Thursday, February 24, 2011

6 Kaedah Memilih Saham Gaya Warren Buffet

WARREN BUFFET
PELABUR TERKAYA DI DUNIA

Topik kita pada kali ini ialah berkenaan dengan 6 Kaedah Memilih Saham Gaya Warren Buffet. Memilih sesuatu saham yang baik untuk dilaburkan adalah satu perkara yang agak sulit namun demikian ia boleh dilakukan andai kita mempunyai ilmu pengetahuan mengenainya. Ini kerana terdapat lebih 1400 kaunter di Bursa Malaysia. Jadi kaunter saham yang manakah yang baik untuk kita beli dan yang mana pula yang perlu kita elakkan.

Bagi memudahkan kefahaman anda, cuba hayati dan fahamkan analogi ini.

Membeli saham sebenarnya umpama membeli kereta. Untuk mendapatkan keuntungan kita mestilah cuba mencari kereta Mercedez tapi pada harga kereta kancil, paling tidakpun kita kena cari kereta Wira pada harga kereta kancil. Kalau kereta kancil itu telah naik harga dan bertukar menjadi kereta Wira mahupun Mercedez maka telah tiba masanya untuk kita menjualnya.

Kereta Kancil yang menjadi kereta Wira ialah syarikat kecil yang menjadi sebuah syarikat yang besar tetapi kereta kancil yang menjadi kereta Mercedez ialah syarikat yang kecil berpotensi menjadi syarikat global. Ini bermakna harga sahamnya yang murah meningkat menjadi mahal bersesuaian dengan dengan kemajuan perniagaan syarikat tersebut.

Sebenarnya tanpa ilmu pelaburan saham ini maka kita akan membeli kereta Kancil mahupun Wira pada harga kereta Mercedez malah lebih mahal daripada itu. Kita membeli saham pada harga premium yang mana pastinya akan merugikan kita kelak sebagai pelabur.

6 Kaedah Memilih Saham Gaya Warren Buffet
Warren Buffet’s 6 General Stock Screening

1.Has the company consistently performed well? ROE
Adakah syarikat yang dilaburkan maju dan menguntungkan?
Apakah Pulangan Kepada Ekuitinya?

Kita kena lihat samaada pulangan kepada ekuitinya berada pada tahap yang tinggi. Katalah dua syarikat yang punya modal berbayar yang sama banyak dengan perolehan yang juga sama banyak. Katalah RM100 juta perolehannya. Bezanya syarikat A mendapat keuntungan yang jauh lebih tiinggi daripada syarikat B. Syarikat A untung RM20 juta sedangkan syarikat B untung hanya RM 2 juta sahaja. Jadi pastinya syarikat A lebih baik, kukuh dan berpotensi.

2.Has the company avoided excess debt?
Adakah gearing atau hutangnya rendah.

Faktor ini tak perlu dijelaskan.

3.Are profit margins high? Are they increasing?
Adakah margin keuntungannya tinggi dan adakah ia bertambah dari tahun ke tahun?

Ini boleh dilihat dari kenaikan perolehan juga keuntungannya dalam penyata akaun. Kita juga boleh membuat andaian ke hadapan dengan melihat kenaikan keuntungan yang berlaku dari sukutahunan kepada sukutahunan yang satu lagi.

4.How long has the company been public?
Sudah berapa lama syarikat itu disenaraikan?

Dalam hal ini Warren Buffet tidak membeli saham IPO atau saham baru terbitan awam kerana padanya ia telahpun berada pada harga sebenar. Lagipun penyata kewangan syarikat itu mungkin telah di”cantik”kan bagi tujuan penyenaraian. Analoginya dalam hal ini ialah harga saham itu umpama harga kereta Wira pada harga kereta Wira.

5.Do the company's products rely on a commodity?
Adakah syarikat itu bergantung kepada komoditi sebagai bahan mentahnya.

Syarikat yang bergantung kepada komoditi sebagai bahan mentahnya selalunya mudah terjejas dengan dengan kenaikan dan penurunan harga komoditi tersebut. Perubahan cuaca, gempa bumi, banjir dan sebagainya selalunya akan menyebabkan kenaikan harga komoditi lantas menyebabkan kenaikan kos yang tinggi dalam pengeluaran produk mereka.

6.Is the stock selling at a 25% discount to its real value?
Adakah harga saham syarikat itu berada pada diskaun 25% daripada harga sebenarnya.

Analoginya dalam hal ini ialah untuk membeli kereta Wira pada harga kereta Kancil. Bukankah kalau kita menjual kereta kita kepada dealer kereta mereka akan membeli pada harga yang rendah dan kemudian menjualnya pada harga yang mahal? Jadi dalam hal ini kita mestilah bertindak sebagai dealer kereta untuk mendapatkan “nilai” kepada saham yang ingin kita laburkan.

Sekian dahulu.

Selamat menjadi pelabur saham yang bijak.


Haji Faizal Yusup
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

Berpengalaman dalam bidang saham sejak tahun 1996
Diploma In Investment Analysis UITM Shah Alam
BBS Finance (Investment) UNL, USA

Hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai pelaburan di Bursa Malaysia pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.