Saturday, March 31, 2012

PROGRAM PENDIDIKAN PELABURAN PENEROKA FELDA


PROGRAM PENDIDIKAN PELABURAN PENEROKA GENERASI FELDA – PRIBUMI / GWGF

Pada 29 Mac yang baru lalu FY bagi pihak Persatuan Remsier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah pergi ke Rancangan Felda Kerteh 6 bagi menjalankan roadshow pendidikan pelaburan saham bersama-sama dengan 3 NGO yang lain iaitu Gabungan Wawasan Generasi Felda, (GWGF), Gempak dan Persatuan Pengamal Undang-Undang.

Tujuan kami pihak Persatuan Remisier Bumiputera tak lain dan tak bukan ialah untuk menyampaikan pendidikan Pelaburan Saham di Bursa Malaysia kepada Warga Peneroka Felda amnya. Sesi penerangan mengenai perihal penyenaraian, cara membuka akaun dan perihal pelaburan semuanya disentuh. Penerangan ini akan memudahkan para peneroka dan kakitangan Felda untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan andaikata Felda disenaraikan kerana sudah mendapat maklumat mengenainya.

Dalam sesi tersebut ada wartawan yang hadir dan salah satunya dari pihak Bernama. Buat pertama kalinya sejak menjadi Naib Presiden PRIBUMI ini FY diwawancara oleh wartawan.

Setiap soalan nampaknya menjurus kepada penyenaraian Felda dan sebagai persatuan yang berkecuali maka FY hanya menerangkan secara neutral akan kebaikan dan keburukan penyenaraian, the pros and cons of it. Namun demikian bila FY membaca laporan mereka lain pula jadinya.

Petikan laporan tersebut ada FY sertakan di bawah ini ;

FELDA GLOBAL’S LISTING PLAN A RIGHT MOVE

KERTEH: The Bumiputera Remisiers' Association of Malaysia (Pribumi) supports the government's plan to list Felda Global Ventures Holdings Bhd on Bursa Malaysia, saying it is a right move for the Felda subsidiary to compete in the open market.

Vice-President Ahmad Faizal Mohamed Yusup said the listing would provide a wider market for the company at the international stage.

"The listing is a wise decision by the Felda management to compete aggressively in the local and foreign market and to create a bigger market capitalisation," he told Bernama.

Pursuant to the ambitious plan, Pribumi and three non-governmental organisations would go on a nationwide roadshow to explain the listing benefits to Felda settlers, he added. –

Bernama

Setelah membacanya barulah FY faham serba sedikit kenapa adakalanya para artis dan pemimpin marah bila apa yang mereka nyatakan itu disalahertikan tatkala berita mengenainya terbit di media massa.

Nampaknya lain kali FY kenalah berhati-hati dalan apa yang disampaikan bagi mengelakkan sebarang salah erti.

Sekian dulu.

FY
www.faizalyusup.net

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.