Wednesday, March 21, 2012

Felda Global Ventures Berhad di MITI - Cara Memohon

Salam sejahtera buat semua, semoga selalu berada dalam lindungan Allah Taala.

Berikut ini FY terakan kaedah terkini membeli saham peruntukan khas Bumiputera di MITI. Untuk pengetahuan anda buat masa ini borang permohonan tersebut perlu dilakukan secara online di Website MITI dan buat masa ini ia masih belum keluar lagi. Andai ia telah keluar maka inilah yang perlu anda lakukan ;

1. Pergi ke website MITI, isi borang permohonan untuk membeli saham tersebut. (Pastikan anda telah mempunyai akaun CDS)
2. Print borang tersebut.
3. Lampirkan bersama salinan IC yang disahkan.
4. Lampirkan salinan penyata kewangan
5. Hantarkan terus ke MITI sebelum tarikh tutupnya.

atau

6. Hantarkan pada FY sekiranya ingin FY membantu memastikan semua dokumen lengkap dan menghantarnya ke MITI. (Kalau hantar pada FY kena caj 1 sen untuk Persatuan Remisier Bumiputera.)

Kalau ada apa-apa yang kurang jelas hubungi FY ok.

Sekian harap maklum.

FY

Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan 



www.faizalyusup.net

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.