Monday, May 21, 2012

Perbezaan IPO MITI dan IPO Awam






Perbezaan IPO MITI dan IPO Awam

Assalamualaikum,

Nampaknya masih ramai yang keliru antara IPO Awam dan IPO MITI.

Untuk pengetahuan anda Peruntukkan khas saham Bumiputera di MITI akan keluar dahulu sebelum IPO Awam. Prospektus hanya akan keluar bilamana Peruntukkan saham IPO Awam dikeluarkan. Selalunya peruntukan saham di MITI jauh lebih banyak dari IPO Awam.

Untuk melanggan IPO MITI –

Kita kena membuat permohonan, mengisi borang online serta melampirkan dokumen sokongan untuk dihantar ke MITI.

Untuk melanggan IPO Awam –

Ia boleh dilakukan 3 cara ;

  1. Melalui online bank
  2. Melalui ATM
  3. Melalui Broker dengan mendapatkan borang permohonan untuk diisi.
Dalam apa keadaan sekalipun kita kena buka akaun CDS sebelum kita boleh melanggannya. Hubungi FY sekiranya anda ingin membuka akaun CDS ini.

FY harap artikel ini dapat menghilangkan kekeliruan anda. Kalau masih keliru jemput datang ke seminar Super Investor dimana FY akan menjadi penceramahnya. Di sana FY akan terangkan dengan lebih lanjut dan terperinci.


Sekian dulu.

Terima kasih.

FY

012 654 0130


Wednesday, May 16, 2012

IHH Healthcare Berhad - IPO MITI




IPO MITI: IHH HEALTHCARE BERHAD; 

a) Jumlah Saham Khas : sehingga 360,000,000 unit
b) Aktiviti Utama Syarikat : IHH and its subsidiaries are principally engaged in the provision of private healthcare services and educationc) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhadd) Bank Penasihat : CIMB Investment Bank Berhad
f) Tarikh Tutup Permohonan : 5 Jun 2012



Harga Tawarannya hanya akan diketahui pada 1 Jun nanti.
Nampaknya saham ini hanya dibuka untuk Hi Networth Bumiputera dengan permohonan dalam blok RM250,000.00 sahaja. Harap maklum.


PERHATIAN - TAWARAN SAHAM INI TELAH DITARIK BALIK OLEH PIHAK MITI. HARAP MAKLUM.


www.seminarsaham.com.my
www.faizalyusup.net

IPO MITI: DATASONIC GROUP BERHAD






IPO MITI: DATASONIC GROUP BERHAD


a) Jumlah Saham Khas : 8,517,000 unitb) Harga Par : RM0.50 seunitc) Harga Tawaran : Sila hubungi FY untuk makluman hargad) Aktiviti Utama Syarikat : (i)Provision of ICT solutions including smart card personalisation (such as secure ID or chip-based credit/debit/bank cards);(ii)Customisation of software and hardware solutions;(iii)Project management and consultancy;(iv)Reseach and development; and(v)Technical consultancy servicese) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhadf) Bank Penasihat : Alliance Investment Bank Berhadg) Tarikh Tutup Permohonan : 5 Jun 2012


Andainya anda berminat untuk memohonnya sila hubungi FY.


Sekian.


FY


www.seminarsaham.com.my
www.faizalyusup.net



Monday, May 14, 2012

KEPUTUSAN SAHAM IPO MITI GAS MALAYSIA TELAH KELUAR!!!


KEPUTUSAN SAHAM IPO MITI GAS MALAYSIA TELAH KELUAR!!!

Salam sejahtera.

Akhirnya setelah sekian lama menanti, saham peruntukan Khas Gas Malaysia di MITI telah keluar dengan peruntukan maksima sebanyak 16500 unit saham kepada pemohon yang layak.

Tahniah FY ucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang tidak cuba lagi. InsyaAllah ada rezeki yang lain nanti.

Kepada yang memohon boleh membuat semakan di laman web MITI di link ini www.miti.gov.my.

Kemudian anda perlu untuk melaksanakan perkara-perkara berikut ;
  1. Menghubungi Maybank Investment untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat Gas Malaysia dan tarikh pembayaran saham.
  2. Menandatangani Surat Aku Terima yang disertakan.
  3. Mengembalikan Surat Aku Terima kepada Maybank Investment Bank Berhad dan satu salinan lagi ke MITI dengan kadar segera,
  4. Membuat pembayaran saham yang diperuntukkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank Penasihat iaitu pada 21 Mei 2012.

Sebarang penjualan saham hendaklah dimaklumkan kepada pihak MITI bagi tujuan rekod.

Nota lain ;

  • Sila nyatakan samaada anda bersetuju untuk menerima berapa unit saham tersebut dalam laman web MITI tersebut secepat mungkin.
  • Mencetak semua dokumen-dokumen yang perlu.

PEMBAYARAN

Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk ;

Bank Draft atas nama

“Maybank Investment Bank Berhad” dan menulis dibelakang bank draft tersebut “Nama Penuh Pelabur” beserta dengan nombor Kad Pengenalan,

Dan dihantar kepada pihak Maybank IB selewat-lewatnya pada jam 5:00 petang 21 Mei 2012.

Maybank Investment Bank Berhad,
Finance Department,
Level 5, Tower C, Dataran Maybank,
No 1, Jalan Maarof,
59000 Kuala Lumpur.

LETTER OF REPRESENTATION

Letter of Representation yang telah dicetak mestilah ditandatangani dan mendapat pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan difaxkan kepada pihak Maybank IB sebelum jam 5:00 petang 16 Mei 2012, diikuti dengan penghantaran salinan original sebelum jam 5:00 petang 18 Mei 2012.

Faxkan buat perhatian Rohana Sulong / Sherene Tan
Di 03-2710 2572.

DELIVERY INSTRUCTION FORM

Delivery Instruction Form yang telah dicetak dan diisi hendaklah dilampirkan dengan CDS Account Maintenance Form (boleh didapati dari FY andainya anda punya akaun CDS dengan FY) dan difaxkan kepada pihak Maybank IB sebelum jam 5:00 petang 16 Mei 2012, diikuti dengan penghantaran salinan original sebelum jam 5:00 petang 18 Mei 2012.

Faxkan buat perhatian Rohana Sulong / Sherene Tan
Di 03-2710 2572.

KEPADA PELABUR YANG MEMOHON MELALUI FY VIA PRIBUMI

Sila Hubungi FY untuk keterangan lanjut di 012-654 0130.

Kepada yang berjaya jangan lupa masukkan duit yuran 1 sen sesaham atau RM165.00 bagi yang mendapat 16500 unit saham ke dalam akaun berikut ;

Maybank Azila Ismail – 1141 7939 5635
CIMB Faizal Yusup – 1440 0032970 52 0

Untuk dimasukkan ke dalam akaun PRIBUMI atau terus ke dalam akaun PRIBUMI;

RHB PRIBUMI – 2641 2400 0088 15

SMS atau emailkan kepada greng70@yahoo.com setelah pembayaran dibuat bagi memudahkan pihak kami mengauditnya.  

Sekian dulu.

FY.

Wednesday, May 9, 2012

Gas Malaysia akan disenaraikan


Salam ceria buat semua yang sudi menjengah blog FY, Harap janganlah asyik menanti input pelaburan semata-mata sebab dalam blog ini ada banyak juga input bermanfaat yang lainnya. Harap sesekali dapatlah kiranya membaca satu dua artikel motivasi yang mungkin boleh membawa kebaikan pada anda juga pada FY. Apapun FY ucapkan terima kasih atas kesudian anda bertamu di sini.

FY dengar Gas Malaysia akan disenaraikan Pertengahan Jun ini dan Prospektusnya akan keluar tak lama lagi. Saham tersebut dijual pada Harga Tawaran RM2.20, Permohonan di MITI telahpun ditutup dan Bookbuilding untuk pelabur institusi juga telah dipenuhi peruntukannya. Maknanya kita dah tak ada peluang di sini.

Sepertimana Felda Global Ventures Holdings peluang yang tinggal untuk pelabur hanyalah dalam peruntukan IPO Awam. Bila prospektus keluar nanti maka kita bolehlah membuat permohonannya. Caranya pernah FY terangkan dalam blog ini.

Apapun anda perlu ada akaun CDS untuk semua ini.

Sekiranya anda mendapat peruntukan saham baik melalui Blue Form, Pink Form, ESOS, IPO atau anda ingin memohon peruntukan saham bumiputera di MITI maka anda WAJIB ada akaun CDS. Kalau tidak saham tersebut tidak berharga kerana ia tak boleh dijual.

Akaun CDS atau nama panjangnya Central Depository System adalah tempat dimana saham-saham tersebut bakal disimpan. Untuk pengetahuan semua, CDS ini sebenarnya telah bertukar nama kepada Bursa Malaysia Depository.

Untuk menjalankan urusniaga saham tersebut di Bursa Malaysia pula anda perlu membuka akaun Trading saham yang dikendalikan oleh seorang wakil peniaga yang dikenali sebagai Dealer’s Representative atau Remisier yang berlesen.

FY adalah salah seorang remisier yang berlesen dengan Suruhanjaya sekuriti. (SC)

Sekiranya anda ingin membuka akaun saham CDS ini, maka berikut adalah langkahnya ;

1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Haji Faizal Yusup
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas.

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.

Sekiranya anda perlukan khidmat saya sebagai perunding portfolio pelaburan anda, hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 016 6667430. InsyaAllah saya sedia membantu.

Sekali lagi. Terima kasih kerana sudi bertamu.

Sekian. 

FY Al Haj

Sunday, May 6, 2012

Seminar Pelaburan Saham IPO MITI





SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR, SEMINAR SEHARI KELOLAAN ADVANCE FORWARD TRAINING AND CONSULTANTS.



Tarikh : Sabtu 16 Jun 2012

Masa : 9:00 pagi - 5:00 petang

Tempat : Hotel De Palma Shah Alam

Penceramah : Faizal Yusup




BAKAL MEMBONGKAR RAHSIA PELABURAN DALAM IPO DAN IPO MITI, PELABURAN READY MARKET, TIP-TIP MELABUR SAHAM DI BSKL, MEMPERKENALKAN SISTEM MUDAH DAN TERKINI PEMILIHAN SAHAM YANG MENGUNTUNGKAN DAN BANYAK LAGI. 

Seminar yang bakal mengegarkan!



ATURCARA SEMINAR

PENGENALAN
Pengenalan kepada Instrumen Pelaburan
Pengenalan kepada Bursa Malaysia
Larry William – Pasaran saham merupakan landasan terbaik memulakan pelaburan.
Niat Dan Objektif Pelaburan

MEMULAKAN PORTFOLIO PELABURAN
Memilih Broker
Memilih Remisier
Membuka Akaun CDS
Membuka Akaun Trading
Membuka Akaun Online

PENYENARAIAN SYARIKAT
Objektif Penyenaraian
MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN MELALUI IPO
Kedah Permohonan Saham IPO
Teknik berkesan melabur dalam IPO

MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN MELALUI IPO MITI
Kaedah permohonan Saham di MITI
Sebab kenapa permohonan Saham di MITI ditolak

Menentukan Harga Sasaran Bagi Sesuatu IPO

MELABUR DALAM PASARAN SEDIA DI BURSA MALAYSIA
Analisa Fundamental
Analisa Financial
Analisa Technical
MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DALAM PASARAN SAHAM
Sebagai Trader
Sebagai Investor
15 Tip Berkesan Pelaburan Saham
Analisis Kes

PENGENALAN KEPADA SISTEM MK EXPERIENCE
MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN SISTEM MK EXPERIENCE
Pengenalan kepada MK
Sistem MK
Analisis Kes

PENGENALAN KEPADA KELAB PELABURAN SAHAM
MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN KAEDAH NETWORKING
Analisis Kes

MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN KAEDAH CSI
Hipotesis Eugene Fama
Analisis Kes

HALATUJU BURSA MALAYSIA DI MASA DEPAN

PENUTUP


YURAN PENYERTAAN :


RM390.00 seorang
RM1000.00 untuk grup 3 orang
EARLY BIRDS  - RM350.00 - Tinggal 5 penyertaan sahaja lagi.
Tempat adalah terhad!



PERCUMA KHAS BUAT PESERTA SEMINAR SUPER INVESTOR ;

- Program Kit
- Pembukaan Akaun CDS
- Pembukaan Akaun Trading 
- Pembukaan Akaun Online
- Akses kepada Kelab Pelaburan FY seumur hidup.
- Akses kepada Sistem MK Experience bernilai RM200 selama sebulan.
- Khidmat Nasihat Pasaran Saham.



KAEDAH PEMBAYARAN

Pembayaran hendaklah dibuat kepada :

Akaun Maybank :

Advance Forward Training and Consultants
5051 0340 5396

Sila emelkan bukti pengesahan pembayaran kepada greng70@yahoo.com atau sms kepada ;

Faizal Yusup            - 012 654 0130
Azila Ismail                - 012 251 1755
Zuhri Zain                 - 012 629 0407 


Tuesday, May 1, 2012

CARA MEMOHON IPO MITI FELDA GLOBAL VENTURES BERHAD

PERKHIDMATAN PERMOHONAN IPO MITI FELDA GLOBAL VENTURES BERHAD

Nampaknya ramai yang menghadapi masalah untuk memohon IPO MITI ini disebabkan mereka tak tahu bagaimana ditambah pula dengan ketiadaan CDS akaun. Tempoh permohonan semakin suntuk memandangkan tarikh tutupnya pada hari Jumaat 4 May ini.

Oleh itu disini FY menyediakan perkhidmatan untuk permohonan IPO MITI ini.

Perkhidmatan ini merangkumi ;

  1. Permohonan online secara terus di MITI serta mendapatkan salinan borang untuk di hantar ke MITI.
  2. Perkhidmatan membuka akaun CDS
(Anda perlu membawa IC dan buku atau penyata bank)

Untuk permohonan ke MITI, apa yang perlu anda lakukan ialah menyiapkan ;
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan penyata bank selama 3 bulan yang disahkan oleh pegawai bank atau, dan
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku ASB, ASW yang disahkan pegawai ASB, ASW dll atau serta
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku Tabung Haji atau lain-lain penyata kewangan yang disahkan.

Andainya semua duit anda berada dalam ASB maka salinan ASB yang disahkan itu sudah memadai.

Setelah semua lampiran itu siap, FY akan menghantarnya ke MITI nanti sebelum tarikh tutupnya.

Semua ini akan mengambil masa lebih kurang satu jam.

Kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan dalam IPO MITI ini maka jemputlah datang ke pejabat FY di ;

Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

Kalau ada apa-apa yang kurang jelas hubungi FY ok.

Sekian harap maklum.

FY

016 6667430
greng70@yahoo.com