Friday, January 9, 2015

IMANTAP – Kaedah Pemilihan Saham Yang Berkesan Dan Menguntungkan.

Assalamualaikum...


Dalam pelaburan saham ada dua faktor penting yang perlu dititik beratkan bagi menjana keuntungan dalam pasaran saham tak kiralah anda melabur di mana sekalipun. Dua perkara ini ialah Timing dan Stock Selection. Timing ialah masa anda membeli serta masa anda menjualnya. Stock Selection pula ialah Stok Pilihan.

Sekiranya kita betul dalam salah satu daripada faktor ini maka lambat laun kita akan dapat menjana keuntungan darinya.

Maksudnya andai Timing anda betul tetapi Stock Selection anda salah maka anda masih boleh menjana keuntungan dari transaksi yang anda lakukan itu. Dalam hal ini kepakaran, pengalaman juga ilmu pengetahuan anda dalam analisa teknikal iaitu analisa carta pergerakan harga saham amat penting.

Andai Stock Selection kita betul tetapi Timing kita salah, kita juga bakal menjana keuntungan cuma mungkin ia akan mengambil lebih masa menanti harga saham tersebut naik.

Timing betul
Stock selection salah
Untung
Timing salah
Stock selection betul
Untung
Timing salah
Stock selection salah
Rugi
Timing betul
Stock selection betul
Untung

Dalam hal ini FY telah punya pengalaman lebih 18 tahun dalam Bursa Malaysia jadi sedikit sebanyak FY telah mendapat sedikit sebanyak gambaran, teknik dan strategi yang berkesan bagi menjana keuntungan dalam pasaran saham ini. Jadi di sini dalam buku ini izinkan FY perkenalkan satu sistem pemilihan saham atau Stock Selection yang FY namakan IMANTAP.

IMANTAP ialah satu kaedah yang mana sekiranya anda gunakan maka anda akan dapat memilih saham yang bagus dan baik untuk dibuat pelaburan.

Indeks
Maklumat Saham
Akaun Syarikat
Nilai Sasaran
Terbitan Saham
Apungan Saham
Perbandingan

IMANTAP ini bertujuan untuk mendapatkan stock selection yang baik, bagi mendapatkan timing pula ia memerlukan kepakaran dalam bidang Analisa Teknikal.

Untuk pengetahuan anda semua informasi mengenai Stock Selection kaedah IMANTAP juga bagaimana untuk mendapatkan timely stock signal dengan menggunakan kaedah Analisa Teknikal disampaikan dalam Personal Coaching yang yang FY jalankan.

Untuk mempelajarinya dan untuk menempah tempat anda hubungi Dealer FY, En Abdullah Ramzi di talian 017 373 0513. Yuran Personal Coaching selama sehari ialah RM900 seorang.

FY juga akan menjalankan Seminar Super Investor pada hari Sabtu 31 Januari 2015 di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Banyak ilmu saham yang bakal disampaikan dalam seminar itu nanti. Berminat layari www.seminarsaham.com.my.

Sekian dulu.

FY
0166667430

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.