan yang lalu.

FY bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke sebuah dusun durian. Pada ketika itu pokok durian Musang King itu baru sahaja berbunga dan berputik. Bila dihitung terdapat 980 biji durian di atas pokok sana. Pokok durian itu dipunyai oleh seorang pakcik berbangsa melayu.

Kami bertemu dengannya lalu mengatakan yang kami berminat untuk menempah dan membeli 100 biji durian yang baru berputik di atas pokok sana. Pakcik itu mengatakan yang dia cuma sekadar boleh memberikan 60 biji durian sahaja. Harga yang dipersetujui ialah RM75.00 sebiji. Kami bersetuju. Kami ingin membeli 60 biji durian itu untuk dibahagikan kepada ramai orang. Mungkin mereka semua akan dapat merasa durian-durian tersebut seruas seorang.

3 bulan yang lalu.

Kami bertemu lagi dengan Pakcik tuan punya pokok durian dan pada ketika itu buah-buah durian telah membesar pada saiz sederhana. Kami bertanya sekali lagi samaada kami bakal mendapat 60 biji dari 980 biji durian-durian yang ada bila ia gugur nanti. Pakcik berjanji akan memberikan durian-durian tersebut bila ia gugur nanti dan katanya kalau ada orang lain meminta darinya dia akan “fight” untuk kami.

Kami pulang dengan riang lalu memberitahu pada orang-orang kampung yang kami akan membawa pulang 60 biji durian yang sedap dan enak itu untuk dikongsi bersama. Mereka juga gembira mendengar berita itu. Mereka juga bersiap-siap dengan duit untuk dikumpul bagi membayar harga durian tersebut.

15 hari yang lalu.

Durian mula gugur. Kami terus ke dusun namun ia berkunci dan kami tak dibenarkan masuk sama sekali. Dari jauh kami nampak peraih-peraih datang mengutip durian-durian yang jatuh lantas memasukkannya ke dalam bakul-bakul. Bakul itu kemudian dimasukkan ke dalam lori. Peraih itu ada yang melayu dan ada juga yang bukan melayu. Dari jauh kami nampak 580 biji durian dimasukkan ke dalam lori Melayu dan 400 biji lagi termasuklah 60 biji durian yang kami tempah ke dalam lori bukan melayu. Kami cuma dapat melihat durian-durian yang dijanjikan kepada kami dirampas orang lain bilamana ia gugur. Pakcik langsung tidak mempedulikan kami.

Kemudian datang seorang wakil pakcik ke arah kami di pintu pagar yang berkunci.

“Maaf kami tak boleh buat apa kerana secara tiba-tiba mereka datang. Mereka mengatakan mereka mempunyai hak ke atas pokok durian tersebut. Pada mulanya kami hanya ingin memberi 180 biji durian kepada mereka tetapi mereka berkeras dan mahukan 400 biji. Ini kerana terdapat orang besar yang mahukan durian-durian tersebut.” Katanya.

          “ Tapi pakcik dah janji pada kami dahulu.” Jawab FY.

          “Kalau tak dapat banyakpun jualkanlah kepada kami barang 3 biji...” Pinta FY lagi.

          “Nanti saya lihat apa yang tinggal yer...” Katanya sambil melangkah pergi.

Kami berpandangan antara satu sama lain seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mata mula berkaca mengenangkan orang-orang kampung yang berharap kami membawa balik durian-durian tersebut hari ini. Di hadapan sana para peraih semakin rakus mengutip durian-durian yang masih tinggal untuk dinaikkan ke dalam lori. Terdapat orang perseorangan yang mendapat 35 biji, 40 biji, 60 biji malah ada yang mendapat 100 biji seorang.

“Kenapa ini terjadi? Kita perlu siasat perkara ini...”

Jadi apakah kemungkinan yang terjadi di sini?

·         Pakcik menjadi tamak bila mana durian mula gugur dan ada peraih yang datang dan memberikan harga yang lebih mahal.  
·         Mungkin pakcik diugut dan dipaksa menjual durian-durian itu kepada pihak mereka.
·         Mungkin ada orang politik yang berkuasa untuk mengarahkan pakcik menjual kepadanya.
·         Atau kemungkinan-kemungkinan lain yang tidak kami ketahui.

Dalam hal ini semakin jelas yang orang kaya akan bertambah kaya. 100 biji diberikan kepada seorang sedangkan kami meminta 60 biji untuk ummah yang ramai agar semua dapat merasa.

Selepas beberapa hari menanti dan memohon belas kepada pakcik untuk menjual sebiji dua kepada kami namun tidak diendahkan kami mengambil keputusan untuk mengalah. Maknanya tiada rezeki buat kami di sini. Kami juga ada maruah dan harga diri. Takkanlah kami sanggup menurunkan diri ke tahap peminta sedekah untuk mendapatkan buah-buah durian tersebut. Kami di sini hanya untuk menagih janji.

Bukankah orang yang tidak menepati janji itu jatuh dalam golongan munafik?

Tapi inilah hakikat kehidupan. FY menulis artikel ini hanya sebagai luahan perasaan atas apa yang telah terjadi.

Untuk pengetahuan anda inilah kisah Reach Energy yang bakal disenaraikan bulan Ogos nanti. FY yang datang dengan niat untuk membantu ummah diketepikan begitu sahaja dan akhirnya si jerung-jerung juga yang semakin tamak dan semakin kaya.

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.