Monday, September 12, 2011

Maklumat Gas Malaysia

Gas Malaysia bakal bayar dividen besar
Oleh Ahmad Farizal Hajat

2011/09/12

MMC Corp jamin pelabur nikmati 75 peratus keuntungan tahun kedua penyenaraian

PEMEGANG saham Gas Malaysia Bhd bakal menikmati pulangan lumayan kerana pengedar dan peruncit gas asli terbesar Malaysia itu bakal mengagihkan 100 peratus keuntungan bersihnya sebagai dividen pada tahun pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang dijadualkan Disember ini. 

Syarikat induknya, MMC Corp Bhd, turut memberi jaminan bahawa pada tahun kedua pula, dividen yang bakal diagihkan GAS Malaysia kepada pemegang sahamnya ialah 75 peratus daripada keuntungan bersihnya.
Pengarah Urusan MMC Corp, Datuk Hasni Harun, berkata penetapan kadar dividen dalam tempoh dua tahun itu bertujuan memberi ganjaran terhadap kesetiaan pemegang saham syarikat itu.
Penetapan kadar dividen untuk tempoh dua tahun pertama itu adalah bagi memberikan ganjaran pemegang saham yang setia selama bertahun-tahun dengan Gas Malaysia. 

Insya-Allah, ia akan diteruskan selepas tahun berikutnya (bergantung kepada prestasi syarikat), katanya kepada Berita Harian dan Business Times dalam temu bual bersempena dengan 100 tahun penubuhan MMC Corp di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

MMC Corp Bhd, syarikat yang dikuasai usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada 16 Ogos lalu, mengumumkan penyenaraian Gas Malaysia itu bakal membabitkan tawaran awal permulaan (IPO) 333.84 juta saham atau 26 peratus daripada modal saham berbayar dan terbitannya. 

Daripada 333.84 juta saham itu, 303.498 juta akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi, dengan 147.678 juta untuk institusi terpilih Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); dan 155.820 juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan. 
Sebanyak 30.342 juta saham pula akan ditawarkan kepada pelabur runcit, dengan 12.84 juta adalah untuk langganan awam Bumiputera, manakala 12.84 juta lagi untuk bukan Bumiputera. 

Baki 4.662 juta lagi dikhususkan untuk langganan kakitangan dan pengarah syarikat itu yang layak. 

Berikutan Gas Malaysia tidak akan menerbitkan saham baru bagi IPO itu, MMC dan rakan kongsinya dalam syarikat itu akan menawarkan saham dalam beberapa bahagian bersandarkan kepada jumlah kepentingan masing-masing. 

Ketika ini, MMC menguasai 41.8 peratus kepentingan dalam Gas Malaysia dengan bakinya dipegang Petronas Gas Bhd (20 peratus), Tokyo Gas-Mitsui & Co (25 peratus) dan selebihnya oleh Shapadu Holdings. 

Mengenai kemajuan penyenaraian Gas Malaysia, Hasni berkata, kumpulan itu sudah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi cadangan IPO itu, dan ia sedang menunggu kelulusan. 

Gas Malaysia kini berada dalam landasan untuk disenaraikan dan jika tiada masalah, ia akan dilakukan Disember ini. 

Penyenaraiannya adalah sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan lagi nilai, selain membantu mengurangkan paras hutang kumpulan. 

Bersandarkan kepada kedudukan kewangan yang kukuh serta dengan kadar hutang sifar, selain prospek peningkatan penggunaan komoditi itu di kalangan pelbagai peringkat pengguna, khususnya pelanggan industri, MMC yakin IPO Gas Malaysia kelak akan mendapat sambutan baik, katanya. 

Difahamkan, Gas Malaysia, kini mempunyai 400 pelanggan industri baru dalam senarai menunggu untuk mengguna produknya. 

Penganalisis ketika dihubungi yakin, apabila disenaraikan kelak, saham Gas Malaysia mudah menarik minat pelabur institusi tempatan dan asing bersandarkan prospek kestabilan perniagaan syarikat itu, selain turut memiliki aliran tunai positif dan margin kukuh sentiasa terpelihara. 

"Boleh disifatkan permintaan terhadap gas tidak terjejas walaupun dalam persekitaran ekonomi tidak menentu atau kemelesetan," katanya. 

DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE

Friday, September 9, 2011

Kaedah memohon Saham Khas Bumiputera IPO MITI

Salam Sejahtera.

Disebabkan ramai yang bertanya pelbagai soalan jadi FY mengambil keputusan untuk menulis maklumat-maklumat penting berdasarkan soalan-soalan lazim yang ditanya kepada FY itu.

1.      Apakah Langkah-Langkah Permohonan Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI.

·         Minta dokumen dari FY melalui Emel
·         Dokumen itu terdiri dari borang permohonan baik untuk Individu, Koperasi mahupun Syarikat, Surat Iringan dan Surat kepada PRIBUMI.
·         Print dan siapkan segala keperluannya.
·         Kalau dah siap nanti hantarkan kembali pada FY di alamat di bawah ini.
·         FY pastikan semuanya lengkap dan kemudian hantarkan ke MITI.
·         Surat Tawaran MITI akan keluar dalam 2 hingga 3 minggu.
·         Di dalamnya terdiri daripada – Surat Tawaran, Surat Akuterima, Borang Alottee dan Maklumat Pembayaran.
·         Buat pembayaran 1 sen setiap unit yang ditawarkan kepada PRIBUMI. ( Tertakluk kepada minima RM100.00). Tiada caj lain dikenakan.
·         Lengkapkan borang-borang tersebut, masukkan no CDS ( Kalau belum ada CDS boleh buka dengan FY), buat bank draf atau TT pembayaran kepada Bank penasihat tersebut. FY boleh membantu dalam hal ini.
·         Sehari sebelum syarikat itu disenaraikan saham akan dimasukkan ke dalam CDS.
·         Saham disenaraikan dan boleh dijual.

FY akan bantu semua langkah ini hingga saham itu dijual kelak.
Kalau borang itu sudah siap nanti hantarkan kembali pada FY di alamat di bawah kalau mahu membelinya melalui FY / Pribumi pada atau sebelum 26 September 2011.

Minima permohonan ialah 1000 unit dan berdasarkan gandaan 1000 units tersebut. Dalam hal Gas Malaysia 1000 unit ialah RM2,200.00.

Pembayaran saham dibuat samaada melalui Bank Draf atau TT kepada Bank Penasihat dan bukannya kepada pihak MITI.

2.      Bagaimanakah saham itu ditawarkan oleh pihak MITI
·         Permohonan akan ditimbang dan diluluskan oleh panel committee di MITI. ( Bukan melalui undian.)
·         Tawaran pihak MITI ini akan bergantung kepada kedudukan kewangan pemohon. Oleh itu tunjukkanlah bukti kewangan yang kukuh baik dalam akaun Bank, ASB, tabung Haji dan sebagainya. Oleh itu pohonlah jumlah saham di dalam lingkungan kemampuan kewangan anda.
·         Banyak mana tawaran juga bergantung kepada pihak MITI sebagai contoh
Maksima 17300 unit saham  ditawarkan kepada Inidividu bagi saham MSM, 90,000 unit saham untuk Bumi Armada. Ia akan bergantung kepada peruntukan yang ada dan diberikan sama rata tak kiralah walaupun individu itu memohon 5 juta saham sekalipun.
Oleh itu pastikan dokumen lengkap dan disahkan benar, Borang profil diisi dengan betul, bukti kewangan mencukupi dan disahkan agar tiada sebab permohonan anda ditolak.

3.      Kalau nak apply loan bagaimana?
·         Walaupun ia tidak digalakkan oleh pihak MITI kerana ia akan mengagalkan objektif meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam Pasaran saham namun ia boleh dilakukan. Kita kena appy loan selepas tawaran MITI diberikan dan bukannya sebelum.
·         Kenanga mahupun broker lain memberikan Loan antara 70 hingga 85% berdasarkan analisa terhadap saham tersebut. Interest yang dikenakan sekitar 9% setahun.
·         Ini juga FY boleh bantu.

4.      Saya dah ada akaun CDS, bolehkah saya buka akaun CDS lagi dengan FY?
·         Kita sebenarnya boleh buka seberapa banyak akaun CDS asalkan dengan broker yang berbeza.

5.      Apa kelebihan buka akaun dengan FY.
·         FY boleh kemaskini info terkini mengenai saham MITI dan sebagainya.
·         FY boleh bagi tip saham yang baik untuk tujuan pelaburan di pasaran terbuka.
·         FY boleh bagi tutoring untuk anda menjadi pelabur yang bijak.
·         FY mudah dihubungi di alam maya baik melalui Facebook, Blog, Twitter, Carigold Forum dan sebagainya andai ada sebarang soalan mengenai pelaburan.
·         FY juga ada menjalankan seminar saham yang boleh diikuti.
·         Dan lain-lain lagi.
Terus terang melabur saham tanpa ilmu akan hanya merugikan anda. Percayalah.

6.      Cara untuk membuka akaun CDS,
·         Kita perlukan salinan kad pengenalan (Muka depan dan belakang.)
·         Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan Bursa Malaysia.
·         Buka akaun trading dengan syarikat broker / remisier yang terlibat.
·         Salinan muka depan buku akaun bank.

Berikan nama penuh, alamat dan no HP, FY akan hantarkan dokumennya melalui courier atau datang sendiri ke pejabat FY seperti alamat di bawah.

7.      Pasaran global tak baik sekarang, adakah saham IPO MITI ini akan menguntungkan?
·         Ia akan bergantung kepada saham IPO tersebut. Saham yang baik seperti Gas Malaysia FY yakin akan menguntungkan. Ini kerana permintaannya yang lebih banyak daripada apa yang ditawarkan malah OSK Research House mensasarkan RM3.58 untuk saham tersebut.

FY harap maklumat ini membantu.

Sekian dulu,

Wassalam.

Haji Faizal Yusup
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Twitter : afaizalyusup
BB Pin : 21326438

Berpengalaman dalam bidang saham sejak tahun 1996
Diploma In Investment Analysis UITM Shah Alam
BBS Finance (Investment) UNL, USA

Hubungi FY untuk keterangan lanjut mengenai pelaburan di Bursa Malaysia.

Tuesday, September 6, 2011

IPO MITI – GAS MALAYSIA BERHAD


TAWARAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA TERKINI DI MITI – GAS MALAYSIA BERHAD

Jumlah peruntukan saham - 147,678,000 unit
Harga par - RM0.50 seunit
Harga indikatif : Rujuk pada FY  
Aktiviti utama syarikat : Gas Malaysia dipertubuhkan untuk menjual, memasarkan dan
mengedarkan gas asli serta membina dan mengendalikan Sistem Pengagihan Gas Nasional di
Semenanjung Malaysia. Gas Malaysia juga telah mengembangkan
perniagaannya kepada gas petroleum cecair melalui sistem retikulasi
kepada sektor  industri, perdagangan dan kediaman di Semenanjung Malaysia.
Akan Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia
Bank penasihat  :  Maybank Investment Bank Berhad

TARIKH  TUTUP PERMOHONAN - 27 September 2011 (Selasa)

Pelabur yang berminat untuk memohon hubungi FY, FY akan hantarkan segala dokumen yang diperlukan. InsyaAllah.

Tuesday, August 16, 2011

Saham Peruntukan Khas Bumiputera MITI - Gas Malaysia



Semalam keluar berita mengenai penyenaraian saham IPO Gas Malaysia pada suku keempat tahun ini. Ia akan menawarkan 333.84 juta saham terbitan awam untuk dilanggan dan diuruskan oleh Maybank Investment Bank Berhad.

Mereka-mereka yang berminat untuk melanggan di MITI nanti, buatlah persiapan awal. Syarikat ini memang bagus untuk dilanggan kerana ia memonopoli segmen gas di Malaysia.

Tak tahu bagaimana hubungi FY. FY sedia membantu. Emelkan  kepada FY di greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY akan hantarkan dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan itu kelak.

Sekian.

Saturday, August 6, 2011

Memahami apa itu Stok IPO atau Stok Terbitan Awam



Ramai yang langsung tak tahu pasal saham bertanya kepada FY berkenaan dengan IPO atau Saham Terbitan Awam. Mungkin dengan membaca tulisan-tulisan skema berkenaan dengannya memeningkan kepala jadi FY mengambil keputusan untuk menulisnya secara santai untuk memudahkan kefahaman.

Jadi, apa itu IPO?

IPO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud Initial Public Offer atau dalam Bahasa Malaysia ia dinamakan Saham Terbitan Awam.

Secara ringkasnya katalah FY dangan Azmi membuka satu syarikat Pembinaan bernama ABC Sdn Bhd. FY meletakkan modal RM10 Juta dan Azmi juga meletakkan RM10 Juta. Jadi pegangan saham kami ialah FY 50%: Azmi 50%.

Syarikat ABC Sdn Bhd ini membesar dan sekarang saham kami telah menjadi RM35 juta seorang. Kami mahu mengembangkan perniagaan tapi tak mahu meminjam bank. Kami memerlukan RM30 juta. Jadi kami boleh memilih untuk meminjam dari orang ramai dengan menerbitkan saham baru sebanyak RM30 juta untuk dibeli oleh orang awam.

Dalam hal ini nisbah pegangan saham itu telahpun berubah,
FY 35% : Azmi 35% : Awam 30%

Dalam hal ini FY dan Azmi sebagai pengarah syarikat masih mempunyai hakmilik syarikat ABC ini kerana pegangan saham yang melebihi 50 %.

Bila disenaraikan kelak syarikat kami tidaklah lagi berstatus Sdn Bhd tetapi berstatus BERHAD dan saham itu akan diapungkan untuk didagangkan di pasaran saham. Ini bermakna sekarang kita boleh membeli dan menjual saham syarikat ABC Berhad.

Kalau kami meminjam dari Bank jumlah RM30 juta itu maka kami perlu membayar kembali pinjaman tersebut ditambah dengan kadar faedah yang dikenakan tetapi bila kami menjual saham terbitan awam kami maka kami perlu memberinya dalam bentuk dividen bila syarikat kami menjana keuntungan.

Dalam ertikata lain kami meminjam modal dari orang ramai dan mereka menjadi sebahagian dari syarikat dengan saham yang mereka pegang dan pihak kami pula perlu memberikan dividen bila keuntungan dijana atas pelaburan yang mereka buat dalam syarkat kami itu. Seperkara lagi kami tak perlu membayar jumlah modal yang orang ramai laburkan itu kerana ia telah diapungkan dan kalau pelabur mahukan modal mereka kembali mereka boleh menjual saham syarikat ABC ini kepada pelabur yang lain. Secara dasarnya begitulah saham terbitan ini berfungsi.

Sekian dulu buat kali ini.

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Nak tahu lebih lanjut hubungi FY.

Terima kasih…

greng70@yahoo.com
012 654 0130

PS     – Bukalah akaun saham dengan FY, banyak yang FY boleh kongsikan nanti.

 - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah. 

Friday, August 5, 2011

CARA MEMBUKA AKAUN CDS



Cara Membuka Akaun CDS

Bagi warganegara Malaysia ;

1.   Kita perlukan salinan kad pengenalan
2.   Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuan untuk menyimpan saham tersebut.)
3.   Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.
4.   Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.
Tambahan ;

5.   Anda juga boleh juga membuka akaun untuk menjalankan transaksi melalui internet mahupun bagi pasaran global.

Sekiranya anda perlukan khidmat saya sebagai perunding portfolio pelburan anda, hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130. InsyaAllah saya akan membantu.


SOAL JAWAB PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA


 

1.   Apakah peranan remisier dalam pelaburan? Adakah pelabur akan mendapatkan khidmat nasihat sahaja atau pelabur boleh menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada remisier?

-      Peranan remisier sebenarnya hanyalah memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham. Namun demikian, bagi seorang remisier yang proaktif dia selalunya dapat memberikan khidmat nasihatnya mengenai satu-satu saham yang ingin dibeli. Sebenarnya hanya mereka yang mempunyai kelayakan CFA atau Chartered Financial Analyst yang boleh memberikan saranan saham namun demikian secara tak formal ada juga remisier yang boleh membantu menjaga portfolio saham pelabur. Ia terpulang kepada pelabur tersebut.

Kadangkala ada pelabur yang tak mahu menggunakan khidmat remisier dan lebih suka menjalankan urusniaga melalui online, tapi salah satu masalahnya ialah kesilapan memasukkan transaksi dan risiko kerugian adalah lebih tinggi kerana selalunya pelabur baru tidak berpengalaman dan menjalankan pelaburan tanpa ilmu.

2.   Seandainya saya ingin melabur menggunakan khidmat remisier, apakah caj-caj atau bayaran yang dikenakan?

-      Hanya brokerage yang dikenakan dan  ia standard dalam industri tak kira anda membuka akaun saham di broker yang mana sekalipun. ( Ia tak sampai 1% daripada nilai transaksi. )

3.   Adakah sebarang modal minimum ditetapkan untuk pelaburan saham?

-      Tiada. Kita boleh membeli saham walaupun dengan modal sebanyak RM100.00 sahaja. Tapi saham kecil sebegini lebih tinggi risikonya. Ini kerana sekarang 1 lot dikira berdasarkan 100 unit saham.

4.   Apakah risiko melabur dalam tempoh krisis ekonomi sekarang? Daripada pembacaan di akhbar-akhbar dan pemahaman saya yang cetek, pada masa ini krisis ekonomi yang melanda U.S dan Eropah boleh mempengaruhi pelaburan dan mendatangkan risiko yang sangat tinggi.

-      Itu betul. Bursa Malaysia sudahpun berada pada tahap yang tinggi dan agak jittery kebelakangan ini disebabkan oleh perkembangan di USA dan Eropah namun demikian masih ada saham yang undervalue dan boleh dipertimbangkan.

5.   Bagaimanakah pembahagian keuntungan di antara pelabur dan remisier?

-      Tiada. Remisier hanya mengenakan komisyen tatkala transaksi pembelian mahupun penjualan dibuat.

6.   Adakah sebarang tempoh minimum atau maksimum bagi saya melaburkan duit? Contohnya, duit pelaburan saya hanya boleh dipulangkan semula selepas setahun melabur.

-      Tiada. Kita boleh membeli saham dan menjualnya pada bila-bila masa yang kita mahu. Tapi konsep melabur ialah untuk memegang saham itu untuk satu jangkamasa yang tertentu bergantung kepada objektif pelaburan pelabur tersebut.


Sekian buat kali ini.