Sebuah bacaan yang menarik.
Dalam satu jam wawancara di CNBC dengan Warren Buffet, orang kedua terkaya di dunia yang telah menyumbangkan lebih $ 31 bilion bagi tujuan amal. Berikut adalah beberapa aspek menarik dari hidupnya.
1. Dia membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun dan dia sekarang menyesal kerana tidak memulakannya lebih awal! (Orang kita dah tua pun tak tahu pasal saham!)
2. Dia membeli sebuah ladang pertanian kecil pada usia 14 dengan tabungan dari penghantaran akhbar.
3. Dia masih tinggal di rumah 3 bilik tidur yang sama di pertengahan bandar Omaha, yang dia beli selepas di berkahwin 50 tahun yang lalu. Dia mengatakan bahawa dia telah ada segala keperluan dalam rumah tersebut. Rumahnya tidak memiliki dinding atau pagar. (Omaha adalah ibunegeri Nebraska yang letaknya tak jauh dari Lincoln tempat FY belajar dahulu.)
4. Dia memandu kereta sendiri ke mana-mana dan tidak mempunyai pemandu atau pengawal peribadi di sekelilingnya.
5. Dia tidak pernah keluar menggunakan jet peribadi, walaupun dia memiliki yang syarikat jet peribadi terbesar di dunia.
6. Syarikatnya, Berkshire Hathaway, memiliki 63 syarikat. Dia hanya menulis satu surat setiap tahun ke CEO syarikat-syarikat, memberikan mereka tujuan untuk tahun ini. Dia tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menelefon mereka secara berkala. Dia memberikan mereka hanya dua peraturan. Peraturan 1: Jangan rugikan wang pelabur saham. Peraturan 2: Jangan lupa peraturan nombor 1.
7. Dia tidak pernah bersosial dengan jaringan masyarakat yang berstatus tinggi. Masa lapangnya setelah dia tiba di rumah digunakan untuk membuat popcorn dan menonton televisyen.
8. Bill Gates, orang terkaya di dunia bertemu dengannya untuk pertama kalinya 5 tahun yang lalu. Bill Gates fikir dia tidak memiliki persamaan apa pun dengan Warren Buffet. Jadi ia mengatur pertemuan itu hanya selama setengah jam. Tapi ketika Gates bertemu dengannya, pertemuan itu berlangsung selama sepuluh jam dan Bill Gates menjadi peminat kepada Warren Buffet.
9. Warren Buffet tidak pernah membawa handphone, maupun memiliki komputer di mejanya.
Saranannya kepada orang-orang muda:
Jauhi kad kredit dan melabur dalam diri sendiri dan ingatlah :
A. Wang tidak menciptakan manusia tetapi manusia yang menciptakan wang.
B. Hiduplah dalam keadaan yang sederhana.
C. Jangan melakukan apa yang orang lain katakan, dengar kata-kata mereka, tapi lakukanlah apa yang anda merasa terbaik buat diri anda.
D. Elakkan membeli barangan yang berjenama. Belilah mana yang sesuai dan sedap pada anda.
E. Jangan bazirkan wang anda pada hal-hal yang tidak perlu, hanya habiskan pada mereka yang benar-benar diperlukan.
F. Lagipun ia kehidupan kita, kenapa pula kita memberi peluang kepada orang lain untuk mengatur hidup kita.
Jadi, kalau nak memulakan portfolio pelaburan sham untuk mengikut jejak langkah Warren Buffet ini hubungi FY!
Faizal Yusup
012 6540130
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.