Kisah Mustapha Kamal - MK Experience, Skill Trading Made Easy
Salam sejahtera, semoga kita semua berada dalam lindungan
Allah Taala hendaknya.
Semalam FY berada di Booth 65 Persatuan Remisier Bumiputera
sempena NAF-Awani Exhibition di PWTC dan berkesempatan bertemu dengan seorang remisier
yang FY kenali di alam maya. Namanya Mustapha Kamal Ahmad, Remisier di Kenanga
Investment Bank di Johor Bahru. Sama Broker dengan FY cuma FY di Petaling Jaya.
Apapun FY menyampaikan kisahnya serba sedikit.
Dia merupakan seorang X Banker di OCBC yang kemudiannya menjadi
Unit Manager yang berjaya di sebuah syarikat Insuran sebelum memasuki pasaran
saham pada tahun 2000.
Pada mulanya beliau menyangka kejayaan yang dikecapinya dalam
industri Pembankan dan Insuran akan dapat diulangi di Pasaran Saham namun sangkaannya
meleset. Ini kerana kegagalan dan kerugianlah yang dialaminya sejak mula
menjejaki Pasaran Saham. Saudara Mustapha Kamal seorang yang gigih dan punya
sifat yang sangat utuh untuk mengecap kejayaan. Beliau belajar semua kaedah
baik Fundamental, Financial dan Technical hingga sanggup belajar dan bertemu
dengan pakar-pakar Chartist demi untuk mecapi kejayaan yang didamkan. Apakan
daya Tuhan lebih berkuasa. 10 tahun berlalu. Semua yang dilakukan itu masih
juga bertemu dengan kegagalan hingga beliau kehilangan kemewahan dan kesenangan
yang pernah beliau kecapi satu ketika dahulu.
Andai dugaan ini diduga pada orang lain pastinya mereka sudah
lama mengalah dan putus asa. Umpama seorang pendaki gunung yang patah balik berputus
asa walaupun puncak gunung sebenarnya sudah hampir.
Seperti kisah Hang Empat yang FY tulis dalam Buku Berubah
sebelum Rebah beliau ini bukanlah seorang yang punya sikap putus asa. Bila
semua kaedah digunakan namun masih menemui jalan buntu beliau mengambil
keputusan untuk mencipta kaedah lain, kaedah yang baru.
Mulai tahun 2005 satu kaedah baru mula dicipta dan ia
dinamakan MK Experience – Skill Trading Made Easy. Seperti mana-mana penciptaan
ia melalui fasa trial and error. Selama 5 tahun seterusnya beliau menghabiskan
masa, tenaga dan wang ringgit bagi menguji akan keberkesanan progam tersebut.
Pengubahsuaian yang berterusan hinggalah....
Allah Taala telah berjanji setiap usaha yang dijalankan oleh
anak Adam walau apapun usahanya pasti akan diberikan ganjaran olehNya. Itulah
keadilan Allah, cuma cepat atau lambat menjadi persoalannya.
Akhirnya menjelang tahun 2011, hidayah dan kefahaman telah
menjadi miliknya dan program yang dibangunkan itu mula menunjukkan hasil.
Segala penat lelah usahanya itu telah berjaya. Namun dalam masa devotionnya
membangunkan program itu banyak juga yang terpaksa beliau lepaskan.
Program MK Experience ini setelah FY lihat, merupakan satu
program yang sangat baik bagi pelabur terutamanya kepada para short term traders.
Maka tanpa menunggu lama FY terus sahaja melanggannya dengan yuran langganan
sebanyak RM200 sebulan siap dengan promosi percuma selama sebulan.
Kepada Saudara Mustapha Kamal terus terang FY kagum dengan
usaha anda dan FY ucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan program tersebut
yang mana ia boleh dijadikan kaedah pelengkap kepada kaedah-kaedah yang sedia
ada.
Kepada anda yang membaca artikel ini dan berminat untuk
mengetahui lebih lanjut akan inovasi baru ini maka hubungilah beliau.
InsyaAllah program ini tak akan menghampakan anda andai anda dapat memahami dan
menguasainya dan pastinya dapat menjana keuntungan di Bursa Malaysia.
Hubungi beliau ;
Mustapha Kamal Ahmad
019 – 777 5527.
Sekian dulu.
FY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.