Wednesday, May 21, 2014

KEPUTUSAN IPO DI MITI BOUSTEAD PLANTATION DAN IPO AWAM 7 ELEVEN

Assalamualaikum, Salam Ceria...

Keputusan IPO di MITI – BOUSTEAD PLANTATION BERHAD telah keluar dan jumlah saham maksima yang diperuntukkan ialah sebanyak 19500 unit saham pada harga indikatif RM1.60.

Contoh Client FY yang mendapat peruntukan saham IPO di MITI

Sebanyak 125,196,500 unit saham diperuntukkan di MITI.

Ia dijadualkan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 26 Jun 2014 nanti.

Bagi Seven Eleven pula IPO di MITI telah diperuntukkan jadi yang terakhir yang tinggal hanyalah peruntukkan kepada pelabur awam. Sebanyak 36 juta saham diperuntukkan di sini.

Bagi permohonan di MITI oleh sebab ia tak punya status syariah jadi kebanyakan pelabur Institusi Bumiputera ( Tier 1, Tier 2 dan Tier 3) tidak memohonnya jadi kebanyakan peruntukkan saham di MITI ini ditawarkan kepada pelabur individu. Atas sebab ini para pelabur yang memohon saham Seven Eleven mendapat peruntukan saham yang banyak. Yang memohon sejuta unit pun bakal mendapat sejuta unit saham dari pihak MITI.

Ini tidak pula berlaku dalam kes Boustead Plantation, kebanyakan peruntukan ditawarkan kepada Institusi Bumiputera jadi, peruntukan saham ini kepada pelabur individu menjadi sedikit. Hanya maksima 19500 unit untuk setiap seorang.

Pemohonan IPO Awam Seven Eleven pula ditutup pada 16 Mei 2014 lalu dan keputusan untuk pelabur Bumiputera yang memohon adalah seperti berikut ;


Di sini jelas menunjukkan terdapat hanya 3786 permohonan kalau dibandingkan dengan purata 15000 permohonan kebiasaannya. Kemungkinan besar ia disebabkan kaunter ini tidak punya status syariah.

Bagi permohonan bukan bumiputera juga FY nampak perkara yang sama. Hanya lebih kurang 15000 permohonan kalau dibandingkan dengan lebih 50000 permohonan kebiasaannya. Mungkin ia disebabkan oleh valuation IPO Seven Eleven ini yang agak tinggi.

Untuk pengetahuan anda Seven Eleven pula bakal disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 30 Mei 2014 nanti.

Apapun sekiranya anda ingin tahu cara menjana pendapatan melalui pelaburan IPO di MITI, IPO Awam dan pelbagai lagi rahsia menjana keuntungan dengan melabur di Bursa Malaysia jemputlah datang seminar Super Investor bersama FY. FY akan berada di Hotel Grand Blue Wave Johor Bahru Sabtu ini.

FY lahir di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor dan kampung FY ialah di Segamat. Tiba masanya untuk FY kembali ke Johor ibarat sirih pulang ke gagang. Kepada sahabat-sahabat para pelabur di Johor, jemputlah datang. InsyaAllah FY akan kongsikan rahsia-rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia kepada anda.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Johor Bahru 24 Mei
  • Di Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


Monday, May 19, 2014

KEJATUHAN SAHAM MAS

Assalamualaikum….

Saham MAS jatuh lagi. Tahun lalu hari ini ia berada pada paras 43 sen namun hari ini ia jatuh dan jatuh lagi lagi ke 15.5 sen.

Saham ini kerugian RM1.3 Bilion tahun lepas dan last quarter ia rugi lagi RM443 Million.

Fair Value yang dikeluarkan Kenanga ialah 14 sen dan kebanyakan Research House menyarankan saranan JUAL terhadap kaunter ini.

Jadi apakah signifikan atas semua ini?
Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Kenapakah saham ini jatuh dan terus jatuh.
Adakah ada konspirasi yang terlibat atau sebagainya?

FY menulis artikel ini kerana di luar sana ramai pelabur yang membeli dan memegang saham MAS ini kerana ramai juga mentor-mentor saham di luar sana yang menyarankan pembelian saham  ini. Bila ia jatuh dan terus jatuh mereka terus juga menyarankan pelabur untuk average down dengan pelbagai alasan.

Alasan yang MAS punya banyak asset, banyak kapalterbang, ia kepunyaan kerajaan jadi tak mungkin kerajaan akan membiarkannya muflis dan sebagainya.

Hakikatnya ia terus-terus jatuh dan pastinya mereka yang membeli saham ini dewasa ini mengalami kerugian dan kerugian yang semakin banyak dan semakin dalam.

Jadi apakah yang akan terjadi seterusnya?

·         Adakah kerajaan akan menyuntik dana lagi untuk menyelamatkan MAS ini?
·         Atau adakah MAS akan sekali lagi melakukan corporate restructuring dengan mengeluarkan rights Issue untuk mendapatkan suntikan dana dari para pelabur?
·         Atau adakah sekali lagi Tan Sri Syed Mokhtar akan menjadi penyelamat asset Negara ini sepertimana yang kelihatan di dada-dada media hari ini?
·         Atau adakah adakah entiti lain yang akan mengambil kesempatan mengambil alih  pada harga yang murah ini?
·         Atau adakah ia akan kembali diswastakan atau privatise kembali menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad?
·         Atau adakah Kerajaan akan mengumumkan yang MAS telah jatuh Bankrap?

Jadi apakah pendapat anda? FY biarkan ia di situ.

Nak tahu pendapat FY?

Pada pandangan FY dengan semua faktor-faktor diambil kira maka FY rasa MAS akan sampai ke penghujung cerita tak lama lagi.

Terus terang FY tak pernah menyarankan mana-mana pelanggan FY untuk membeli saham MAS ini. Ini kerana pada pandangan FY adalah lebih baik untuk membeli saham yang kukuh dan kuat daripada membeli saham yang sakit yang kita tak tahu bila penyakitnya akan sembuh. Jadi Alhamdulillah TIADA pelanggan FY yang memegang saham MAS ini. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan mereka.

Sebenarnya mengelakkan kerugian melabur di Bursa Malaysia juga adalah satu keuntungan. Sekiranya anda ingin belajar menjadi pelabur yang bijak dan ingin tahu kaedah menjana keuntungan di Bursa Malaysia dengan cara yang betul jemputlah datang berseminar bersama FY. FY akan kongsikan rahsianya.

Di kesempatan ini FY ingin menjemput anda di selatan tanah air untuk menyertai Seminar Super Investor yang akan datang ialah di Blue Wave Hotel Johor Bahru pada 24 Mei 2014 dan mereka yang di Sabah dan Sarawak bertempat di Oceania Hotel Kota Kinabalu pada 21 Jun 2014.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Kepada yang dah rugi melabur saham, kepada yang dah pernah pergi seminar beribu ringgit tetapi masih tidak dapat menjana keuntungan jemputlah hadir.

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Johor Bahru 24 Mei
  • Di Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Di Shah Alam 17 Mei
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


  




Thursday, May 15, 2014

SEMINAR ISLAMIC REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (REITs)

ISLAMIC REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (REITs) SEMINAR

Tarikh : SABTU, 24hb MEI 2014
Tempat : BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL, KUALA LUMPUR
Masa : 9 PAGI - 5 PTG
Penceramah : ENCIK ZAIRULNIZAD BIN SHAHRIM
Yuran : RM350 - orang awam,
PERCUMA bagi wakil peniaga saham bumiputera yang layak di bawah Dana Pendidikan Wakil Peniaga Bumiputera (BDREF).
Tempat adalah terhad!
Daftar segera dengan menghubungi:-
En Amirudin di 018-2346552; atau
En Shamsul Bahri di 016-2716253, atau
Pejabat PRIBUMI di 03-92815195 atau 03-27118871
email:pribumi95@gmail.com

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Johor Bahru 24 Mei
  • Di Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Di Shah Alam 17 Mei
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Tuesday, May 13, 2014

PERATUS PELABUR RUNCIT MENGATASI PELABUR ASING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dewasa ini kita dapat lihat banyak kursus dan seminar saham tumbuh bagai cendawan di seluruh pelusuk tanah air. Ia bukan hanya dijalankan oleh mereka-mereka yang berlesen dalam industri tetapi juga dijalankan oleh trader-trader saham di negara ini. Pengisiannya pula pelbagai. Dari yang asas kepada yang yang advance. Harganya juga tidak sama. Dari yang percuma kepada yang beribu ringgit.

Apapun perkembangan ini adalah satu perkembangan yang baik kepada industri pelaburan saham dan sekiranya ia berterusan maka semakin ramailah orang awam di luar sana yang akan celik matanya mengenali pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Kecelikan ini penting kerana kaum bukan bumiputera telah menggunakan pelaburan saham kini sebagai cara meningkatkan ekonomi mereka sejak sekian lama dan kalau dibuat perbandingan orang kita telah lama ketinggalan.

Perkembangan ini juga telah menyebabkan kenaikan peratusan pelabur-pelabur runcit dalam pasaran dan dewasa ini ia telah melebihi peratusan pelaburan pelabur asing di Bursa Malaysia. Terus terang ini merupakan satu perkembangan yang baik tapi harus diingat bila semua orang sudah memasuki pasaran maka pasaran akan menjadi tepu jadi ia merupakan petanda untuk kita keluar.

Persoalan yang ingin FY utarakan di sini ialah :

Adakah kemasukan beramai-ramai pelabur-pelabur runcit ini membawa keuntungan kepada mereka atau sebaliknya membawa kepada kerugian?

Adakah kita berjaya meningkatkan ekonomi ummah atau sebaliknya menguncupkannya?

FY bertanyakan soalan ini kerana dari kacamata FY kebanyakan pelabur-pelabur baru ini membeli saham-saham berharga murah, small cap dan penny stock dan kebanyakan saham-saham ini bukanlah saham-saham yang punya kedudukan kewangan yang baik. Kategori saham-saham ini pula sering sahaja di permainkan oleh para PDT, Day Trader, Contra Players serta Market Maker yang lebih arif dan pandai memanipulasi harga-harga saham ini. Yang jadi mangsa ialah para Newbie atau Beginner yang baru sahaja menjejakkan kaki dalam pasaran saham.

Dalam hal ini mencari ilmu saham yang betul dengan mentor yang berpengalaman dan berkelayakan adalah satu kemestian sebenarnya.

Anda boleh mendapatkan ilmu saham baik melalui blog, ebook, kursus, seminar saham dan sebagainya tapi saranan FY carilah yang betul. Carilah yang mereka-mereka yang benar-benar dapat membantu. Buatlah penyiasatan akan latar belakang mereka. Ini kerana mendapatkan ilmu menjana keuntungan melabur di Bursa Malaysia ini bukanlah mudah.

Itu sahaja pesanan FY buat kali ini. Ketahuilah ini pesanan dari seorang sahabat yang telah jatuh bangun dalam Bursa Malaysia selama 17 tahun. Mungkin ada satu dua pesanan FY ini baik untuk anda andai anda membuka pintu hati untuk memahami.

Di kesempatan ini FY ingin menjemput anda di selatan tanah air untuk menyertai Seminar Super Investor yang akan datang ialah di Blue Wave Hotel Johor Bahru pada 24 Mei 2014 dan mereka yang di Sabah dan Sarawak bertempat di Oceania Hotel Kota Kinabalu pada 21 Jun 2014.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Kepada yang dah rugi melabur saham, kepada yang dah pernah pergi seminar beribu ringgit tetapi masih tidak dapat menjana keuntungan jemputlah hadir.

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Johor Bahru 24 Mei
  • Di Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Di Shah Alam 17 Mei
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


PERUNTUKAN IPO DI MITI HENG HUAT

Tawaran Saham Peruntukan Khas Bumiputera di MITI - 
HENG HUAT RESOURCES GROUP BERHAD ("HENG HUAT")

a) Jumlah Saham Khas : 22,300,000 unit
b) Harga Par : RM 0.10 seunit
c) Harga Tawaran : Hubungi FY.
d) Aktiviti Utama Syarikat : Heng Huat is principally an investment holding and its subsidiaries are principally involved in manufacturing and trading of coconut and oil palm biomass materials and value-added products, as well as manufacturing and marketing of mattresses and related products.
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran ACE
f)  Bank Penasihat : KENANGA INVESTMENT BANK BERHAD
g) Tarikh Tutup Pendaftaran Minat Untuk Melanggan : Penghantaran Borang Pendaftaran Minat Untuk Melanggan bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 16 Mei (Jumaat) jam 11.30 pagi.

Untuk mendapatkan ilmu rahsia menjana keuntungan melabur IPO di MITI ini,FY sarankan datanglah ke seminar Super Investor yang FY anjurkan. Ini kerana banyak lagi ilmu sebegini yang akan FY kongsikan dalam seminar FY itu. Seminar yang cuma berharga RM490.00 namun punya pengisian ilmu pelaburan saham yang begitu banyak dan menyeluruh.

Seminar Super Investor yang akan datang ialah di Blue Wave Hotel Johor Bahru pada 24 Mei 2014 dan di Oceania Hotel Kota Kinabalu pada 21 Jun 2014.

Seminar di Kuala Lumpur 10 Mei lepas Full House! Kepada warga pelabur di Johor Bahru, kalau tak mahu ketinggalan, cepat daftar kerana tempat duduk hampir habis!!! Cepat! Cepat!

Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Kepada yang dah rugi melabur saham, kepada yang dah pernah pergi seminar beribu ringgit tetapi masih tidak dapat memahami ilmu pelaburan saham jemputlah hadir.

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Johor Bahru 24 Mei
  • Di Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Di Shah Alam 17 Mei
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Thursday, May 8, 2014

PROFIL FAIZAL YUSUP @ FY YANG TERBARU


FAIZAL YUSUP @ FY

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai pengenalan kepada ebook ini, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Faizal Yusup, Dalam bidang saham ini ramai yang mengenali saya dengan nama panggilan FY. Saya juga lebih senang membahasakan diri sebagai FY sebagai singkatan kepada Faizal Yusup.

Saya memulakan kerjaya menjaga portfolio institusi khususnya Morgan Grenfell sebagai Dealer’s Representative pada tahun 1996 di Kenanga Investment Bank Berhad. Untuk pengetahuan anda saya memiliki Diploma in Investment Analysis dari UITM Shah Alam juga BSc Finance dari University of Nebraska Lincoln, USA. Ilmu pengetahuan kewangan dan pelaburan ini amat penting dan menjadi asas yang mengukuhkan profesion saya sebagai Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad.

Disamping itu saya juga memiliki dua lesen Capital Market iaitu untuk transaksi Ekuiti juga Derivatif. Pada masa yang sama saya juga menjawat jawatan Naib Presiden dalam Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

Pada tahun 2005 saya mengambil keputusan memulakan penulisan blog www.faizalyusup.net dengan pengisian motivasi namun demikian pada tahun 2008 ia beralih menjadi blog pengisian pelaburan saham. Sekarang, blog ini merupakan blog yang paling tinggi trafiknya di alam maya dari aspek pengisian mengenai pelaburan saham dalam Bahasa Melayu. Pelbagai artikel saham yang berguna yang boleh anda baca dan ambil ilmunya dari sana secara percuma.

Seterusnya pada tahun 2012 saya mula keluar dan menjalankan Seminar Saham Super Investor bagi menyampaikan pengisian-pengisian pelaburan saham yang berkesan secara terus kepada para pelabur yang berminat untuk menceburi pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sehingga kini ia masih lagi berjalan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.



Setelah lebih 17 tahun bergelumang dalam Bursa Malaysia ini, mengalami kejatuhan dan kenaikan, ia menjadikan saya lebih matang. Pelajaran dan pengalaman yang saya dapati darinya tidak ternilai lantas ia membolehkan saya menjana keuntungan dari pelaburan di Bursa Malaysia ini. Pengetahuan inilah yang sering saya kongsikan baik di blog, dalam seminar mahupun dalam buku-buku ebook yang diterbitkan. InsyaAllah, ia semua usaha ini akan dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Selain itu saya juga dijemput pihak MITI, sekolah, NGO dan institusi untuk menjalankan sesi ceramah pelaburan. Disamping itu juga saya menulis buku motivasi, peburan saham dan novel. Sehingga kini 11 buah buku telah diterbit dan dipasarkan.

Buku Berubah Sebelum Rebah karya FY terbita Alaf 21
Hubungi FY sekiranya anda punya sebarang persoalan mengenai pelaburan saham. InsyaAllah FY akan cuba menjawabnya.

Sekian dulu. 

FY
016 6667 430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Tuesday, May 6, 2014

KEJATUHAN INDEKS SMALL CAP DAN PENNY STOCKS

Assalamualaikum...

Pasaran Ace Market dan Small Cap di Bursa Malaysia mengalami kejatuhan baru-baru ini dan dalam The Financial Edge mengatakan sebanyak pasaran modal kehilangan RM130 juta dan kerugian ini membabitkan pihak broker dan juga para remisier yang terlibat. Diberitakan seramai 80 Remisier dan Dealer yang terbabit juga mengalami kerugian. Para pelabur yang terlibat tak tahulah FY berapa ramai. Inilah penangan pasaran saham. Ia boleh menjadi manfaat bila kita menjana keuntungan namun ia boleh menjadi mudarat bila kita mengalami kerugian.

Seikhlasnya ingin FY nyatakan yang kejatuhan ini langsung tidak melibatkan FY mahupun pelanggan-pelanggan yang bernaung di bawah FY. Alhamdulillah. Ini kerana FY tidak membeli saham–saham yang sebegini. Saham-saham cap ayam iaitu saham-saham kecil yang mana syarikatnya mengalami kerugian punya risiko pelaburan yang tinggi jadi FY tidak menyarankannya kepada para pelanggan FY. Mereka yang pernah menyertai Seminar Super Investor FY pastinya faham mengenainya.

Kebelakangan ini pasaran nampak seakan tepu dan kenaikan nampaknya kelihatan semakin sukar dan ini mula menampakkan petanda yang ia bakal menjalani technical correction yang telah lama overdue. Disamping itu kepercayaan Sell in May oleh pelabur disertakan pula dengan World Cup yang bakal menjelang pastinya merencatkan kenaikan Bursa Malaysia untuk jangkamasa yang terdekat ini.

FY dah 17 tahun dalam pasaran saham ini dan jatuh bangun begini perkara biasa. Dalam hal ini sekali lagi FY jelaskan yang melabur dalam pasaran saham dan menguasainya bukanlah satu perkara yang mudah. Ia perlukan pengalaman dan ilmu yang banyak. Setahun dua pengalaman belum lagi memadai sebenarnya. Ia mengambil masa untuk kita belajar dan terus belajar.

Jadi seperti biasa FY ingin menjemput para pelabur di Lembah Kelang, Johor dan Sabah untuk menyertai Seminar Super Investor yang bakal FY jalankan ini. Seminar yang bakal membantu anda memelihara modal, mengelakkan kerugian dan juga menjana keuntungan dari pelbagai pendekatan yeng tersedia di Bursa Malaysia ini.

Antara kandungan yang bakal dikongsi ialah ;

SESI PAGI

Pengenalan kepada Asas Pelaburan
Pengenalan kepada Pelaburan Saham di Bursa Malaysia
Perjalanan sebuah Syarikat Sdn Bhd sehingga ia menjadi Syarikat Berhad
Kelebihan menjadi syarikat tersenarai
Kaedah Membuka akaun CDS serta persoalannya.
Kaedah Membuka akaun Trading serta persoalannya
Kaedah Membuka akaun Online serta persoalannya
Remisier VS Online Trading
Merungkai rahsia menjana keuntungan dalam IPO Awam
Kaedah permohonan IPO Awam
Merungkai rahsia menjana keuntungan dalam IPO MITI
Kaedah permohonan IPO MITI
Merungkai rahsia menjana keuntungan dalam Private Placements
Kaedah permohonan Private Placements

SESI PETANG

Memulakan pelaburan di pasaran terbuka
Pengenalan Ekonomi Makro dan Mikro
Menganalisa saham kaedah Fundamental Analysis
Menganalisa dan merungkai rahsia menjana keuntungan dengan kaedah Financial Analysis
Menganalisa dan merungkai rahsia menjana keuntungan dengan kaedah Technical Analysis
Menganalisa dan merungkai rahsia menjana keuntungan dengan kaedah CSI
Perbezaan Saham Pertumbuhan dan Saham Pendapatan
Perbezaan Investor dan Trader
Kelebihan Portfolio Management
15 Tip Menjana Keuntungan di Pasaran Terbuka
6 Tip Mudah Menjadi Super Investor
Kelebihan Networking
Tip Menjadi Super Trader
Pengenalan Software SuperTrader
Testimonial
Penutup

Dan banyak lagi.

Semua ini bukan dengan harga

RM10,000.00
Bukan dengan harga 
RM5,000.00
Bukan dengan harga 
RM2,500.00
Bukan dengan harga 
RM1,500.00
Bukan dengan harga 
RM1,000.00
Bukan dengan harga
RM700.00

Tapi cuma ;

RM490.00 sahaja.

Cepat daftar di www.seminarsaham.com.my
Beritahu keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Tempat adalah terhad.
Seminar Murah kandungannya Mahal!

DI KUALA LUMPUR
SABTU 10 MEI


 DI JOHOR BAHRU
SABTU 24 MEI


DI KOTA KINABALU
SABTU 21 JUN


FY bukan Along, FY cuma nak tolong...

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667340


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.