Monday, December 10, 2012

Photo-Photo Sekitar Seminar Supertech Investor

Assalamualaikum... 

Semoga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam artikel kali ini. Di sini FY cuma ingin memaparkan beberapa gambar penting semasa Seminar SuperTech Investor yang diadakan pada hari Sabtu 8 Disember yang lalu di Conference Hall, Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur. Maaf FY tak dapat paparkan semuanya kalau ada peserta yang ingin melihatnya. Apapun jangan risau kerana semua gambar-gambar tersebut telahpun FY uploadkan dalam page Advance Forward di Facebook. Anda boleh melihatnya di sana.

Berikut adalah kronologi bergambar pada hari seminar tersebut.
 
Kakitangan Advance Forward sedia menanti kehadiran peserta untuk tujuan pendaftaran.
Pendaftaran masuk peserta bermula jam 8:30 pagi.
Sifu Sharifah Fazliza MSTA sedang menyampaikan pengisian Teori Analisa Teknikal dalam sesi pagi. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pasaran saham juga merupakan seorang remisier di RHB Investment Bank Jalan Tun Razak.
 
Aksi Puan Sharifah Fazliza yang penuh bersemangat.
Puan Zabidah Mohamed Remisier Hwang DBS Johor Bahru juga sudi datang.
Segmen Kepentingan Berzakat oleh En Khalid Mohamed wakil PPZ WP.
Program petang diambil alih oleh Sifu Ridzuan Ibrahim MSTA yang menerangkan kaedah dan teknik Analisa Teknikal dalam pelaburan sebenar. Beliau mempunyai pengalaman dan kemahiran yang begitu mendalam memandangkan beliau juga merupakan seorang Trader.
Kejutan sambutan harilahir Sifu Ridzuan Ibrahim MSTA
IR Jamaluddin Samsi salah seorang peserta yang begitu asyik mendengar ceramah.
Para Peserta yang sedang memberikan perhatian penuh.
Sifu Zuhri Zain MSTA merangkap Pengarah Operasi Advance Forward
FY tak ketinggalan menimba ilmu pengetahuan dari para penceramah.
Penyampaian Cerderamata serta saguhati buat Sifu Sharifah Fazliza MSTA


FY membuat ulasan penutup sesi ceramah.
Zuhri Zain menyampaikan cenderamata kepada Sifu Ridzuan Ibrahim MSTA
Hadiah Cabutan Bertuah tajaan PPZ WP, Pribumi dan Advance Forward.
Tuan Haji Zainal Arifin sudi menyampaikan hadiah Cabutan Bertuah Bagi Pihak Persatuan Remisier Bumiputera.
Seterusnya acara penyampaian sijil kepada peserta yang hadir
En. Ahiruddin memenangi hadiah Cabutan Bertuam Utama daripada En Khalid Mohamed wakil PPZ WP.
Sesi gambar kenangan bersama semua peserta Seminar.
 

Alhamdulillah kami bersykur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya segala yang dirancang menjadi kenyataan.
 
Kepada para peserta FY harap ilmu pengetahuan yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik, semoga ia dapat membantu anda semua menjana keuntungan dalam pasaran.
 
Untuk pengetahuan semua Seminar Supertech ini adalah satu-satunya seminar yang dijalankan dimana para penceramahnya mempunyai kelayakan dan berlesen dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti. 
 
InsyaAllah banyak lagi seminar yang sedang kami rancang demi berkongsi ilmu pengetahuan dan memantapkan para pelabur di luar sana agar memasuki pasaran dengan langkah yang betul dengan itu dapat meningkatkan ekonomi ummah secara keseluruhannya.
 
Semoga kita berjumpa lagi. Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan semua yang terlibat.
 
Sekian. Wassalam.
 
FY
 
Untuk keterangan lanjut mengenai seminar-seminar ini, layari
 

Thursday, December 6, 2012

Nukilan Faizal Yusup Dis 2012

Assalamualaikum... 

Salam sejahtera FY ucapkan kepada semua pengunjung blog FY ini baik untuk mendapatkan input Pasaran saham mahupun input motivasi pengisian diri. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini dan FY amat berbesar hati dengan kehadiran tuan puan dan saudari saudari sekelian.

FY tahu ramai di luar sana yang membaca blog ini tapi tak pernahpun bertemu dengan FY di alam nyata namun sudi untuk menjadi pelayar setia di sini.

Contohnya dua hari lepas semasa FY ke MIDF, FY bertemu dengan En Nizam yang mengenali FY walaupun hanya kenal FY di alam maya. Terima kasih menegur kalau Nizam membaca artikel kali ini.

Pertamanya maafkan FY kerana lama tak menulis artikel Saham. Ini kerana pasaran memang kurang memberansangkan kebelakangan ini. Ia jatuh 18 hari berturut-turut tempohari dan ini merupakan satu keadaan yang kurang baik dan menyukarkan para pelabur untuk menjana keuntungan darinya. FY yakin kebarangkalian kerugian jauh lebih tinggi dalam pasaran yang sebegini walaupun kita menggunakan sistem yang terbaik sekalipun. Seperti yang pernah FY katakan pasaran mesti mempunyai volume melebihi 1.5 Billion untuk ia sihat. Pasaran tanpa sentimen dewasa inj tak banyak membantu, ini ditambah pula dengan penantian kepada pengumuman pilihanraya yang hanya PM yang tahu akan tarikhnya.

Lagi lama lagilah pasaran akan terus-terusan begini kerana para pelabur mengambil langkah tunggu dan lihat semata-mata. Harapan FY hujung tahun ini adalah sedikit window dressing, yang bakal menaikkan harga saham-saham blue chips seterusnya menaikkan indeks FBM KLCI. FY juga menyarankan pelabur untuk  tunggu dan lihat dalam pasaran yang demam sebegini.

Seterusnya baru-baru ini seramai 10 daripada 12 orang Dealer dan Remisier yang menduduki peperiksaan Diploma Teknikal Analisis MSTA(UK) telah lulus. Ini setelah sekian lama hanya terdapat beberapa orang sahaja yang pernah melepasinya. Ia sebenarnya petanda yang baik dimana anak-anak muda generasi baru ini bakal membawa perubahan kepada landscape industri pelaburan di negara ini khususnya untuk kaum Bumiputera. FY yakin ramai lagi anak-anak muda generasi baru yang berkemampuan untuk melakukan perkara yang sama.

Kepada para pemimpin dan OTAI generasi yang lalu bimbinglah mereka ini dan berilah ruang dan peluang untuk mereka berbakti pula. Evolusi manusia menunjukkan yang baru akan menggantikan yang lama dan mereka pula menyumbang kepada perkembangan tamadun dengan idea yang segar lagi dinamik. Ini kerana mereka mempunyai akal yang lebih cerdas tidak seperti kita orang lama. Pun begitu ia perlu datang dengan kebijaksanaan.

Dalam isu lain, blog ini seakan telah menjadi blog paparan video pulak. Untuk pengetahuan semua sebenarnya FY sedang buat satu projek Video Motivasi FY yang FY upload di Youtube. Ia seumpama bab-bab dalam buku untuk tujuan peningkatan jati diri dan kemungkinan besar ia memerlukan lebih kurang 100 videos sebelum ia siap. Jadi harap bersabar, tontonlah video-video itu kerana FY yakin ada manfaat yang berada di dalamnya. Lebih baik lagi kalau dapat subscribe, like, komen dan sharekan video-video Youtube FY yang anda rasakan bermanfaat.

Tujuan FY tidak lain, untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat yang dikurniakan Allah kepada FY demi pembangunan Ummah. Ia percuma dan percayalah ada bab-bab dalam video itu yang boleh membawa manfaat kepada anda andai anda menontonnya dengan hati yang terbuka.

Video ini sama seperti penulisan mahupun menanam pokok. Kita hanya perlu menanamnya sekali. Tetapi hasilnya berkali-kali dan berterusan selagi ia bersiaran dan disampaikan...

Kalau kebanyakan orang kita masih malu mahupun tidak berani untuk menghasilkan video di Youtube, pengalaman FY di USA mengajar FY untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan. FY rasa ia para ulama dan pendakwah juga perlu melakukan juga perkara yang sama bagi menyampaikan pengisian dakwah melalui alam maya ini terus ke dalam rumah pendengar serta penontonnya selain daripada dakwah di  alam nyata. Demi menyebarkan syiar Islam.

Dalam aspek yang lain pula, FY berjaya mendapat Anugerah Dana Penulis dan Kementerian Penerangan dan Multimedia melalui buku Bukan Maksum dan Man Rempit 1. Alhamdulillah. Ia secara tak langsung mengesahkan yang FY merupakan antara salah seorang penulis yang terbaik dalam negara ini.

Novel Bukan Maksum


Novel Man Rempit 1

Kemudian dua hari lepas FY mendapat anugerah dari Kenanga Investment Bank tempat FY menjalankan operasi perniagaan atas prestasi 3 bulan lepas dan ia juga merupakan satu pengesahan yang kita juga boleh bersaing walaupun berada dalam industri kewangan yang dikuasai oleh Bangsa Cina.

Lebih hebat lagi, FY berjaya mendapat anugerah ini dalam dua industri yang berbeza, Industri Penulisan dan Pasaran Modal. Alhamdulillah atas susunan Allah ini. Pada FY tiada apa yang mustahil, dengan kegigihan, usaha yang istiqomah / berterusan tanpa mengira penat dan lelah, doa serta tawakkal maka segalanya berkemungkinan. Kita hanya perlu melakukannya dengan niat untuk menjadi yang terbaik dalam apa juga yang kita lakukan.

Blog FY yang FY tulis mulai tahun 2008 ini juga telah mula dikenali ramai. Pada FY tiada apa yang mustahil kalau diizinkan Allah Taala.

FY harap catatan ini memberi semangat untuk ada bangkit dan jadi yang terbaik walau dalam apa juga bidang yang anda ceburi.

Sekian dulu. Wasallam.

Jaga diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang tidak terhitung yang Allah Taala kurniakan pada kita saban hari.

FY mengundur diri buat kali ini.

FY

PS – FY ada menjalankan Seminar Supertech Investor Sabtu 8 Disember ini di Bangunan Getah Asli berhadapan KLCC, Seminar yang amat baik bagi mereka yang menceburi bidang Saham, Derivatif, Futures, Commodity, Forex dan sebagainya yang melibatkan carta pergerakan harga untuk dianalisa. Ia akan disampaikan oleh 2 orang penceramah yang pada FY telah dikurniakan Allah dengan kunci membuka rahsia kaedah Analisa Teknikal ini.

Layari – www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.  



Sunday, December 2, 2012

Seminar Saham, Futures, Forex, FKLI, FCPO

Salam Ceria...

Pasaran Saham, Komoditi serta yang lainnya nampak agak sepi kebelakangan ini tanpa sentimen yang jelas. Keadaan ekonomi global yang krang memberansangkan ditambah pula dengan ketidaktentuan keadaan politik dalam negara yang menantikan pilihanraya dan sebagainya hanya membawa kepada pasaran yang lemah tanpa penyertaan para pelabur.

Apapun pada FY pada masa santai atau masa rehat ini mungkin lebih baik kita gunakan masa yang terluang itu untuk belajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pelaburan ini agar kita menjadi lebih baik dan boleh menjana keuntungan di masa pasaran kembali mengambil rentaknya.

Jadi, FY dengan kerjasama Advance Forward telah mengambil keputusan untuk mengundang dua orang penceramah yang merupakan sifu-sifu analisa teknikal bagi menjayakan seminar Supertech Investor yang akan diadakan pada hari Sabtu 8 Disember ini bertempat di Bangunan Getah Asli.

Sebenarnya terdapat seminar Analisa Teknikal yang lain bagi melabur dalam Saham, Futures, Komoditi, Forex dan yang lainnya. Namun demikian mereka mengenakan yuran yang tinggi sehingga RM3000.00 namun demikian kami hanya mengenakan RM350.00 kerana ia bertujuan untuk membantu dalam pembangunan Ummah. Ia bukan bertujuan mencari keuntungan semata-mata.

Persoalannya mudah kekadang mereka ini tak punya track record pun akan keuntungan yang dijana kepada pelabur, malah ada juga yang tak punya kelayakan untuk menyampaikan apa yang mereka sampaikan. Ia sekadar untuk mencari keuntungan semata-mata melalui seminar yang dijalankan.

Di sini FY sertakan bukti keuntungan yang dijana oleh Sifu Ridzuan Ibrahim sepertimana carta di bawah ini.



Kemudian, FY menjemput seorang lagi penceramah iaitu Sifu Sharifah Fazliza yang mempunyai kelayakan MSTA kelayakan yang sama dimiliki oleh Dr Nazri Khan. Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam pasaran saham.

Ilmu pengetahuan kedua-dua mereka ini akan dikongsikan dalam Seminar Supertech Investro yang akan diadakan Sabtu ini.

Sekiranya anda punya masa, jangan lepaskan peluang untuk kita sama-sama belajar dari sifu-sifu ini dalam seminar ini.

Layari – www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. FY yakin ia pasti akan memberi manfaat kepada anda.



FY juga akan berada di sana sepanjang hari sekiranya anda inginkan sebarang khidmat nasihat.

Sekian dulu. In Shaa Allah, kita jumpa di sana.


FY

Hubungi ;

Azila Ismail – 012 2511755
Zuhri Zain – 012-629 0407
FY – 012 654 0130

Untuk pertanyaan dan pendaftaran.

Friday, November 9, 2012

SEMINAR ANALISA TEKNIKAL SUPERTECH INVESTOR



Assalam... 


Yang dinanti telah tiba, Jangan lepaskan Seminar Saham Analisa Teknikal bersama Sifu Ridzuan Ibrahim Associate STA dan Sifu Sharifah Fazliza MSTA. Sesuai untuk semua chartist ! Pasti Berbaloi !



Untuk keterangan lanjut - Layari ;

KEPUTUSAN IPO MITI - ELK DESA RESOURCES

KEPUTUSAN IPO MITI ELK DESA RESOURCES BERHAD TELAH KELUAR

Salam Sejahtera,

Kepada pelabur yang telah memohon saham ELK Desa Resources di MITI, Keputusannya telahpun keluar semalam. Sila layari www.saham.miti..gov.my untuk memeriksa status permohonan anda.

Anda boleh melihat propek syarikat ini melalui web link berikut ;


Harap maklum,


 

Tuesday, November 6, 2012

IPO HIAP HUAT HOLDINGS BERHAD

IPO AWAM HIAP HUAT HOLDINGS BERHAD

KUALA LUMPUR: Hiap Huat Holdings Bhd, which is seeking a listing on the ACE Market of Bursa Malaysia, plans to raise RM17mil from the initial public offer (IPO).

It said on Monday the IPO comprised of 85 million new 10 sen shares, of which 80 million would be placed out and the remaining five million units would be offered to the public.

Of the RM17mil, it would used RM8.2mil for working capital, RM4.5mil for capital expenditure, RM2.3mil to fund the listing process and the remaining RM2mil to repay bank borrowings.

Hiap Huat said the shareholders were also offering for sale 50 million existing shares which would be placed out.

The company, which is a used oil recycler, released its prospectus on Monday.

Its core activity is collecting, recycling, re-refining and producing recycled products.

The group stores, treats and recycles waste oil collected from industrial and commercial companies and then formulates them into end products ready to be used by end consumers.

The group's recycled end products derived mainly from its recycling and recovery process are sold under their own “AF1”, “Top Up”, “NEKKO”, “Cap Rumah” and “Flag” brand names.

The Star Online

Nota FY - Harganya cuma 20 sen, hanya 5 juta saham untuk Public atau 2.5 juta sahaja untuk Bumiputera. Hong Leong merupakan Bank Penasihatnya. FY tak rekomen saham ni tapi saham kecil begini lebih mudah ditolak naik contohnya Pasukhas dulu boleh naik begitu tinggi. Jadi terpulanglah kepada anda.