Monday, March 24, 2014

DOA BUAT MH370

Assalamualaikum... 

Hari ini FY ingin mengambil kesempatan untuk mengungkapkan rasa sedih dan pilu atas tragedi yang menimpa penumpang dan anak kapal MH370. Innalilillah... serta salam takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan crew yang terlibat. Al Fatihah kepada yang beragama Islam semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh mereka.


































FY

 

Thursday, March 20, 2014

PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA DI MITI - 7 ELEVEN HOLDINGS BERHAD

Assalamualaikum…

Peruntukan Saham Khas Bumiputera 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad di MITI

·         Jumlah saham khas 141,840,000 unit
·         Harga par RM0.10 seunit
·         Harga Tawaran akan diberitahu kemudian.
·         Merupakan investment holding company. Involved in operation and franchising of convenience stores under 7-Eleven brand name.
·         Bank Penasihat – Maybank Investment Bank Berhad
·         Disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia
·         Tarikh tutup 27/3/2014 (Khamis) jam 12.00 tengahari

Untuk Pengetahuan semua saham ini tidak dikategorikan sebagai saham berstatus syariah.

Permohonan Saham Khas Bumiputera ini masih lagi menggunapakai borang manual (seperti yang terdapat di Portal MITI).

Khas kepada pelanggan FY, anda boleh mendapatkan borang permohonan serta cover letter dengan menghubungi FY via email – greng70@yahoo.com

Buat masa ini Pendaftaran sebagai pelabur MITI dilaksanakan secara online. Permohonan Saham Khas Bumiputera secara online akan diumumkan kelak.

Kepada pelabur baru anda boleh menyertai Seminar Saham Super Investir yang bakal FY jalankan pada hari Sabtu 29 Mac ini di Bangunan Lembaga Getah Asli untuk mempelajari selok belok menjana keuntungan melabur di Bursa Malaysia. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Membuka akaun Trading
  • Membuka akuan Trading Online
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

JEMPUTAN KEPADA PARA REMISIER DAN DEALER KE AGM DAN KEJOHANAN BOWLING PRIBUMI

PERHATIAN KEPADA PARA REMISIER DAN DEALER -
Tuan-puan dijemput untuk menghadiri AGM Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) yang akan di adakan pada hari Sabtu 22/3/2014 di Berjaya Times Square Hotel jam 8.30 pagi.
Sila hubungi Secretariat PRIBUMI:
En Amirudin:03-92815195/01823466552
fax: 03-92815087
email: pribumi95@gmail.com

Banyak cerderamata dan door gift termasuk Powerbank disediakan buat anda semua di AGM tersebut.
Di sebelah petang hari yang sama, PRIBUMI akan menganjurkan kejohanan Bowling tahunan di Berjaya Times Square.
Tuan-puan boleh mendaftar dengan En Faizal Yusup : 016-6667430 
email: greng70@yahoo.com

Hadiah Wang Tunai, Piala-piala, Hampers, Barangan Elektrik, Cenderamata serta Cabutan Bertuah untuk para pemain. Daftar segera! Yurannya cuma RM140.00, 4 Sepasukan dan terhad kepada 20 pasukan sahaja!
Di jemput semua hadir untuk mengeratkan silaturrahim dan ahli keluarga tuan-puan juga boleh bersantai dan bershopping di Berjaya Times Square. Ada banyak kemudahan di sini, indoor Cosmo World yang ada roller coaster, archery, cinema, restaurant, food court, bowling dan bermacam-macam lagi.












Wednesday, March 5, 2014

KEPENTINGAN TECHNICAL ANALYSIS


Assalamualaikum...

Kita bertemu lagi. Dalam artikel kali sekali lagi FY menyampaikan beberapa tip-tip pelaburan saham di Bursa Malaysia. Semoga sedikit sebanyak ia membawa manfaat kepada anda dan InsyaAllah membawa kefahaman dan seterusnya keuntungan kepada pihak anda di luar sana dalam menjalankan urusniaga pelaburan di Bursa Malaysia.

Baiklah seperti yang sering FY katakan dalam artikel-artikel yang terdahulu, dalam pelaburan di Bursa Malaysia kita kenalah tahu samaada kita ini seorang Investor atau seorang Trader. Seorang Investor punya jangkamasa pelaburan yang lebih panjang, beli pada support dengan strategi Dollar Cost Averaging, dengan analisa Fundamental dan Financial mahupun kaedah PEGGY dan sebagainya. Pada masa yang sama Trader adalah seorang yang punya sifat short term kill, dengan kaedah scalping, swing trade, day trade, kontra dengan kepakaran menganalisa carta pergerakan harga saham. Selalunya a true trader tidak memandang kepada analisa FA tetapi bergantung penuh kepada analisa carta pergerakan harga saham iaitu Technical Analysis.

Pelaburan saham dan menjana keuntungan yang konsisten darinya bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai seorang trader, ilmu pengetahuan Analisa Teknikal ini mesti ada, kepakaran memerhatikan signal masuk dan keluar, risk vs reward, stop loss, psikologi pelabur, perilaku pergerakan harga saham, mengenali kaunter saham yang dibeli itu amat penting dan sebagainya amat penting sebelum kita boleh mendapatkan keuntungan yang konsisten.

Ketahuilah tanpa semua ini, samaada anda percaya atau tidak, kerugianlah yang bakal menemani anda. Ini kerana sebagai trader kita akan bersaing dengan PDT, Day Traders, pihak sindiket yang jauh lebih pakar, punya masa dan modal yang lebih besar dan sebagainya. Tanpa ilmu yang jitu maka kita akan kalah. Telah ramai pelabur yang FY temui yang kalah dan mengalah.

Jadi belajarlah Analisa Teknikal ini. Belajarlah untuk memahami semua ini.

Seminar Supertech Investor kelolaan Advance Forward Training and Consultants bersama Sifu Zuhri Zain MSTA dan Nabil Fikri MSTA akan diadakan pada hari Sabtu 15 Mac ini di Shah Alam. Yurannya cuma RM700.00 sahaja. Untuk mendaftar hubungi Sifu Zuhri Zain di talian 012 629 0407.

Itu cara pertama iaitu untuk mendapatkan ilmu secara terus dan melakukannya hands on. Cara kedua, setelah membuka akaun saham jalankan simulasi olok-olok urusniaga saham atau terus sahaja terjun dan mulakan urusniaga saham selama 3 hingga 6 bulan dengan exposure atau modal yang sedikit sebagai percubaan.

Andaikata hasilnya menguntungkan jadi anda bolehlah meneruskannya tetapi kalau selepas di penghujung 3 atau 6 bulan itu dan setelah pelbagai pendekatan dilakukan namun anda masih lagi kerugian, saranan FY carilah mentor, profesional portfolio managers atau carilah remisier, dealer mahupun trader yang berpengalaman dan berkelayakan untuk membantu anda menjana keuntungan dari pelaburan saham di Bursa Malaysia ini.

Cara ketiga, carilah FY. Hehehe...

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor akan diadakan pada 29 Mac
  • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Mac
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

TUKAR NO AKAUN CIMB E DIVIDEN PELABUR

Assalamualaikum…

Perhatian kepada semua pelabur yang mempunyai CDS di Bursa Malaysia dan menggunakan akaun CIMB sebagai akaun untuk tujuan pembayaran dividen.

Memandangkan baru-baru ini CIMB Bank telah menukar nombor akaun tuan-puan kepada nombor yang baru, anda diminta untuk pergi ke broker masing-masing bagi tujuan penukaran no akaun lama tersebut kepada yang baru bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawa oleh FY.

Sekian. Harap Maklum.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor akan diadakan pada hari Sabtu 29 Mac.
  • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada hari Sabtu 15 Mac.
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Monday, March 3, 2014

ELAKKAN MEMBELI SAHAM SYARIKAT YANG RUGI


“Elakkan membeli saham syarikat yang rugi kerana ada banyak lagi syarikat yang untung untuk kita buat pelaburan…”

Faizal Yusup



Assalamualaikum, Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog FY ini.

Alhamdullillah Seminar Super Investor Sabtu lalu berjalan dengan lancar dan semoga ia membawa manfaat kepada para pesertanya. Seterusnya kepada mereka yang ingin menjadi Trader, ingin belajar indikator-indikator analisa teknikal mahupun ingin belajar mendapat signal beli dan jual dengan cara menganalisa carta pergerakan harga saham maka jemputlah datang ke Seminar SuperTech Investor pula. Seminar bersama Sifu Zuhri Zain MSTA dan Nabil Fiikri MSTA pastinya akan membawa manfaat yang banyak kepada anda.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu 15 Mac 2014. Hubungi Sifu Zuhri Zain di talian 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.

Apapun ramai pelabur baru malah pelabur lama yang membeli saham dengan sangkaan yang semua saham itu sama sahaja dan bagi kebanyakan, mereka suka membeli saham-saham murah dibawah harga RM0.50. Katanya leverage kerana beli saham murah dapat beli banyak dan kalau beli banyak kalau harga saham itu naik maka banyaklah keuntungannya.

Di sini biarlah FY terangkan mengenai saham-saham di bawah 50 sen ini. Saham-saham ini juga dikenali sebagai saham 3rd liner, saham penny, saham berjajaran kecil atau pada FY saham Cap Ayam.

Kenapa harga saham penny ini murah?

Ia murah sebab kemungkinan besar saham ini tidak bagus, saham syarikat yang mengalami kerugian, sebab itulah harganya murah. Silap-silap ia jatuh dan terus jatuh dan akhirnya mendapat status Practice Note 17 atau PN17 atau status G3 yang mana ia akan dinyahsenaraikan atau delisted. Maka dalam hal ini pelaburan modal anda akan menjadi 0!

Siapakah pelabur-pelabur yang terlibat melabur dan ber”main”dalam saham-saham Penny ini?

Saham seperti ini tidak disertai oleh para pelabur jangkamasa panjang atau Investor, tidak disertai oleh Institusi Asing mahupun Tempatan. Pembelinya terdiri dari golongan PDT, Day Trader, Trader, Kontra Players, Sindiket Saham dan Newbie. Keuntungan hanya akan dijana kepada Sindiket dan Trader-Trader yang berpengalaman, yang hilang duit ialah Trader yang tidak berpengalaman juga para Newbie. FY pernah terangkan mengenai PDT dan Sindiket dalam artikel-artikel sebelum ini.

Bagaimana nak tahu saham Penny ini ada sidiket yang menjaganya?

Ia mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menganalisa carta sepanjang sejarah pergerakan harga syarikat tersebut. Kalau terdapat “spike” iaitu kenaikan harga saham yang berkali ganda dan kemudian ia turun umpama terjunan bungee jumping maka elakkanlah saham-saham sebegini. Harga saham ini boleh naik dari harga 20 sen hingga ke RM2.00 dan kemudian jatuh balik ke harga asalnya. Mereka yang terbeli pada harga yang tinggi itu pastinya akan mengalami kerugian yang nyata.




Begitupun ada di kalangan saham-saham penny ini yang baik yang mana syarikatnya menjana keuntungan. Kita hanya perlu membuat sedikit penyelidikan bagi menentukan senarai saham-saham penny yang baik ini. Kalau tidak, kalau andamasih berdegil ingin membeli saham-sahamcap ayam ini, saranan FY belajarlah analisa CSI iaitu dengan membuat siasatan yang menyeluruh tentang saham yang bakal anda beli itu. Maknanya carilah siapa yang menjaga dan memelihara harga saham-saham tersebut atau belajarlah Analisa Teknikal supaya anda masuk dan keluar pada masa yang baik dan menguntungkan.

Oleh sebab yang sama, bagi mendapatkan pelaburan dari para pelabur runcit maka syarikat mengeluarkan saham-saham warrant yang lebih murah dari harga saham ibunya untuk kita buat pelaburan. Bilamana harga saham ibunya naik maka saham warrant ini akan naik juga. Leveraga dalam saham-saham sebegini pastinya membawa kepada keuntungan yang berlipat kali ganda.

Saham Warrant yang FY maksudkan di sini ialah saham Warrant yang diterbitkan oleh syarikat saham tersebut dan bukannya Call Warrant yang diterbitkan oleh pihak ketiga. Call Warrant hendaklah dielakkan melainkan anda faham propektusnya.

Kesimpulannya kita kena tahu apa yang kita buat, kita kena tahu apa yang kita laburkan. Tanpa ilmu ia pastinya kan merugikan pihak anda.

Sekian dulu,

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS dan Trading

Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham

Remisier dan dealer kami sentiasa berada di pejabat bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham

Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi.

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang berpengalaman.

Lunch disediakan.

Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.

Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com



Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Woksyop Analisa Teknikal

Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.



Seminar Saham Super Investors
Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.


Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.



Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.


Hubungi kami ;
                                                                       
FY     – 016 6667430 / 012 6540130 / greng70@yahoo.com
Zuhri – 012 6290407 / muhammadzuhri@gmail.com
Yasin – 019 3346570 / yasinyunus2714@gmail.com
Ramzie - 017 3730513 /eizmar11@yahoo.
Azila  – 016 664 1755 / 012 2511755 / azilamile@yahoo.com

Pejabat kami ;

Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve



Mutiara Damansara

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.