Tuesday, June 19, 2012

Mesyuarat PRIBUMI dengan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Dato' Ranjit Singh.


Salam sejahtera.

Semalam pada 18 Jun 2012, FY selaku Naib Presiden PRIBUMI bersama para AJK yang lain bermesyuarat dengan Dato' Ranjit Singh Executive Chairman Securities yang baru bagi membincangkan hala tuju industri pasaran modal negara ini menuju ke hadapan. Ia bermula pada jam 3:00 petang dan berakhir pada jam 5:30 petang. 

Pelbagai isu yang diketengahkan antaranya ;

  • Isu BDREF
  • Isu yang membabitkan Remisier, Dealer juga masalah yang melibatkan Broker
  • Isu Brokerage
  • Isu penubuhan Islamic Broker Pribumi
  • Isu Pasaran yang lemah
  • Isu meningkatkan penglibatan pelabur runcit
  • Isu Struktur IPO dan banyak lagi.
Nampaknya Dato' Ranjit Singh sudi memberikan kerjasama yang baik dengan PRIBUMI dan ia merupakan langkah pertama yang baik bagi kami untuk bekerjasama membangunkan pasaran modal amnya dan meningkatkan ekonomi rakyat negara ini secara khususnya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar tindakan-tindakan yang bakal diambil kelak akan membawa manfaat yang banyak kepada kita semua terutamanya mereka yang melabur saham di Bursa Malaysia. InsyaAllah.


FY berdiri nombor 3 dari kanan.

Sekian dulu buat kali ini.

FY

Monday, June 18, 2012

Carta Undian FGVH untuk Bumiputera


Berikut ini adalah carta undian untuk Felda Global Ventures di MIH tempohari...


Tuesday, June 12, 2012

Ilmu Pelaburan Saham Melalui Kursus dan Seminar Saham


KENAPA MENGHADIRI SEMINAR SAHAM ITU PENTING

Assalamualaikum. Salam sejahtera, doa dan harapan FY semoga kita semua berada dalam lindungan Allah Taala hendaknya. Dapat mengikut susunan dan redha dengan segala dugaanNya sepanjang kehidupan ini. InsyaAllah.



Kali ini FY ingin menjelaskan kenapa menghadiri seminar, kursus dan segala macam pengisian walau apa juga bidang itu penting.

Sebenarnya antara tujuan FY menjalankan seminar saham Super Investor ialah ;

  • Bagi menyampai input saham, satu bidang yang begitu asing bagi orang kita sedangkan ia merupakan tempat yang utama bagi meningkatkan ekonomi.
  • Setiap yang kita lakukan perlukan ilmu, Dalam hal ini tanpa ilmu saham maka kemungkinan untuk kita mengalami kerugian amatlah tinggi. Seminar ini akan menjelaskan akan risiko yang terlibat dan bagaimana caranya untuk mengurangkan risiko tersebut dalam pelaburan saham.
  • Dalam pelaburan saham sebenarnya ada banyak pendekatan, lorong dan kaedah untuk menjana keuntungan. Pendekatan-pendekatan ini akan FY jelaskan dalam seminar itu nanti.
  • Dalam seminar itu juga kita akan dapat berkenalan dan meluaskan jaringan perniagaan. Ia pastinya bermanfaat nanti.

Lagipun FY rasa ia merupakan amanah dan tanggungjawab Allah pada FY dengan ilmu dan pengetahuan ini untuk dikongsikan dengan anda semua. Takut pulak ditanya kelak kalau ia tidak disampaikan...

Seperkara lagi FY tak tahu apakah aras risiko yang boleh seseorang itu tanggung. Rendah, Sederhana atau Tinggi. Adakah anda seorang yang berani mengambil risiko seakan seorang mat rempit yang berlumba melawan arus atau adakah anda seorang yang takut mengambil sebarang risiko.

Kemudian FY juga tak tahu akan kedalaman poket anda, samaada anda boleh average down kalau harga saham jatuh mengurangkan purata harga belian anda dan sebagainya.

Seterusnya FY juga tak tahu apakah time horizon pelaburan anda. Adakah ia jangkamasa pendek atau panjang dan sebagainya.

Jadi seminar ini akan membantu anda mengenali diri anda sendiri. Dari situ secara tak langsung anda akan dapat buat strategi dan matlamat pelaburan anda dan yang pastinya anda keluar dari seminar sebagai seorang yang tahu sedikit sebanyak akan kaedah dan teknik pelaburan yang sesuai dengan diri anda.

Pada masa yang sama anda juga boleh jadi jurucakap untuk menyampaikan ilmu saham ini kepada orang-orang di sekeliling anda. InsyaAllah ia bakal membawa kebaikan yang banyak.

Sekian dahulu.

InsyaAllah, kita jumpa di Seminar Saham Super Investor nanti!

FY
012 654 0130

  
PS – SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR akan dijalankan pada hari Sabtu 16 hb Jun 2012 di Hotel De Palma, Shah Alam. Kepada yang berminat layari laman web berikut –




Sunday, June 10, 2012

Gas Malaysia Berhad Disenaraikan di Bursa Malaysia


Assalamualaikum...

Salam Euro 2012! Pasukan mana pilihan anda tahun ini bagi memenangi kejohanan Eropah kali ini?

Apapun besok merupakan penyenaraian Gas Malaysia Berhad di Bursa Malaysia. Kepada pelanggan-pelanggan FY yang mendapat peruntukan saham tersebut samaada melalui pink form, MITI mahupun peruntukan awam FY ucapkan selamat mendapat keuntungan. InsyaAllah ia akan dibuka dengan premium walaupun keadaan pasaran dewasa ini kurang memberansangkan.

Sekiranya anda tidak dapat menghubungi FY untuk menjalankan transaksi sila hubungi Puan Azizah Zaibon associate FY di Kenanga di no telefon : 019 389 6353. Sediakan no CDS anda untuk menjalankan urusniaga tersebut. 

Oh Ya andaikata anda membuka akaun di broker selain Kenanga Petaling Jaya, maka FY harap anda dapat menghubungi remisier anda sendiri bagi menjalankan urusniaga tersebut. Ini kerana hanya akaun CDS yang dibuka di Kenanga Petaling Jaya tempat FY bekerja sahaja yang boleh FY bantu. Akaun CDS dari broker lain sebenarnya berada di rumah yang lain dan tiada kena mengena dengan FY.

Kepada anda yang membaca artikel ini tetapi masih belum lagi mengambil langkah pertama untuk melabur dalam saham, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian. Mungkin anda boleh mendaftar ke Seminar Saham Super Investor yang akan dijalankan pada 16 Jun ini bertempat di Hotel De Palma Shah Alam dimana semua bentuk pelaburan saham ini akan diterangkan.

Untuk mendaftar layari ;


Sekian dulu. All the best untuk semua yang mendapat saham Gas Malaysia tersebut.

FY
Remisier
012 654 0130

Monday, June 4, 2012

Cara Memohon Saham IPO AWAM melalui Online Banking


Salam ceria!

Di sini FY kongsikan cara bagaimana para pelabur memohon IPO Awam melalui online.

IPO Felda Global Venture Berhad ini sedang dibuka untuk langganan melalui Maybank2u. Anda boleh memohon untuk saham Tawaran Permulaan (IPO) Awam dan menyemak status permohonan anda dengan mudah dalam talian, di mana-mana jua anda berada.

Bil Terbitan Saham : 528
Nama Saham: Felda Global Ventures Holdings Berhad
Tarikh: 31 Mei 2012
Masa dibuka: 10:00 a.m
Tarikh Tutup: 12 Jun 2012
Masa ditutup : 5:00 petang hari
Harga Seunit : RM4.55

Nota: IPO hanya tersedia untuk langganan Internet disenaraikan di Maybank2u. Anda juga boleh memohon untuk saham pada ATM Maybank atau menyerahkan borang bercetak.

Ikuti langkah-langkah ini untuk melanggan :

Nota : Sebelum itu anda kena pastikan anda punya dana yang mencukupi kerana duit anda akan didebit keluar terus tanpa memerlukan permohonan “tag number”.

1. Login to Maybank2u and choose "Investment".
2. Next, select "eShare". This shows you the IPO (Initial Public Offering) list.
3. Select the IPO that you want and click "Apply".
4. Read the Terms and Conditions of the Application and Declaration eShare. You are advised to read and understand the prospectus and Important Notices BEFORE proceeding.
5. Select "I agree" to accept the terms and conditions of the Declaration. 
6. Fill in the application form.
Disini anda perlu masukkan bangsa, jumlah saham yang ingin anda pohon beserta no akaun CDS anda. Bagi mereka yang belum punya akaun CDS, Hubungi FY!
7. Confirm your details and submit your application.
8. Print the transaction receipt for your reference.

Tahniah! Anda telah berjaya memohon saham IPO Awam melalui permohonan online.

Saranan FY belilah masa dekat dengan tarikh tutup IPO tersebut kerana taklah duit anda tersangkut lama nanti. Sebagai contoh untuk IPO Felda ini ;

Tarikh tutup        : 12 Jun 2012
Tarikh undian      : 15 Jun 2012

Maka bagi Maybank2U seandainya anda tidak berjaya maka duit anda akan dipulangkan lebih kurang pada 17 Jun 2012 nanti. Dalam ertikata lain sekiranya anda memohon pada 12 Jun duit anda cuma tersangkut selama 5 hari.

Bagi mereka yang mahu memohon 10,000 unit saham, FY sarankan anda memohon 11,000 unit saham kerana kebarangkalian untuk berjaya mendapatkan saham tersebut adalah lebih tinggi memandangkan ia bakal berada dalam bracket yang lain.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia sangat baik untuk beginner dalam pelaburan saham ini. InsyaAllah ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila layari ;





Saturday, June 2, 2012

Harga Sasaran Felda Global Ventures Berhad



Salam Sejahtera semua...

Para penganalisis dihubungi meletakkan nilai sasaran FGV adalah diantara RM5.50 dan RM6.00. Tarikh sasaran penyenaraian saham FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia ialah 28 Jun 2012. Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan, ketika dihubungi semalam, mengunjurkan nilai sasaran saham FGV RM5.50 sesaham berdasarkan PE 18 kali bagi tahun kewangan semasa.

"FGV adalah sebuah syarikat perladangan besar yang beroperasi 343.521 hektar ladang kelapa sawit di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran 5.2 juta tan metrik buah kelapa sawit."

Ia juga pada masa ini pada jejak pengembangan, memperolehi ladang baru dan mengembangkan aktiviti hiliran. Langkah-langkah ini akan menarik minat pelabur dan membantu menyokong kestabilan harga saham, " katanya.

Ketua Penyelidikan Interpacific, Pong Teng Siew, mengunjurkan nilai sasaran RM5.80 sesaham bagi FGV dalam bulan pertama penyenaraian. Beliau berkata penilaian, antara lain, berdasarkan potensi pengembangan geografi syarikat dan pengurangan kos apabila tumpuan utama dilatih perniagaan di pasaran antarabangsa."

Manfaat yang diperoleh daripada kerjasama dengan pelabur asing juga akan memainkan peranan penting bukan sahaja berkenaan skala ekonomi tetapi juga meningkat daya saing serta membuka ruang untuk pengembangan perniagaan, tambah beliau.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Maybank Investment Bank, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata nilai sasaran saham FGV boleh mencecah RM6.00 jika tiada apa-apa luar dari yang biasa berlaku. "Kita telah melihat prestasi Gas Malaysia apabila IPO telah terlebih langganan beberapa kali walaupun pasaran adalah tidak menentu pada masa ini."

FGV dijangka menunjukkan prestasi yang serupa kerana ia mempunyai kualiti yang sama dari segi kekuatan kewangan, pembayaran dividen, dan penglibatan dalam sektor perniagaan yang betul," katanya.

Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Md Hasrin Md Hassim juga meletakkan nilai sasaran saham FGV pada RM6.00 sesaham.

Remisier
012 654 0130


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan termasuklah pengisian mengenai IPO AWAM DAN IPO MITI. Ia akan dijalankan pada 16 hb Jun nanti. Kepada yang berminat layari laman web berikut –