Assalamualaikum
serta salam sejahtera.
Hari
ini merupakan hari yang baik buat para pelabur IPO memandangkan saham IPO
Titijaya Land yang disenaraikan membawa keuntungan yang baik buat pelaburnya.
Saham
Titijaya Land Berhad merupakan syarikat Property Development. Ditawarkan pada
harga RM1.50 ia dibuka pada harga RM1.80, naik ke peringkat tertinggi sehingga
ke paras RM1.92 sebelum ditutup pada harga RM1.67.
Nampaknya
kebelakangan ini harga saham-saham IPO terbang melepasi harga sasaran atau Fair
Value dan ia pada FY ia sesuatu yang agak pelik. Ini kerana selalunya saham IPO
yang naik begitu tinggi pasti ada sindiket saham dibelakangnya. Iaitu
mereka-mereka yang memanipulasi harga saham-saham tersebut untuk kepentingan
diri mereka sendiri.
Selepas
FY membuat kajian dan analisis FY rasa FY tahu apa yang terjadi. Kemungkinan
besar sebabnya ialah kehadiran pelabur-pelabur baru dalam pasaran. Pelabur
runcit yang baru dalam pasaran memang dialu-alukan namun demikian kalau melabur
tanpa ilmu maka kerugianlah yang bakal diperolehi.
Biar
FY bagi contoh kenapa dan mengapa.
Mereka
yang membeli IPO Berjaya Auto pada harga tertinggi penyenaraiannya iaitu pada
harga RM2.20 pasti mengalami kerugian kerana ia sekadar ditutup pada harga
RM1.55 iaitu pada harga sasarannya atau harga Fair Valuenya. Harga tawarannya pula
cuma RM0.70.
Mereka
yang membeli IPO Titijaya pada harga RM1.92 siang tadi juga akan mengalami
kerugian kerana ia ditutup pada harga RM1.67 juga sekitar harga sasarannya
iaitu antara RM1.65 hingga RM1.75. Harga tawarannya pula cuma RM1.50.
Analoginya
begini. Sebuah kereta Mercedes terpakai mempunyai harga purata pasaran
RM155,000.00 sedangkan ada yang sanggup membelinya pada harga RM220,000.00.
Bukankah itu satu keputusan yang kurang bijak? Lainlah kalau kita dapat
membelinya pada harga pada harga RM140,000.00 atau lebih rendah dari itu.
Harga
sasaran adalah harga yang telah disasarkan oleh penganalisis saham profesional dan
jarang sekali mereka akan membeli ada harga yang lebih tinggi dari itu. Harga
sasaran setiap saham IPO ini juga selalunya dipaparkan dalam suratkhabar Cina
pada hari penyenaraiannya jadi jarang sekali pelabur Cina yang terjebak untuk
membeli saham-saham IPO ini pada harga yang lebih tinggi dari itu. Ini telah
dibuktikan dalam banyak penyenaraian saham-saham IPO sebelum ini.
Selain
dari itu pelabur yang bijak dan tahu nilai sesuatu saham itu juga tak akan
membeli pada harga over value atau
terlebih nilai. Ia umpama membayar harga kereta Mercedes tetapi sekadar
mendapat kereta Kancil.
Seterusnya
pelabur Institusi juga takkan membeli pada harga terlebih nilai kerana mereka
lagilah tahu akan harga sasaran setiap IPO sebelum ia disenaraikan.
Jadi
yang tinggal hanyalah sindiket saham dan pelabur baru yang tidak tahu, tidak membaca
suratkhabar Cina atau membaca blog FY ini.
Bagi
sindiket saham, selalunya saham yang dimanipulasikan itu kecil sahaja Modal
Pasarannya dan ia selalunya dijalankan oleh broker-broker yang tertentu yang
diketahui merupakan tempat beroperasinya sindiket-sindiket saham ini. Jadi
kalau bukan mereka siapa lagi?
FY
cukup yakin ia merupakan kerja pelabur runcit yang kurang ilmu pasaran saham.
Jadi ituah sebabnya kenapa dalam artikel FY semalam FY sudah menjangkakan yang
keadaan ini akan berlaku. Harga saham IPO naik melepasi harga sasarannya dan
kemudiannya ditutup dalam rangkuman harga sasaran.
Apapun
pelabur-pelabur pelanggan FY bergembira hari ini kerana dapat menjual
saham-saham IPO Titijaya tersebut pada harga yang tinggi. Lebih tinggi dari
nilai sebenarnya dan kalau ia jatuh pada harga yang baik di bawah harga
sasarannya mungkin kami akan membelinya kembali.
Apapun
jemputlah datang ke Seminar Super Investor FY dimana FY terangkan semua ini
dengan lebih menyeluruh dan terperinci. Ini kerana kebelakangan ini FY Nampak banyak
seminar yang tumbuh bagai cendawan serta mengenakan yuran penyertaan yang
begitu tinggi namun adakah ia berbaloi dengan pengisian yang disampaikan? Adakah
pesertanya mendapat keuntungan dari pelaburan yang mereka buat selepas seminar
tersebut?
Fikir-fikirkanlah.
Duit susah cari dan janganlah ia dibuang dengan sia-sia begitu sahaja.
Sekian
dulu. Semoga ia membawa manfaat buat anda.
FY
PS – Seminar Super Investor bersama FY yang
seterusnya ialah pada bulan Januari 2014. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.